07 | m r. c r u s h

168 9 0
                                    

—j a e h y u k

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

j a e h y u k

Jam di tangan dah pukul 7 malam. Lama juga berbual dengan Jiyoung hyung. Biasalah, kitorang kalau dah berjumpa memang banyak benda nak dicakapkan. Ah, mesti korang nak tahu siapa aje yang ada dalam geng kitorang ni. Sebelum adanya Dami dengan Yena, geng kitorang cuma aku, Jihoon, Junkyu, Doyoung, Haruto dan Jihan.

“Eh, jomlah balik. Aku ada perjumpaan keluarga ni jap lagi. Kalau lambat balik, takut appa aku marah pula.” ucap Doyoung dan tengok telefon dia yang penuh dengan message dari ayah dia. Herm, keluarga Doyoung ni agak strict sebenarnya sebab Doyoung ni masih muda.

“Tulah, aku pun nak balik. Nak temankan baby Dami aku balik.”

“Jihoon, kau nak balik dengan aku tak? Kau kan tak ade kereta. Balik dengan aku jelah. Jihan pun ada sekali. Ayah aku sekejap lagi datang ambil.” ucap Junkyu. Jihoon dan Jihan mengangguk setuju dengan ajakan Junkyu. Aku tengok Yena yang hanya diam dan melihat ke arah jalan raya. Dia balik sensorang ke? Wah, boleh ada chance nak jalan berdua dengan dia.

“Yena, nak saya teman awak balik?”

“E—eh? Tak apa, saya boleh balik sendiri. Lagipun, nak kena naik bas.”

“Saya pun naik bas juga. Jomlah, bahaya tau balik sorang-sorang. Kalau ada apa-apa nanti, kan susah.” ucap aku. Dia yang macam keliru tu akhirnya mengangguk kepala tanda setuju. Akhirnya, dia nak! Ini peluang aku untuk kenal dengan dia. Aku melihat ke arah Jihan dan Jihoon yang tengah berbual. Aku nak diorang berdua ada perkembangan. Fighting Jihan-ah!

“Okaylah, jom gerak! Bye guys! Jumpa kat sekolah esok!”

Bye!!”

Aku dan Yena pergi ke stesen bas untuk menunggu bas tiba. Aku melirik Yena yang senyap sahaja di sebelah aku. Sesekali, dia menggosok kedua tapak tangannya dan meniup tangan dia. Lah, dia sejuk ke? Aku membuka jaket kulit hitam yang aku pakai dan kemudian menyarungkan di tubuhnya. Dia yang agak terkejut terus tengok aku.

“Jae—Jaehyuk-ah?”

“Saya tahu awak sejuk, pakailah. Nanti awak demam pula. Jangan risau, baju tshirt saya ni tebal jadi tak sejuk sangat.” ucap aku dan tersenyum melihat dia. Yena juga tersenyum dan memegang erat jaket hitam aku tu. Haih, jangan lah senyum macam tu. Aku boleh cair nanti.

“Terima kasih.”

Tak lama kemudian, bas pun sampai. Kitorang naik bas tu dan duduk di bahagian belakang. Yena duduk bahagian tepi tingkap. Sekali lagi suasana senyap di antara aku dengan dia. Apa aku nak cakap dengan dia? Kenapa rasa kekok sangat sekarang ni? Aku perlu cakap sesuatu. Tiba-tiba, dia pandang ke arah aku.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now