"Nak pergi breakfast dah ke?" Tanyaku sambil berjalan ke arah mereka.

"Haah. Dah pukul tujuh ni. Pukul lapan baru start sebenarnya, tapi kitorang nak jalan-jalan dulu. Nak join tak?" Ajak Nana.

"Boleh juga. Sambil-sambil tu boleh makan angin," balas Maya.

"Betul," balasku.

"Dah siap kunci. Eh, kunci ni siapa nak pegang?" Tanya Rizqa. Kunci di tangan ditunjukkan.

"Meh aku pegang," putus Maya. Kunci tadi diambil dan disimpan di dalam beg.

"Dah, jom."

Kami berempat berjalan berkumpulan ke medan selera untuk bersarapan.

.

"KAU masuk dulu. Aku nak pergi toilet kejap," pesan Maya sebelum berlalu pergi. Aku tengok dia yang tergesa-gesa cari toilet dengan muka tak puas hati. Tengok tu, dia tinggal aku lagi. Selalu macam ni tau. Dahlah tadi kitorang kena tinggal dengan Nana dan Rizqa sebab dia makan lambat sangat. Tapi sekarang, aku pula yang ditinggalkan? Bertuah punya kawan.

Pintu dewan aku buka perlahan-lahan. Masih tak ramai di dalam. Lagipun sekarang baru pukul tujuh empat puluh. Awal lagi.

Dewan ni macam dewan kuliah, jadi tempat duduknya menurun ke bawah seperti tangga. Aku turun sampai ke tengah. Baru aku perasan dekat meja dah siap ada nama yang diletakkan.

Aku cari nama aku dan Maya. Sampai di barisan kedua, barulah aku jumpa nama aku. Depan sangat ni.  Kalau tertangkap tersengguk, boleh malu tujuh keturunan nanti.

Tapi nasib baik tempat Maya betul-betul dekat sebelah aku walaupun jarak antara kerusi memang agak jauh. Tak adalah aku rasa terasing sangat sebab depan kitorang semua senior. Tepi aku pun senior. Tepi Maya pula laluan untuk orang lalu. Cuma dekat belakang je ada dua orang classmates perempuan kelas kitorang. Sayang betul cikgu yang susun tempat ni.

Beg aku sangkut dekat penyangkut yang ada di meja sebelum duduk di atas kerusi. Buku nota, bekas pensel dan sticky note aku keluarkan. Get ready awal-awal before kelas bermula. Pagi ni slot Kimia dulu, jadi awal-awal lagi aku kena sediakan otak aku untuk digest maklumat elok-elok lepas ni.

Jam yang tersangkut di dinding aku tengok. 7.45 am.

Makin lama makin ramai yang masuk. Aku tahu walaupun aku tak berpaling sebab tak berhenti bunyi pintu dibuka tutup. Tempat-tempat depan aku pun dah mula penuh. Barisan aku juga sama. Cuma beberapa orang je yang belum datang termasuklah Maya.

Aku try call Maya. Tak dijawab. Sampai tiga kali aku call dia still tak jawab, akhirnya aku letak telefon atas meja. Budak tu kalau ke tandas memang lama. Bukan buat apa pun. Menilik cermin je selalunya.

Tuk! Tuk!

Meja aku diketuk. Aku angkat kepala.

"Eh? Rayhan?"

Rayhan yang berdiri di tepi tarik senyuman manis.

"Hai," tegurnya.

"Ya? Nak apa?" Aku rasa kalau dia senyum macam tu, mesti ada benda yang dia nak.

Rayhan tersengih. Kepalanya digaru.

"Nampak sangat eh?"

Aku angguk. Ya. Jelas. Lagi terang. Transparent teruslah kata.

"Awak nak saya buat apa?"

"Em, boleh kita tukar tempat?"

Aku tengok Rayhan dengan mata yang terkelip-kelip laju.

"Untuk?" Tanyaku. Tangan aku letakkan atas penghadang kerusi.

"Aku nak duduk dengan Maya," jawab Rayhan dengan muka yang dah mula memerah. Eleh, cakaplah awal-awal. Nak malu kenapa? Diorang kan memang rapat dari dulu lagi?

EVERISAWhere stories live. Discover now