06 | s t u d y b u d d y

196 9 0
                                    

—y e n a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

y e n a


Aku dan Dami ambil dulang makanan bersama-sama. Lepastu, kitorang duduk di meja kosong yang ada di bahagian tengah kantin tu. Wah, lauk harini ada donkatsu dengan nasi goreng kimchi. Makanan kegemaran aku! Disaat aku baru nak makan, tiba-tiba je kantin ni riuh dengan bunyi jeritan perempuan. Aku dengan Dami terus pandang ke arah riuh tersebut.

“JIHOON! PARK JIHOON!”

“JUNKYU DENGAN JAEHYUK! HENSEMNYA!”

“HARUTO! DOYOUNG! AHH!”

Rupa-rupanya, ada Jihoon dengan kawan-kawan dia datang kantin. Aku tak sangka, dia popular macam ni sekali. Aku ingat popular dia biasa-biasa je. Esh, seram pula aku. Jaehyuk pun popular macam dia. Senang kata geng diorang tu semua popular. Dami yang nampak Haruto tu melambaikan tangan. Haruto tersengih dan terus mendekati meja kitorang.

“Duduk lah sini, Ruto!”

“Mestilah saya duduk sini. Mana boleh tinggalkan biy saya sorang-sorang. Lagipun, siapa nak suapkan saya makan kalau bukan awak? Tangan saya tak kuat ni biy!” ucap Haruto dan acah-acah tak ada tenaga. Weyh, aku rasa macam nak baling dulang ni kat muka Haruto sekarang.

“Weyh kau kalau nak sweet-sweet pergi duduk meja lain!”

“Alah-alah, sorry lah Yena. Hahah!”

“Hai, korang! Boleh kitorang duduk meja ni?” ucap Jaehyuk yang letak dulang makanan dia di sebelah aku. Aku tengok dia yang dah duduk di sebelah aku. Aku tersenyum dan mengangguk kepala. Untuk crush aku mestilah boleh kan? Tiba-tiba, Jihoon duduk di kiri aku. Boleh dikatakan, aku di tengah-tengah antara mereka.

“Haruto punya pasal nak kena duduk sini. Punya lah banyak meja kosong kat sana. Sini juga yang kau nak duduk kan?” rungut Jihoon. Cis! Dia ingat aku nak sangat ke dia duduk sebelah aku? Aku cuma nak Jaehyuk je duduk sebelah aku. Heh, baru tak minta maaf dah buat hal balik. Sabar jelah wahai hati ni!

“Ala hyung macam tak kenal pula Haruto macam mana. Dia kan tak boleh jauh dengan Dami noona.” ucap Doyoung yang duduk berhadapan Jihoon. Junkyu yang sebelah Doyoung mengangguk setuju. Nampaknya lepasni, aku akan memang akan stuck dengan diorang semua. Nasib kau lah Yena, dapat kawan yang couple dengan budak popular.

“Eh, Jihan noona mana? Dia tak makan ke?”

“Tak tahulah. Dia ada hal dengan cikgu Jung pasal persatuan sekolah. Japgi, dia datang lah tu. Dah makan lah cepat. Aku dah lapar tau!” ucap Junkyu. Kitorang semua mula menjamu selera sambil berbual-bual. Aku yang memang tak banyak cakap hanya dengar sahaja perbualan mereka. Satu apa pun aku tak faham. Diorang sibuk cakap pasal instagram punya update.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now