BAB 14; Cinta dah berputik ke tu?

726 8 0
                                    

Bangunan hotel tersergam indah kat depan mata aku sekarang ni.

Nervousnya.... Rasa diri ni kecik sangat bila pergi majlis orang-orang kaya macam ni.

Haih.

Sebaik je keluar dari perut kereta, satu lengan sasa dihulurkan.

Rayyan mengarahkanku untuk memaut lengan kirinya. Arahannya aku patuh, dan kami berjalan seperti pasangan yang lain.

"Welcome to Mariane Hotel Mr Rayyan Shah." Kata salah seorang penyambut tetamu.

"Thank you." Jawab Rayyan.

Aku tengok semua muka aku tak kenal. Yang aku kenal kat sini cuma Rayyan dengan Mr Patrick je, CEO Rays Home Corporation. Nak-nak pulak, orang Melayu tak ramai dalam majlis ni.

"Good evening Mr Rayyan!" kata Mr Smith dan Mr Patrick serentak.

"Good evening Mr Smith, Mr Patrick" Jawab Rayyan seraya berjabat tangan.

Mr Smith mula mengalihkan perhatiannya ke arahku, memberi isyarat bertanya kepada Rayyan siapa geranganku.

"This is Nisa, my personal assistant." Jawab Rayyan selamba.

Sejak bila entah aku jadi PA dia. Memandai-mandai je!

"Oh!" jawab Mr Patrick tersenyum sinis

"Oh I see! Anyway, congratulations, for successfully owning Melati Holdings." Tambah Mr Smith.

Rayyan hanya tersenyum bangga.

"I've heard SN Group collabs with Rays Home Corporation, and the sales went very well." Tanya Mr Smith lagi sambil melirikkan matanya ke arah Rayyan dan Mr Patrick.

"Yes. The revenue increase more than we both expected." Jawab Rayyan.

"And, I'm absolutely delighted with the results." Tambah Mr Patrick bangga.

Mr Patrick pandang aku dengan senyuman. Dah kenapa?

"Is she... the same girl during competition among our staff before this?" tanya Mr Patrick separa berbisik pada Rayyan

"You have sharp eyes" jawab Rayyan dengan senyuman

"I see... Looks like, she managed to tame you." Sakat Mr Patrick.

Macam sedap lah pulak kek red velvet tu.

"Tuan, saya nak pergi tengok dekat bahagian dessert tu kejap ye?" bisikku pada Rayyan

"Okay. Pergilah." Jawab Rayyan.

Aku tak ambil masa yang lama untuk bergerak dan melepaskan pautan tanganku pada lengan kirinya.

Aku rasa sikit potongan kecil yang dah tersedia kek perisa red velvet yang dah dipotong bentuk kiub.

Ummmm.... Why the taste is so nice??????

"Miss, drink?" tanya seorang pelayan hotel sambil membawa dulang berisi gelas dan air pelbagai perisa.

"Oh, thank you." Jawabku sambil mengambil gelas berisi jus epal.

"Nisa..Irani?" sapa suara garau dari belakang. Aku membalikkan tubuh untuk tengok gerangan siapakah.

Rasa macam nak terkeluar kek yang aku makan tadi. Tersedak terus!

"Nisa, you okay tak? Minum air dulu. Perlahan-lahan lain kali." Kata lelaki tu sambil mengusap lembut belakang badanku untuk melegakan dari tersedak tadi.

CEO & MEWo Geschichten leben. Entdecke jetzt