14 | r e d m o o n

187 11 0
                                    

—a u t h o r

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a u t h o r

Jaehyuk, Junkyu, Jihoon, Yena, Jihan dan Minju berkumpul di ruang meeting pustakawan. Suasana menjadi agak kekok dan sepi di dalam ruangan tu. Jaehyuk melihat Yena yang bermain dengan pen yang ada di tangannya. Mesti dia rasa nervous. Jaehyuk mengeluarkan satu gula-gula yang ada di pencil boxnya dan berikan kepada Yena.

“Untuk apa ni?”

“Makanlah. Tambah tenaga.”

Gomawo.

“Ehem, okaylah untuk elakkan dari membuang masa. Apa kata kita mula discussion kita sekarang? Aku nak balik awal ni tau.” ucap Junkyu dan menyilangkan tangan ke dada. Jaehyuk menganggukkan kepala dan membuka buku notanya. Tadi, dia dah mesyuarat dengan pengetua pasal perkhemahan tu dengan wakil pelajar yang lain.

“Pertandingan memasak ni memang batch kita je. Batch lain, diorang punya lain. Tak silap aku, batch Haruto dengan Doyoung pertandingan bina logo. Jadi, kita nak kena fokus pada menu apa yang nak buat. Korang ada idea tak?” tanya Jaehyuk dan pandang mereka semua. Junkyu dan Jihoon saling pandang dan menggeleng.

“Haih, kenapa mesti memasak ? Aku dah lah tak pandai masak.”

“Aku pun. Korang yang perempuan ni ada idea tak?”

“Bahan-bahan nya ada limits? Lepastu, tema makanan nya apa?”

“Tentang tu, dirahsiakan. Aku rasa diorang sediakan random bahan dan tema akan dibagitahu masa tu. Aku rasa lah, mesti berkait dengan survival hutan temanya. Makanan ringkas tapi sedap.” ucap Jihan. Jaehyuk menganggukkan kepala dengan kenyataan Jihan.

“Herm, apa kata kita search je internet? Lepastu, kalau ada idea kita share kat group. Kan senang? Tak adalah nak kena berkumpul macam ni. Lagipun, bukannya penting.” ucap Minju dan menjeling. Jihoon yang duduk di sebelahnya menyiku perlahan lengan Minju. Minju memandang Jihoon yang menggeleng tu.

“Bagi kau memang tak penting sebab kau budak baru. Tapi, senior macam kitorang ni penting. Benda ni boleh tambah pencapaian kokurikulum kitorang. Kalau kau rasa tak nak buat, takyah join group kitorang.” balas Junkyu. Yena melihat diorang berdua dengan perasaan risau.

“Jangan lah gaduh. Kita nak bincang kan?”

“Okay lah. Korang cari lah kat internet dulu. Nanti share je dalam group chat kita. Jihan, nanti kau buat group baru untuk kumpulan ni.” ucap Jaehyuk yang malas nak panjangkan benda-benda remeh. Jihan menganggukkan kepala. Minju pandang Jaehyuk dan menjeling ke arah lain. Dia sakit hati.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now