23 | r i v a l

196 16 1
                                    

—y e n a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

y e n a

Akhirnya, selepas 2 jam atas flight kitorang sampai di Busan. Kitorang berdua naik kereta driver yang dah sedia menunggu dekat airport tu. Wah, ini kali pertama aku datang Busan. Selalunya aku pergi luar negara je. Yelah, dah family aku banyak bisnes kat luar negara berbanding dalam Korea ni. Haih, aku ni sebenarnya tengah nervous.

“Yah, kau nervous lagi ke?”

“Mana ada.”

“Mana ada lah sangat. Muka tu dah pucat macam orang tak ada darah. Relaks lah, kan aku ada dengan kau? Takyah nak nervous sangatlah. Just enjoy je view dekat Busan ni.” ucap Jihoon dan pakai cermin mata hitam yang dia sangkut kat belakang telinga. Dia cakap senanglah sebab tu nenek dia, bukannya nenek aku. Apa-apa jelah. Aku cuma mampu berdoa baik-baik je ni.

Just chill, Yena. Kau boleh buat!’

Tepat pukul 12 tengahari, kitorang dah sampai depan sebuah desa. Driver tu berhentikan kitorang kat bahagian depan gerbang desa tu. Jadi, ceritanya kitorang kena jalan kaki untuk ke rumah nenek Jihoon. Ianya disebabkan kereta tak boleh masuk jalan desa ni. Wow, memang local punya tempat lah gitu. Rumahnya pun orang lama-lama yang duduk.

“Jauh ke kalau jalan kaki?”

“Tak juga. Cuma 15 minit macam tu.”

“Series lah? Weyh, kaki aku dah lenguh kau tahu tak sebab duduk lama-lama dalam kapal terbang? Takkan tak ada cara lain selain jalan kaki? Motor ke..basikal ke?” ucap aku. Kaki aku sumpah kebas-kebas sebab duduk atas flight. Ini pula nak jalan? Memang tak lah! Jihoon bercekak pinggang.

“Kau ni memang tipikal budak bandar kan? Nampak sangat lah tak pernah pergi kampung macam ni. Ah tak ada, jom jalan. Kalau tak, kau tinggal sini sensorang. Kat sini, banyak anjing liar tau. Hah, kena gigit tak tau. Aku biarkan je.” ucap Jihoon dan berjalan tinggalkan aku. Aku terus lari mengikuti dia.

“Janganlah macam tu!”

“Tahu takut!”

Dah 7 minit berjalan, akhirnya aku kalah dan berhenti. Aku duduk di kerusi kayu yang kebetulan ada di jalan tu. Jihoon berhenti berjalan dan tengok aku yang dah macam orang asma sebab ambil nafas. Yelah, dah lah tarik beg bagasi yang berat ni. Pastu jalan dia macam berbukit gitu. Jihoon mendekati aku dan melutut depan aku.

“Penat sangat dah ke?”

Huft..rehat sekejap please. Kaki aku betul-betul sakit.”

“Heh, ini baru jalan nak pergi rumah nenek aku tau. Belum lagi kita pergi jalan naik gunung ke, masuk hutan ke.” ucap Jihoon dan duduk sebelah aku. Esh dia ni, asyik nak cari pasal je. Aku ni dah lah tengah penat. Aku  menunduk dan tengok kaki aku yang rasa macam berdenyut sakit.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now