"Apa cakap macam tu Risa? Papa tak pernah ajar panggil orang macam-macam. It's not a good manner," tegur papa Maya tegas.

"But she deserved it."

"Kenapa Risa benci El sangat? El did nothing to you. Kalau cuma sebab El jadi kakak Risa buat Risa tak suka dia, then try to accept her. She tried her best to be the best sister, tapi Risa tak pernah cuba terima dia. Tak kesian dekat kakak ke, sayang?" Masih lembut suara papa Maya. menegur.

Aku mengeluh lemah. Kalaulah papa Maya tahu hal sebenar.

"Try her best? Wow, apa je yang perempuan tu buat? Spreading rumors about me? Taking my position? Hurting my friends? Itu semua yang papa cakap tried her best to be the best sister? I'm sorry, papa. But rather than the best sister, the best attention seeker suits her better."

Aku pegang tangan Maya. Bahasanya kali ni sangat kasar.

"Princess, you shouldn't have said that to anyone! Lagi-lagi your family member!"

"Risa minta maaf, papa. But she is not my family. And she will never be."

"Armaya Irisa, papa tak suka tahu Risa buat perangai macam ni. Siapa ajar cakap macam-macam dekat kakak sendiri? Is it your friend? El cakap Risa berkawan dengan budak-budak sembarangan dekat sekolah. Did they give bad influence on you?"

Aku terkejut. Sumpah kali ni Ellina memang melampau.

"What? My friends? Gave bad influence on me?"

"Yes, that's what she told me."

"Kawan-kawan yang papa cakap bagi pengaruh buruk dekat Risa tu, diorang lah yang ada dengan Risa bila-bila masa je Risa perlukan someone. Kawan-kawan yang papa cakap bagi pengaruh buruk dekat Risa tu, they are the ones who coaxed me everytime I have problem. They are with me 24/7, the duration that even papa pun tak boleh ada dengan Risa selama tu. Papa sendiri tak tahu how much I've cried here and now you tried to tell me that they are the one who messed me up?"

Papa Maya terdiam.

"Risa sayang papa. Tapi Risa tak suka bila papa mudah sangat percayakan orang luar. She just became your stepdaughter for a few months, but you trust her more than me."

"Siapa cakap papa tak percayakan Risa?"

"Bila papa percaya bulat-bulat apa yang dia cakap, that's the time when I know you don't fully trust me. Tak boleh ke papa call Risa sendiri tanya how am I doing here? Entah sihat, entah tidak. Setakat ni, cuma tiga kali je papa call Risa. I didn't call you sebab Risa tahu papa sibuk."

"But El said that Risa yang tak nak papa selalu call."

Maya memejamkan mata menahan geram.

"Again? Ellina said? Papa memang percaya sangat dengan dia, kan?"

"Princess..."

"Okay, I'm done talking. Tak payahlah call Risa lagi lepas ni. I'm busy kan? Assalamualaikum."

Tup!

Talian diputus sebelum telefon dimatikan.

Aku pandang Maya. Dia diam merenung telefon tadi.

"Maya," panggilku.

Diam.

"Kau tak rasa apa yang kau cakap tadi kasar sangat ke?" Dengan penuh berhati-hati aku bersuara.

EVERISAWhere stories live. Discover now