44

1.1K 95 2
                                    

KASUT sukan aku ikat ketat-ketat sebelum keluar dari bilik. Namanya je bilik tapi besar macam sebuah rumah dah. Siap dengan dapur dan ruang tamu lagi. Setiap bilik juga dibina berasingan daripada bilik-bilik lain.

Keluar saja dari bilik, terus masuk ke taman. Aku depa tangan untuk hirup angin pagi. Macam yang Maya cakap semalam, bilik yang kitorang dapat ni memang jadi rebutan. Ramai yang offer nak tukar bilik sebab cemburu bilik kitorang dekat dengan taman tapi ditolak mentah-mentah oleh Nana, Rizqa dan Maya. No way, man. Bilik cantik macam ni, aku pun tak nak tukar.

"Cantiknya." Tangan aku letakkan atas pagar yang memagari taman. Tasik di bawah sana aku tengok. Cantik dan menenangkan betul tempat ni. Waktu pagi-pagi baru lepas subuh macam ni memang sesuai untuk tengok matahari terbit.

Matahari yang masih malu-malu memancar dari sebalik awan aku tengok. Memang aku sengaja keluar awal pagi ni sebab nak tengok sunrise. Sumpah rasa rugi kalau terlepas.

"Cantiknya." Suara Maya dari belakang aku biarkan. Dari pandangan sisi, aku dapat tengok Maya yang datang berdiri di tepiku.

"Kan?" Kataku sepatah. Mata masih menala ke arah langit di depan sana. Tak puas.

Telefon aku keluarkan dan berkeping-keping gambar aku tangkap. Buat kenangan dan simpan dalam collection.

"Best kan jadi matahari?"

Aku paling tengok Maya. Dia tengah menongkat dagu sambil tengok langit.

"Kenapa?" Apa yang best jadi matahari? Boleh emit cahaya? Panas? Besar?

"Semua orang tunggu dia. No one hates the sun. Sebab tanpa matahari, siang takkan ada. Dan bila tak ada siang, semua aktiviti akan tergendala."

Aku terdiam mendengar luahan Maya. Sweater aku tarik apabila angin sejuk menyapa.

"Hidup tanpa dibenci mesti best kan, Hawa?"

Aku tengok dia.

"Maksud kau?"

"Yalah, kau tak ada haters macam aku. Mana-mana aku pergi, aku akan jadi tempat kebencian orang lain. Semuanya sebab diorang dengki dengan apa yang aku ada. In their eyes, I have everything. Money, happy family, friends, good results, good in sports... semuanya lah. Tapi diorang tak tahu apa yang sebenarnya jadi."

"Sebab diorang tak ada dekat tempat kau. Manusia ni, selagi tak kena dekat batang hidung sendiri, selagi tu takkan faham apa yang kita rasa. Mana ada orang sempurna, Maya. It's beyond our league as a servant."

Maya angguk.

"Jangan fikirkan pasal yang membenci tu. Fokus dengan diri kau dengan yang menghargai. Life's short, Maya. Why would you waste it on those evil eyes instead of using it to love yourself? Sampai bila-bila pun diorang takkan faham perasaan kau, dan aku tak rasa diorang akan pernah kisah. Diorang tu just nak judge hidup kau. Diorang mana kisahkan benda sebenar."

"I know. Sorry for suddenly blurting this out. Aku just rasa sentimental dengan suasana macam ni," katanya.

"Aku faham. Suasana pagi macam ni jarang kita nak rasa betul-betul. Kalau dekat sekolah ni, tak adanya nak tengok sunrise ke apa. Mesti tengah kalut nak pergi kelas. Lagi-lagi Reen dengan Han. Tas sempoi je," balasku.

Maya tersengih dan mengangguk.

"Rindu lah pula tiga ketul tu."

Aku angguk. Apalah yang diorang buat sekarang, eh? Mesti tak bangun tidur pun lagi, kan? Yalah, weekend macam ni kan tak ada kelas, tidurlah jawabnya. Qada waktu tidur yang tak cukup masa hari-hari sekolah.

"Maya, Hawa?"

Kami berpaling. Nampak Nana yang tengah sarung kasut dengan Rizqa yang tengah kunci pintu bilik.

EVERISAWhere stories live. Discover now