08 | y o u r a c t

162 11 1
                                    

—a u t h o r

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

a u t h o r

Sepanjang kelas berlangsung, Yena dan Jihoon langsung tak bercakap. Hanya Jaehyuk yang banyak bercakap dengan Yena. Yena curi-curi tengok Jihoon yang fokus baca bukunya. Yena nak tegur, tapi dia rasa macam masa tak sesuai. Sesekali Yena nampak Jihoon memegang-megang perutnya. Muka dia macam menahan sakit. Yena mula berasa risau.

“Yah, neo gwaenchana?”

Singyeong kkeo. (Jangan sibuk)”

“Masalahnya muka kau pucat sangat sekarang ni. Lepastu, kau asyik pegang perut je. Kau sakit kan? Lebih baik kau bagitahu aku sekarang.” ucap Yena dan memegang lengan Jihoon. Jihoon menepis kasar tangan Yena. Yena agak terkejut apabila Jihoon jadi kasar begitu dengan nya. Jihoon mengangkat tangan.

“Kenapa Jihoon?”

Sir..boleh saya pergi tandas?”

Sir Joon menganggukkan kepala. Jihoon bangun dan bergerak perlahan. Tapi, tiba-tiba dia rebah jatuh di atas lantai. Yena yang terkejut terus melutut di sebelah Jihoon. Semua orang juga terkejut melihat Jihoon yang terbaring tu. Sir Joon berjalan mendekati Jihoon dan tengok Jihoon yang dah berpeluh dan pucat tu.

“Yena! Tolong saya bawa Jihoon ke bilik kesihatan! Yang lain duduk dalam kelas! Jangan keluar!” ucap Sir Joon dan memapah Jihoon. Yena menganggukkan kepala dan mengikuti cikgu Joon pergi ke bilik kesihatan. Jihoon dibaringkan di atas katil dan terus dirawat oleh doktor Yoonjung yang jaga bilik kesihatan. Cikgu Joon dan Yena duduk di kerusi sementara tunggu Jihoon.

“Kamu jangan risau, Jihoon akan okay.”

N—nae?”

Sir tahu hubungan kamu dengan Jihoon. Kamu isteri dia kan? Sir dapat tahu selepas mama dan papa kamu telefon sir sebelum perkahwinan kamu berdua. Mereka nak sir tengokkan kamu berdua di sekolah. Jangan risau, sir tak akan bagitahu sesiapa tentang ni.” ucap sir Joon. Yena agak terkejut mendengar berita tu.

“Tolong sir, jangan bagitahu sesiapa tentang saya dengan Jihoon.”

“Ya, sir faham kenapa kamu rahsiakan benda ni. Tambah pula kamu berkahwin pada umur muda. Mesti kamu takut kawan-kawan kamu fikir yang bukan-bukan. Tak apa, rahsia kamu berdua selamat dengan sir.” ucap Sir Joon dan menepuk bahu Yena. Yena menunduk hormat kepada cikgunya tanda terima kasih.

Kamsahamnida.

“Sama-sama. Saya faham kahwin pada umur muda bukan mudah. Lagi-lagi korang kahwin tanpa ada rasa cinta. Tapi, percaya lah cakap sir. Kamu akan jatuh cinta pada dia juga nanti. Jihoon tu baik orangnya. Nampak macam dia suka kacau orang. Tapi, dia sangat pentingkan orang sekelilingnya.” ucap Sir Joon. Yena hanya terdiam dan mendengar sahaja. Dia tak tahu nak cakap apa.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now