BAB 26; Halalkan makan minum saya...

952 10 0
                                    

Rayyan dengan dua pengawal peribadinya keluar dengan cemas dari perut kereta

"Tuan Rayyan! Saya mintak maaf!" kata Zack

Dua pengawal keselamatan menunduk ke lantai, takut untuk menghadap muka majikan mereka yang bengis macam singa

"Macam mana boleh jadi macam ni?!" bentak Rayyan

Namun semua masih diam

"Check balik CCTV!" arah Rayyan

"Dah tuan. Tapi, waktu tu bekalan elektrik terputus. CCTV pun..." jawab Zack tergantung

"Rayyan!" jerit satu suara halus

Rayyan segera menoleh kerana ingatkan isterinya,

"Sherry?" gumam Rayyan

"I nak bagi tahu you, you kena gerak cepat! Sebelum terlambat..." kata Sherry

"Apa maksud you?" soal Rayyan pelik

Pada masa yang sama handphone Rayyan berbunyi.

Dari panggilan yang dia tak kenali

Dengan pantas Rayyan menjawab panggilan tersebut

"Hello..... CEO SN Group..." sapa suara garau di hujung talian

"Ni siapa ni?!" tanya Rayyan geram

"Relaxlah... aku cuma nak bagi tahu kau.. yang, isteri kesayangan kau ada kat depan mata aku sekarang ni...." Jawab suara garau tersebut. Lalu di dekatkan telefon tersebut pada hamba tebusannya

"Abang! Abang jangan risau... Nisa tak apa-apa!!" jeritku

Rayyan cuba mengawal perasaan amarahnya. Dalam hati, Allah je yang tahu, bila dengar suara halus milik isterinya menjerit.

"Kalau kau nak, bini kau ni selamat... kau datang sini, seorang! Aku ulang, seorang!" tambah si penculik itu lagi

Rayyan sempat dengar bunyi pergerakan senjata di hujung talian sebelum perbualan ditamatkan.

Dia dah tak senang duduk

Lantas, satu mesej dari Whatsapp diterima oleh Rayyan. Mesej tersebut merupakan berbentuk lokasi tempat.

"Rayyan? Macam mana dengan wife you?" tanya Sherry gelabah

"You tahu selama ni siapa punya kerja, tapi you tak bagi tahu I? You memang berdendam dengan I sampai macam ni sekali ke apa?!" tengking Rayyan lalu meluru masuk ke dalam perut kereta.

Dibuntuti oleh bodyguards dan Sherry

Dengan sepantas kilat Zack menghubungkan kes ni dengan pihak polis.

"Boss, saya dah arrange dengan Inspektor Luqman pasal ni." Maklum Zack

Rayyan sekadar mengangguk faham.

Sherry di sebelah tak putus-putus mempertahankan dirinya

"Ya Allah Rayyan! I baru tahu yang Fakhrul simpan dendam dengan you!"

"Fakhrul?!" tanya Rayyan

"You tak tahu ke, yang Fakhrul tu adik kepada Zahrin, bekas CEO Melati Holdings sebelum ni!" respon Sherry buatkan Rayyan tersandar.




"Fakhrul..." panggilku

Namun Fakhrul masih diam, tak berdetik. Hanya matanya yang merenung wajahku dalam-dalam

"Saya tak sangka..." kata-kataku tersekat. Aku pejamkan mata untuk menyambung kekuatan..

CEO & MEWhere stories live. Discover now