Nafas aku tarik dalam-dalam. Aku dah penat dan aku rasa malu sangat-sangat sekarang.

"Kak Ai, it's okay. Memang salah Hawa."

"Tapi—"

Kertas di tangan Isaac aku ambil balik.

"Saya akan siapkan report ni dan hantar dekat awak before habis slot PdP."

Isaac yang terdiam aku tengok. Nafas aku tarik dalam-dalam.

"Saya minta maaf..."

Mata Isaac aku tentang berani.

"...presiden."

Muka Isaac terus berubah selepas tu. Tapi aku dah malas nak ambil pusing. Kena marah dah dapat, malu dah dapat, what's more?

Sudahlah. Aku pun ada maruah.

Kak Ai dan Isaac yang masih terkaku tu aku tinggalkan. Semua orang yang tengok-tengok aku pun aku tak hiraukan. Sekarang, aku cuma nak balik kelas, siapkan laporan ni dan balik bilik.

Aku bertembung dengan Ellina di tangga. Nampak dia tersenyum sinis kepadaku.

Aku buat tak tahu. Jalan je straight ke atas. Banyak lagi kerja nak buat daripada melayan kepala tak berapa centre dia tu.

.

TITIK.

Pen biru aku tutup dengan penutup. Akhirnya siap juga laporan kadet polis yang aku tak sempat siapkan pagi tadi. Tangan yang rasa lenguh tulis lama-lama dan laju-laju aku urut perlahan. Sakit tangan lah pula.

Jam yang tersangkut pada dinding aku tengok. Dah dua puluh minit waktu rehat berlalu. Maksudnya, dah dua puluh minit aku duduk seorang-seorang dalam kelas. Maya pula aku paksa turun rehat juga walaupun dia tak nak. Tak mahulah susahkan dia pula.

Aku sanggup tak turun rehat untuk siapkan laporan ni. Kan aku dah janji tadi? Aku akan siapkan dan hantar before habis slot PdP. Aku tak bercakap besar, eh?

Aduh, laparlah pula.

Coklat Cadbury yang aku buat stok dalam laci meja aku ambil satu dan masukkan ke dalam mulut.

Uh, sedap.

Kepala aku goyang-goyangkan gembira. Perasaan paling happy bagi aku adalah bila boleh makan coklat. Rasa manis-manis dan berlemak dalam mulut masa dia mencair tu, fuh!

"Hawa, Hawa!"

Aku angkat kepala bila namaku dipanggil. Hannah dengan Reen yang nampak tergesa-gesa masuk dalam kelas aku tengok pelik.

"Oi, tersalah kelas ke?" Yang peliknya, Hannah dengan Reen. Bukan Hannah dengan Tas. Kalau dua tu yang masuk, tak pelik. Tapi ini dengan Reen. Dua orang dari kelas yang berbeza.

"Ah, bukan!" Hannah berkata semput. Baru lepas lari ke ni?

"Habis tu?" Tanyaku hairan. Dahlah nampak kalut semacam. Ada apa-apa jadi ke?

"Tak, sekarang ni kau kena ikut aku cepat." Tangan aku Reen tarik laju. Aku yang tak bersedia terdorong ke depan. Hampir jatuh kalau aku tak cepat-cepat stabilkan diri.

"Eh? Nak pergi mana ni?" Aku terkejar-kejar nak ikut larian Reen yang laju. Reen ni lupa agaknya yang aku tak athletic macam dia. Fenat.

"Ikut je," kata Hannah pula. Dia pun turut berlari dengan kami.

Aku ikut arah Reen tarik aku. Naik tangga lah pula. Eh, kejap. Kenapa naik atas? Nak buat apa dekat level form 5 ni?

Sampai saja di hallway tepi tempat lif, kami berhenti berlari. Ada sekumpulan students yang tengah berkumpul mengelilingi sesuatu. Macam bising je. Ada breakdance show ke?

EVERISAWhere stories live. Discover now