13

1.1K 88 3
                                    

"GUYS, Cikgu Amir suruh pergi court," kata ketua kelas aku iaitu Maheer. Maheer ni aku tengok macam-macam jawatan dia ada. Prefect lagi, ketua kelas lagi, ketua form lagi. Dah nampak dah calon ketua badan kepimpinan tahun depan ni.

"Hawa, jom." Tangan aku Maya silangkan dengan tangannya untuk berjalan bersama. Aku pula cuma mengikut saja. Botol air berwarna ungu aku peluk erat takut terjatuh. Ibu lah ni, aku minta dia beli botol air yang ada pemegang siap-siap, tapi dia beli yang ada pemegang kain tu je. Walaupun cantik dan design menarik tapi kalau nak pegang pun susah, buat apa?

Kami berjalan dalam barisan yang tak berapa nak jadi barisan ke gelanggang sekolah yang terletak di sebelah blok C. Kelas kami berada di blok B jadi agak jauh lah sikit dengan court tu.

Sampai saja di court, aku lihat dah ramai orang berada di situ. Maksudnya, bukan kelas kami saja yang ada kelas PE pagi ni, tapi kelas lain pun ada juga.

"Korang duduklah dulu. Aku pergi cari cikgu jap," pesan Maheer sebelum berlari ke arah lif balik untuk mencari Cikgu Amir. Cikgu pun kenapa tak datang court awal-awal? Kesian Maheer kena patah balik pula. Dahlah bilik guru tu dekat blok A, blok yang bertentangan dengan blok C tapi malangnya antara dua bangunan ni ada blok Main iaitu blok pejabat, dewan peperiksaan dan bilik kuliah.

Good luck lah, Maheer. Aku doakan kau berjaya jumpa cikgu dalam bangunan yang besar ni.

"Weh, kelas 5 Elite lah," bisik Nana yang tiba-tiba datang ke tepiku. Maya sudah bersila di atas court mengira batu-batu kecil.

"Mana?" Aku liarkan pandangan ke seluruh court yang besar ni. Bila aku kata court, jangan ingat satu court saja. Ada lapan court dekat sini. Dua court badminton, dua court tenis, dua court skuasy dan dua court bebas. Court yang kami duduk sekarang ialah court bebas. Di tepi court besar ini juga ada padang utama sekolah yang luas saujana memandang.

Dahlah ramai budak dekat sini. Boleh kata semua court penuh dengan pelajar. Rasanya bukan satu dua kelas saja yang ada dekat sini.

"Sana. Dekat court tenis," bisik Nana lagi. Dia dah tersengih teruja. Aku jeling Nana sekilas sebelum memusatkan pandangan ke arah court tenis pula. Oh.

Ada sekumpulan pelajar di situ sedang bermain tenis. Satu court penuh dengan pelajar lelaki dan satu lagi penuh dengan pelajar perempuan.

"Lepas tu?" Aku tanya Nana di sebelah.

"Ish, kau ni! Aku nak tengok diorang mainlah. Jarang tau nak terserempak dengan budak 5 Elite ni?" Nana menyiku lenganku lembut.

"Buat apa jumpa diorang? Bukan ada benda menarik pun." Maya di bawah menyampuk tiba-tiba. Batu yang dikutip tadi dilempar satu persatu ke kawasan tepi court yang kosong.

Nana mencebik.

"Yalah, orang tu kan dah biasa tengok muka-muka budak-budak 5 Elite tu. Kita ni seminggu sekali pun tak guarantee boleh nampak," cebik Nana.

Maya bangun lalu seluarnya yang melekat pasir dan batu-batu kecil disapu. Tangannya naik ke atas bahu Nana.

"Tak payah tengok diorang. Tu, Cikgu Amir dah sampai," ujar Maya lalu badan Nana dipusing ke belakang. Aku pun turut berpusing sama. Haahlah!

"Guys, assemble!" Maheer yang nampak berpeluh memberi arahan.

Kesian kau, Maheer. Bertabahlah jadi class monitor.

.

AKU tercegat di tepi pagar court yang tinggi ni. Kawan-kawan sekelasku pula sudah menjerit menyokong wakil kelas kami yang sedang berlawan dengan wakil 5 Elite.

EVERISAWhere stories live. Discover now