Aku berpandangan dengan ibu. Alang-alang benda free, guna sajalah. Lagipun apalah sangat basuh baju dengan mesin. Bukannya kena berus dengan tangan pun.

"Memandangkan sekarang baru pukul dua belas, students lain masih ada di kelas. Nanti pukul dua baru diorang naik bilik. Kalau boleh, akak dengan suami kena turun before tu, ya?"

"Boleh, boleh. Terima kasih ya, dik," balas ibu.

"Sama-sama. Kalau tak ada masalah, saya turun dulu, ya?" Kak Ina meminta diri.

Setelah Kak Ina keluar dari bilik, aku dan ibu menolong ayah menyambung memunggah barang masuk ke dalam bilik. Luggage cart tadi pula sudah dibawa turun oleh Kak Ina.

"Akak, belajar elok-elok tahu dekat sini. Biar berbaloi duit scholarship yang akak dapat tu," pesan ibu semasa kami menyusun pakaian aku ke dalam almari.

"Iya, ibu." Jawab aku. Bagi seorang murid yang tidak athletic dan introvert seperti aku, tiada apa lagi yang boleh dibuat selain belajar bersungguh-sungguh.

Walaupun kadang-kadang penat, tapi aku sedar susah untuk masuk universiti jika akademik aku teruk sebab merit kokurikulum aku pun cuma bergantung harap pada jawatan saja. Aku tak pernah keluar wakili sekolah dalam apa-apa program kokurikulum selain dalam pertandingan kuiz matematik.

Jadi sekarang, seorang Eve Nur Hawa berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga dalam belajar agar tidak mengecewakan ibu bapa, sekolah, bangsa dan negara.

Hmph!

.

BUNYI orang bercakap-cakap menyedarkan aku daripada lena. Mata aku gosok sambil bangun duduk daripada berbaring.

Empat pasang mata yang terkebil-kebil melihat mematikan pergerakan tanganku. Erk?

"H-Hai?" Tangan aku lambai sedikit teragak-agak. Manalah tahu budak-budak sekolah ni sombong ke apa? Yalah, sekolah ni dahlah kaya, students pula tak anak ahli korporat, anak ahli politik. Tak anak ahli politik, ada keturunan diraja. Nampak tak beza mereka-mereka ini dengan aku yang rakyat marhaen ni?

Seorang gadis yang duduk bersila di meja jepun membalas lambaian aku laju.

"Hi, new roommate!" Sapanya mesra. Bibirnya tersenyum ceria walaupun aku perasan ada sisa-sisa habuk biskut di pipi gadis itu. Tapi aku lega sebab aku ingatkan budak sekolah ni perangai kerek.

"Hai," sapa seorang gadis yang berada di atas katil bersebelahan dengan katil di tepiku.

"Hai," balasku. Agak malu sebenarnya sebab aku ni seorang yang sukar bergaul. Tapi orang cakap malu bertanya sesat jalan, malu berkawan hidup kesunyian. Huhu.

"Eh, mehlah duduk bawah, kita buat ice breaking dulu," ajak seorang gadis yang berada di meja belajar pula. Seorang lagi ahli bilik juga turut berada di meja belajar dan cuma tersenyum sahaja apabila kami berlaga mata.

"Jom, jom."

"Ookey." Aku pun turun dari katil lalu duduk di meja jepun juga. Serentak dengan itu, kesemua ahli bilikku turut duduk di bawah.

Naik memerah wajahku apabila ditenung mereka. Ha, sudah. Janganlah tenung-tenung macam ni. Aku ni dahlah mudah gugup depan orang baru.

"Eh, janganlah tengok dia macam nak makan. Apa kata kita intro dulu, baru kawan baru kita ni intro diri dia pula?" Cadang si gadis ceria tadi. Mungkin dia sedar yang aku tak selesa direnung tadi.

"Okey, cun."

"Setuju."

"Kalau macam tu, biar aku perkenalkan diri dulu. Nama aku Armaya Irisa. I bukan Ai, I-Ri-Sa. Kau boleh panggil aku Maya. Budak dual." Gadis yang mengajak kami turun ke meja jepun memperkenalkan diri. Nampak friendly dan baik walaupun mukanya garang. Satu saja nak cakap. Sumpah budak ni cantik!

EVERISAWhere stories live. Discover now