"Aku Serena Ulya. Panggil Reen atau Rena. Tapi aku tak minat sebenarnya orang panggil Rena sebab bunyi macam renda. Budak sport. Okey?" Reen pula nampak normal dan kasar tapi tetap cantik, walaupun seluar tidur dia gambar kartun Doraemon. Haha!

Aku tersengih sebelum mengangguk. Renda? Adoi.

"Aku Warda Tasneem. Panggil je Tas. Dual," kata gadis yang dari tadi diam tidak bersuara. Namun begitu, senyuman manis tidak lekang daripada bibirnya membuatkan aku rasa dia ni seorang yang lembut dan soft-spoken. Dan ya! Suara dia sopan sangat. Muka pun ayu saja.

Dan yang terakhir...

"Nama aku Hannah Entasha. Just call me Hannah. Jangan tanya kenapa nama aku Entasha, bukan Natasha. Anggap saja mummy aku letak sebab nak aku jadi entiti yang berguna. And aku budak aca. Nice to meet you, new roomie!"

Mata aku terkebil-kebil mahu memahami apa yang keluar dari mulut si Hannah ini. Laju macam bullet train. Tak ada koma dengan nokhtahnya, eh tiba-tiba dah jumpa kata penamat.

Hannah pula mukanya baby face, sesuai dengan sikapnya yang nampak agak manja dan kebudak-budakan. Walaupun baru berjumpa tidak sampai setengah jam, namun dah terserlah perangai dia dari tadi.

"Sekarang, giliran kau pula," kata Reen. Keempat-empat orang gadis itu mula menumpukan perhatian kepadaku.

"Erm, nama aku Eve Nur Hawa. Boleh panggil Hawa," kataku pendek. Ala, membosankan bukan aku ni?

"Eve... Nur Hawa?" Tanya Hannah.

Aku angguk.

"Eve bukan ke Hawa in English?" Tanya Hannah lagi.

Angguk lagi.

"Habis tu maksudnya nama kau macam Hawa Nur Hawa or Eve Nur Eve lah, kan? Sebab benda sama," komen Hannah.

Pap!

Dahi Hannah ditampar Maya geram.

"Tak payah nak komenlah! Suka hati parents dialah nak bagi nama apa," marah Maya.

"Sakitlah," cebik Hannah manja. Bibirnya dimuncungkan sepanjang-panjangnya.

Tasneem di sebelah aku pula tergeleng-geleng kepala. Pasti sudah biasa dengan sketsa sebegini.

Aku pula cuma tersengih saja. Samalah, Hannah. Aku pun tertanya-tanya kenapa ibu dengan ayah bagi nama macam tu.

"Sorry, Hawa. Budak ni memang mulut lepas sikit. Tak ada filter," ujar Reen.

"It's okay. Ramai dah tanya soalan sama."

"See? Hawa tak marah pun!" Hannah memeluk tubuh.

Serentak Reen dan Maya memutarkan mata tanda menyampah.

"Whatever."

Tidak dapat tahan, tawa kecilku terhambur. Tiga orang itu pula cuma tersengih.

"Oh, by the way, kau budak apa, ya?" Soal Reen.

"Budak? Budak apa? Science stream?" Jawabku keliru.

"Bukan. Students sekolah ni kan terbahagi kepada student dual, aca dengan sport. Kau budak apa, ya?" Jelas Hannah pula.

Aku diam. Apa benda tu?

"Aku dengan Tas budak dual. Reen sport, Hannah pula aca. Kau?" Giliran Maya pula bertanya.

Oh, inikah yang diorang cakap tadi? Aku ingatkan apalah yang bunyi dual, dual, apa benda.

"Aku pun tak tahu," balasku.

Maya mengetuk-ketuk dagunya yang berbentuk bujur sirih itu sambil berfikir.

"Kau dah dapat uniform dengan nametag?" Tanya Tasneem tiba-tiba.

"Dah." Aku angguk walaupun tertanya-tanya ada apa dengan nametag.

Pap!

Hannah memetik jari.

"Genius, Tas! Kenapalah aku tak terfikir nak tengok nametag Hawa, eh?" Hannah mengetuk-ngetuk kepalanya.

"Biasalah kau. Orang dah sampai Korea, kau baru dekat KLIA. Lag sentiasa," kutuk Reen.

Hannah memandang tajam ke arah Reen. Berani dia kutuk aku?

"Hell–"

"Ha, mari aku tengok nametag kau," potong Tasneem. Malas mahu mendengar Hannah membebel. Bingit.

"Sekejap." Aku bangun dari duduk lalu mengambil tag nama yang diletak di dalam rak di tepi katilku.

"Nah." Tag nama aku hulur kepada Tasneem sebelum kembali bersila.

Tag nama aku diperhatikan Tasneem sebelum mengangguk.

"Oh, budak aca."

"Aca?! Yeay! Ada geng!" Sorak Hannah teruja.

"Ala..." Reen mengeluh. Nampaknya memang dia seorang lah budak sport dalam bilik ni.

"Apa benda aca ni?" Tanyaku ingin tahu.

"Oh, macam ni. Dekat sekolah ni, students dibahagikan kepada tiga part. First, academic atau aca. Specially for students who excel in academic. Frame nametag korang warna silver. Second, sport students. Sport ni untuk budak yang aktif kokurikulum, macam Reen." Tasneem menunjuk ke arah Reen.

"Aku budak sport," kata Reen bangga. Tag namanya diletakkan di atas meja sebelum ditolak ke arahku.

"Nametag kitorang pula bronze. Tapi jangan ingat budak sport bodoh, ya?" Awal-awal lagi Reen memberi amaran.

Aku angguk. Siapalah aku nak downgrade orang lain? Kan?

"And last, dual. Dual ni untuk students yang excel in both. Kira anak emas sekolahlah. Dekat setiap form cuma ada lima puluh orang saja budak dual. Tapi batch kita ada empat puluh sembilan saja sebab seorang dah pindah after PT3," terang Hannah pula.

"Nametag?"

Tasneem menghulurkan tag namanya yang disimpan di dalam bekas pensel.

"Wah..." Tag nama yang tertulis Warda Tasneem itu aku tatap kagum. Cantiknya!

"Cantik, kan? Untuk anak emas, mestilah kena warna emas. Aku pun dengki dengan budak dual ni, tapi bila tengok dua ketul ni busy hari-hari, urgh! Terima kasih sajalah," kata Hannah lagi.

Pap!

Sekali lagi dahi Hannah ditampar Maya. Geram!

.

EVERISAWhere stories live. Discover now