BAB 13; Baju bundle

700 9 3
                                    

Wajahnya sudah berkerut. Dengan nafas yang turun naik menahan amarah. Idea jahat dah mula menguasai minda Maria.

Tah segala setan dengan jin apa entah yang dah hasut diri dia sekarang ni.

"Nisa Irani dengan Rayyan Shah.... Kau dua orang takkan hidup bahagia! Dah tiba masanya, untuk kau orang rasa erti kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup kau!"

Air mata menitis dari kolam mata.

Skrin telefon direnung dengan penuh dendam. 


Aku melangkah ke kedai buku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melangkah ke kedai buku. Rasa macam dah lama jugak aku tak keluar pergi mall.

Satu-persatu buku novel aku perhatikan. Banyak betul novel best-best sekarang ni. Last aku baca novel time belajar kat universiti dulu.

Tengah leka aku membelek novel-novel dekat depan mata...

"Eh, Nisa!" sapa suara garau di sebelah kanan aku.

"Eh Fakhrul!"

"Tak sangka, kebetulan kita terserempak kat sini." Kata Fakhrul.

"Tulah. Kebetulan."

Aku jawab sambil perhatikan sesuatu kat tangannya.

"Awak jenis yang baca novel jugak ke?" pertanyaanku buatkan Fakhrul tersenyum. Lalu di tayangkan buku novel yang dipilih kat tangan kirinya.

"Haah. Tapi, saya lebih suka baca novel genre action romance atau thriller. Kalau awak saya rasa... mesti lebih suka novel cinta kan?"

Pertanyaan Fakhrul buatkan aku tergelak sikit.

"Kalau tanya saya, of courselah. Perempuan kan? Tapi, saya minat jugak novel genre thriller. Yelah, asyik cinta je, bosan jugak."

"Prekkk!!"

Botol mineral yang dah habis diminum dah lumat jadi eh kena renyuk. Panas hati tengok kekasih hati tengah berbual mesra dengan lelaki lain.

"Tak boleh jadi ni!" kata Rayyan. Macam lipas kudung dia meluru masuk ke kedai buku. Entah dari mana muncul, tiba-tiba je dia boleh sampai.

"Ehem!"

Aku dengan Fakhrul serentak memusingkan kepala untuk tengok siapa gerangan yang sibuk berdehem dari tadi.

"Eh, tuan Rayyan. Tuan datang sini nak beli buku jugak ke?" tanya Fakhrul.

Namun soalan Fakhrul hanya dijawab dengan sekadar anggukan dan deheman. Aku pulak hanya tersenyum tipis. Entah sejak bila tah si Rayyan ada kat kedai buku ni. Dia follow aku ke? Tapi, kali ni dia sorang je. Tak de bodyguard pulak.

Aku tengok Rayyan duk belek-belek koleksi novel yang ada kat depan mata. Tak sangka lah pulak, rupa-rupanya si mamat ais beku ni, mat jiwang jugak rupanya. Layan novel cinta.

CEO & MEWhere stories live. Discover now