34

1K 81 0
                                    

"SAYA nak bihun sup dua," pesan Isaac sebaik sahaja gilirannya tiba. Aku pula menunggu di tepi. Tadi dia offer nak belikan makanan lepas tu suruh aku tunggu je dekat tepi. Aku pun ikutkan jelah. Baguslah, aku pun malas sebenarnya nak beratur panjang-panjang. Walaupun sekarang bukan masa rehat, tapi kantin tetap penuh dengan seratus orang peserta kuiz tadi.

"Lima ringgit, dik," kata akak yang jaga kaunter. Dua mangkuk bihun sup yang masih berasap ditolak ke arah Isaac.

"Sekejap."

Isaac buka dompet lalu sekeping kad dikeluarkan. Kad itu dia hulurkan.

What?

Aku tersembur gelak di tepi. Terkejut akak yang jaga dekat kaunter dibuatnya. Seriuslah dia nak bayar macam tu? Dia ingat ni restoran ke nak guna kad? Restoran biasa pun kadang-kadang boleh bayar guna cash saja, inikan pula kantin sekolah.

"Er, dik. Duit cash tak ada ke?" Kalut akak tu bertanya. Semua yang tengah ada dekat kaunter pun pakat tengok Isaac yang tengah buat drama dekat depan.

"Kejap, kak." Sekeping not seratus pula dihulurkan.

Pft. Aku tutup mulut tahan ketawa daripada terlepas lagi kuat. Tak tahan sangat dah aku ni. Anak orang kaya memang macam ni ke?

"Eh, dik. Duit kecil tak ada ke? Tak ada baki ni," tanya akak itu lagi. Tangannya naik memicit kepala. Tengok, akak tu pun dah sakit kepala.

Isaac pula cuma terdiam di situ. Dompetnya dibelek-belek mencari duit kecil. Tapi daripada apa yang aku nampak dari tepi ni memang ada not ungu dengan hijau gelap je. Anak orang kaya betul. Duit seringgit pun tak ada. Sahkan seringgit, dua puluh ringgit pun tak nampak bayang-bayang dalam dompet dia.

Bibir aku ketap untuk menghentikan tawa sebelum dompet di dalam beg aku keluarkan. Sekeping duit lima ringgit aku keluarkan lalu aku hulurkan kepada akak tadi.

"Nah, kak."

Akak itu angguk. Mukanya terpancar riak lega. Mungkin sebab tak perlu susah-susah cari duit baki kalau Isaac betul-betul guna duit seratus tadi.

"Jom," ajakku. Satu mangkuk bihun sup aku ambil sebelum berjalan ke meja. Isaac pula cuma mengikutku dari belakang.

"Nanti aku bayar balik."

"Tak apa. Jarang-jarang sekali saya nak belanja orang, tahu?" Kataku angkuh. Memang aku ni kedekut sikit. Nak beli barang untuk diri sendiri pun rasa sayang, sahkan nak belanja orang. Pst, jangan contohi saya.

"Whatever, Hawa," balas Isaac malas. Aku pula sengih saja sambil berjalan.

Satu meja yang kosong aku dekati. Mangkuk bihun sup aku letakkan di atas meja sebelum melabuhkan duduk. Tempat di depanku pula diambil Isaac.

"Jangan gelak," katanya senada. Mata langsung tak tengok aku.

Aku pula, lagi dilarang lagi kuat aku ketawa. Sampai bergegar badan aku gelak. Mulut aku tutup dengan tapak tangan bila rasa macam terlalu kuat aku gelak. Sampai orang meja sebelah pun jeling.

"Hawa." Tekan Isaac.

"Okey. Sorry, sorry." Aku sisakan tawa lalu mula makan.

"Hm." Isaac juga angkat balik garfu dan sudu untuk mula makan.

"Tapi seriuslah awak nak bayar guna kad tadi?" Sambil-sambil makan aku berbual. Sekali lagi, jangan contohi sikap ini, ya?

"Yalah. Aku mana tahu tak boleh guna kad," jawab Isaac membela diri. Betullah tu apa dia cakap. Dekat STH kan makanan kantin boleh diambil macam tu je. Tak perlu bayar sebab dah termasuk dalam yuran tahunan. Kalau kitorang beli barang dekat koperasi sekolah atau mart sekolah pun ramai yang guna kad. Jaranglah ada orang bayar guna cash. Contohnya, aku. Hehe, nak juga selit diri sendiri dekat situ.

EVERISAWhere stories live. Discover now