BAB 6; Kalau macam tu, let's bet..

1K 9 0
                                    

Para pekerja sedang asyik menikmati makan tengah hari masing-masing sambil berbual dengan rancak di kafeteria. Ada juga yang sedang beratur mahu membeli makanan.

"Eh korang perasan tak? Semenjak dua menjak ni kan, bos kita yang handsome macam SRK tu, selalu panggil Nisa masuk bilik dia." tanya Vivian sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Eh haahlah. Aku perasan. Kalaulah tuan CEO kita dah sangkut dengan Nisa, hmm melepas lah aku!" jawab Kem agak sedih.

"Hei apalah you ni Kem! You kan boy! Mana boleh sama dengan boss kita! You ingat tuan Rayyan kita tu bisexual ke?" kata Vivian dengan agak marah sedikit.

"Alah, Nisa tu kan kaki sondol. Semua jantan dia nak try." Sampuk Maria menyampah.

"Nisa tu bukan kaki sondol! Dah orang lawa, mestilah ramai yang tergila-gila. Eh kalau betul lah tuan Rayyan dah tangkap cintan dengan dia, memang powerlah Nisa! Apa taknya, sejak dari universiti lagi, boleh dikatakan semua hot guys berlumba-lumba nak couple dengan dia nyah! Jealous mak!" tambah Kem menepis tuduhan Maria sambil dengan rakus meratah udang.

"Macam mana you tahu?" tanya Vivian.

"Aku tahulah! Kan aku, Maria dengan Nisa satu uni." Jawab Kem.

"Yelah! Dulu satu office, dari pangkat atasan termasuk boss lama kita si tuan Zahrin tu, sampailah ke staff peringkat bawah semua nak try Nisa sebelum ni!" jawab Vivian.

"Termasuklah orang yang dekat sebelah aku ni!" sampuk Kem seraya menjeling manja ke arah Dazrin.

"Apa?" soal Dazrin cuba mengelak dari menunjukkan perasaannya.

"Haha! You ingat kita orang tak tahu ke yang you pernah kena reject dengan Nisa dulu?" kata Vivian cuba menyakat. Kem sudah ketawa mengilai. Namun Dazrin hanya buat muka selamba.

Maria sudah panas telinga. Lalu diangkat pinggannya yang masih penuh dengan makanan dan berlalu ke sinki.

"Eh, cepat betul you habis makan Mar?" tanya Vivian, namun tidak dihiraukan oleh Maria. Kem dan Dazrin hanya mengangkat bahu.

"Haa! Borak apa hah? Mengumpat pasal aku ke tu?" sergahku bersama sepinggan nasi berlauk di tangan. Lalu, aku mengambil tempat duduk di sebelah Kem.

"Panjang umur! Kitaorang baru je cakap pasal kau Nisa!" jawab Kem.

"Mana ada kitaorang mengumpat you Nisa! Kitaorang puji lagi adalah!" sampuk Vivian. "Yeke ni?" aku mengacah sambil memulakan suapan.

"Eh Nisa... you ceritalah sikit dengan kitaorang. Kenapa you keluar saja dari bilik boss, you nangis-nangis hari tu?" tanya Vivian.

"Haah Nisa. Lepas tu, aku tengok dia asyik kerap panggil kau masuk bilik office dia. Korang..... berdua...." Tanya Kem sambil mengacu-acukan dua jari. Tapi belum sempat Kem mahu menghabiskan ayatnya..

"Ada apa-apa ke?? Macam secret affair?!" Vivian mencelah.

Tersedak sekejap aku dengar soalan Vivian. Serta-merta Vivian dan Kem tolong hulurkan air buatku untuk minum.

"Terus tersedak engkau!" sampuk Kem.

Aku tengok Dazrin still senyap. Hanya mendengar sahaja perbualan kami.

"Kitaorang bincang pasal kerja je lah. Mana ada apa-apa. Kan tak lama lagi, I dinaikkan pangkat." Jawabku selamba.

"Yelah, kitaorang tahulah kau dapat naik pangkat. Tapi....." jawab Kem.

CEO & MEWhere stories live. Discover now