61

1K 78 0
                                    

AKU berjalan seorang diri dari makmal komputer untuk balik ke kelas. Tadi masa slot English, Madam Anne minta kitorang datang lab untuk tulis e-mel. Madam tak nak guna telefon jadi kitorang kena bergerak ke lab dekat blok D ni untuk guna PC.

Semua classmates aku dah ke depan. Maya pula lepas kelas terus berlari ke blok A untuk jumpa cikgu volley. Katanya ada tournament beberapa minggu after exam. Maya kan, kapten? Mestilah kena dapatkan maklumat awal.

Sambil-sambil berjalan, kepala aku ralit berfikir tentang Isaac. Puas aku berfikir, tapi sampai ke sudah aku tak jumpa jawapannya.

"Hawa, aku minta sangat dengan kau. Aku usaha untuk jaga aib kau, so jangan minta aku buka dekat sini. The wall has its ears, Hawa."

Aib?

Aib apa? Setahu aku, aku mana ada apa-apa aib yang memalukan. Tolak cerita terkencing malam masa umur enam tahun dulu, aku dah tak ada apa-apa yang nak disorokkan. Kejadian memalukan biasa tu adalah tapi manusia kan? Siapa je tak ada momen-momen yang menebalkan kulit muka?

Haih.

Mengeluh, mengeluh dan mengeluh.

Tak ada kerja lain dah sejak jumpa Isaac dua hari lepas. Sampai Maya pun tegur kenapa aku tak fokus sangat dalam kelas. Selalunya akulah yang paling banyak bertanya soalan, jawab soalan dan berbual dengan cikgu. Tapi lain pula perangai aku sekarang. Aku dah cakap kan, bila aku mula overthink tentang sesuatu perkara, aku akan mudah terganggu sampai bagi kesan kepada daily life.

"You, there."

Aku angkat kepala. Nampak Ellina yang tengah bersandar dekat dinding dengan berpeluk tubuhnya. Kadang-kadang aku pelik, tahu? Dia ni selalu bertembung dengan aku dekat tempat-tempat yang random. Tak masuk kelas ke?

Aku malas nak layan jadi aku putarkan biji mata.

"Rolling your eyes at the sight of me? What a manner," cemuhnya.

Eleh. Bercakap pasal manner konon. Why bother talk about manner when you have none at the first place?

Aku nak jawab macam tu tapi nanti nampak macam aku ni selevel dengan dia pula. Dari satu sampai sepuluh, dia punya mannerism memang zero point zero zero out of ten. Kalau dengan akulah.

Malas nak layan, aku buat tak nampak je kehadiran dia tu. Kita kan tak boleh nampak kuman? Apatah lagi virus. Kan?

Preach.

"Isaac."

Kaki aku berhenti melangkah.

"I don't know what happened but..." Ellina dekatkan diri dengan aku.

"...he started to chat me every night."

Aku buat muka tak berperasaan. Jangan tunjuk yang kau terkesan, Eve. Nanti lagi dia pijak-pijak kau.

Tapi sekeras mana pun aku menafikan, tapi rasa sakit di dada cukup buktikan yang aku jauh dari tak terkesan.

Isaac chat Ellina setiap malam? Tapi satu chat aku pun dia tak layan?

"So?"

Ellina tergelak sinis.

"So? Oh, nothing. Just telling you that no matter what happens and who he meets with, at the end he'll return to me. Kau mungkin tak tahu tapi, he always shares his problem with me. Well, I guess I'm his comfort zone."

Aku telan liur. Isaac kongsi masalah dengan Ellina? Apa hubungan diorang? Aku salah faham ke selama ni? Aku ingatkan diorang tak lebih dari kawan sekelas. Tapi kalau dah sampai berkongsi rahsia tu, it must be more than a mere friendship.

EVERISAWhere stories live. Discover now