71

1.1K 89 18
                                    

HAWA.

Ayin tanya aku pasal kau semalam. She missed you.

Kau okey?

Hawa, kenapa tak balas chat aku?

Hawa, kau sibuk ke?

Hawa, reply chat aku kalau kau ada masa.

Aku harap kau sihat, Hawa.

Something happened?

Hawa, you're torturing me.

Hawa.

Hawa.

Maybe kau sibuk, tak apa.

Tapi nanti kau dah ada masa, tolong reply.

Bye.

Pak!

Aku letak telefon atas meja. Kepala aku tampung dengan kedua-dua belah tangan. Stres.

Telefon yang ditelangkup tadi aku ambil balik dan barisan chat yang dihantar Isaac aku baca. Tak ada satu pun yang aku balas. Kali terakhir aku chat Isaac seminggu lalu iaitu masa malam before Sport's Day untuk ucapkan good luck.

Satu pesanan yang baru dihantar petang tadi aku baca.

Hawa, you're torturing me.

'Saya minta maaf, Isaac. Tak ada niat nak seksa awak ke apa. Tapi janji tetap janji.'

Aku mengeluh lagi buat kesekian kalinya. Aku juga terseksa tapi apakan daya, takdir tak berpihak pada aku.

Aku ingatkan aku boleh survive tanpa jumpa atau tegur Isaac. Tapi sebaliknya pula yang jadi.

Setiap kali pergi sekolah, aku lari kalau terserempak dengan dia. Beberapa kali dia cari aku tapi setiap kali tu juga aku sempat sembunyikan diri dengan bantuan Maya. Masa rehat pula, aku selalu rehat kejap je sebelum cepat-cepat naik kelas. Mungkin takdir pun menyebelahi aku sebab rehat form 5 sekarang agak lambat berbanding rehat form 4.

Kepala aku rehatkan atas lengan yang dilipat di atas meja. Muka aku kalihkan ke sebelah kiri. Tengok gambar yang aku pin dekat bingkai gambar besar.

Gambar aku dengan Isaac. Masa aku letak gambar tu, semua usik aku tapi aku biarkan je. Alasannya aku letak gambar semua kawan yang aku ada. Tak tipu. Dekat bingkai tu juga ada gambar aku, Isaac dengan Wyatt, gambar aku dengan roommates aku and ada juga gambar kitorang dengan Bermuda Triangle.

Tapi gambar aku dengan Isaac tu aku pin betul-betul di tengah.

Jujur, aku rindu dia.

Haih.

"Kenapa ni, Hawa?"

Aku tengok kanan pula.

Maya.

"Dia chat kau lagi ke?" Tanya Maya sambil menekan-nekan kalkulator.

Aku angguk lemah.

Maya letak kalkulator sebelum dekatkan kerusi dengan aku. Aku tengok dia dengan mata terkelip-kelip perlahan.

"Kau... rindu dia?" Penuh berhati-hati Maya bertanya.

Aku diam. Hampir geleng sebelum angguk.

Mulanya aku nak cover tapi bila teringat apa yang Maya cakap dekat stadium hari tu, terus aku jujur.

"Aku pun nak rasa jadi kawan yang berguna juga."

"Kau tak nak cerita benda sebenar dekat dia?"

EVERISAWhere stories live. Discover now