BAB 2 ; SRK or ZAYN MALIK?

1.1K 14 0
                                    

Lobi pejabat sudah dipenuhi dengan seluruh staff. Dari pangkat bawahan sampailah ke pangkat atasan.

SN Group yang dahulunya megah dikenali sebagai Melati Holdings, kini sudah bertukar tuan punya. CEO yang baru juga bakal diganti. Nasib baik periuk nasi pekerja tak terjejas. Dibuatnya dia buang semua pekerja, gantikan dengan staff-staff diaorang, then kitaorang diberi pampasan berhenti kerja, tak ke mati dibuatnya nak cari kerja lain?

"Wehh korang!! Cepat-cepat! CEO baru dah sampai! Cepatlah!!" jerit Kem.

"Haah, kita kena sambut CEO baru kita ni dengan meriah. Dengar cerita orangnya handsome!!!!Macam Shah Rukh Khan!!!!!!" sampuk Vivian pulak.

Makin menggediklah semua staff perempuan bila dengar rupa paras boss baru tu macam ala-ala hindustan! Aku tengok semua staff dah berebut-rebut nak berdiri bahagian depan. Lalu dengan langkah malas aku berdiri di sebelah Vivian. Tak minat aku. Handsome ke, tua ke, apa kena-mengena dengan aku? Yang aku tahu tiap-tiap bulan aku cucuk duit gaji, nak bayar hutang.

"Selamat datang tuan Rayyan Shah" ujar Kem, diikuti oleh seluruh staff termasuk aku.

Tapi..... kata-kataku tiba-tiba tersekat di kerongkong.... Dengan mata yang membulat dan mulut ternganga aku memandang pemilik wajah CEO di syarikatku.

Di....Dia???!

"Handsomenyaaa!!!!"

"Memang betul lah macam Shah Rukh Khan!"

"Hidung dia mancung sangat lah weyy!!!!"

"Eh, macam Zayn Malik lah! Aku rasa more pada Zayn Malik!"

"Tengoklah beard dia tu! Aumm!!"

Respon antara para pekerja. Perempuan dengan lelaki lembut, dua kali lima! Semua tak habis-habis menggeletis duk memuji CEO baru.

"Eh Nisa! Kenapa you tenung muka boss kita tu macam nak telan orang aje?" tegur Vivian separa bisik. "Aaa? Err... mana ada!" jawabku sambil mengalihkan perhatian ke tempat lain. "You jangan cakap sama saya yang you sudah tangkap cintan sama boss kita!!!!" Vivian kata dengan lirik senyuman jahat. "You ni banyak tengok drama China lah Vivian! Mana ada I jatuh hati kat dia." aku membidas kata-kata Vivian.

Aku jatuh cinta dengan dia? Aku rasa nak cekik-cekik leher dia sekarang adelah! Pasal dia lah aku sengsara!!!!

Tak guna punya jantan!

Kemarahanku sekarang dah macam gunung berapi yang nak meletus-letus tu tahu tak? Sampai bila pun aku takkan maafkan dia!!

Rayyan perasan ada seorang pekerja wanita memandangnya dengan tidak berkelip sebentar tadi. Lalu dipandang sekilas. Namun wanita itu sudah memalingkan pandangannya ke tempat lain. Wajah itu tidak kelihatan. Lalu, malas mahu membuang masa dia meneruskan langkahnya berjalan. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sampai di tingkat paling atas, Kem memulas tombol pintu bilik pejabat boss baru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai di tingkat paling atas, Kem memulas tombol pintu bilik pejabat boss baru.

"Silakan masuk tuan." Ujar Kem dengan penuh hormat. "Terima kasih." Jawab Rayyan. Dipandang ruang biliknya yang luas itu lalu pergi ke arah cermin tingkap. Diamati sebentar bandar Kuala Lumpur. Kepulangannya kali ini adalah sebagai CEO SN Group.

Akhirnya... Melati Holdings jatuh ke tangan aku. Desis Rayyan di hati.

Rayyan melihat Kem dan Vivian masih setia berdiri di hadapannya. Lantas mata dikebil-kebilkan sedikit. "Rasanya, tak ada apa-apa lagi kan? Awak berdua boleh keluar." Arah Rayyan. Kem dan Vivian agak terkucam sedikit.

"Errr.... Tapi, tuan Rayyan belum buat tour office lagi." Bantah Kem. Tiba-tiba Rayyan tersenyum sinis. Membuatkan Kem dan Vivian kehairanan.

"It's okay. I don't need that. Now, I nak semua report and document mengenai Melati Holdings yang ditinggalkan sebelum ni ada kat atas meja I." Jawab Rayyan. "Noted boss!" dengan serentak Kem dan Vivian berkata seraya berlalu keluar.

"Eh, nampak macam garang jugaklah boss baru kita!" kata Vivian. "Semua boss garang! Susah nak jumpa boss yang tak garang! Nasib dia handsome! Cair hati ni bila tengok nyahh!" Vivian menggeleng tengok Kem selaku lelaki lembut itu yang sudah mula tergedik-gedik.

"Nisa! Nisa!" jerit Vivian sambil berlari anak menuju ke mejaku. "Haa kenapa Vivian?" tanyaku. "Eh, you nak tahu tak? Encik Rayyan tuh kan, boleh tahan garanglah!" "Normal lah, nama pun boss! Kalau tak garang, nanti orang bawah pijak kepala lah pulak!" aku menjawab dengan selamba, lalu jari kulajukan menaip untuk menyiapkan report. "Yelah! Itu I tahulah! Tapi, ini kali, baru saja datang sini, dia sudah mintak semua report dan document Melati Holdings tau! You dah siap ke?" kata-kata Vivian membuatkan aku mengangkat kepala sedikit. "Gila ke apa? Mana nak done semua benda tu dalam masa sehari? Kan ada report bulanan company sebelum ni yang kita semua belum siap lagi?!" aku mula bengang dah.

Ini dah kes nak dera pekerja ni.

"Itulah I kata! You tak nak pircaya! Sudahlah, I mahu siapkan report bahagian I. Baik you sambung kerja cepat!" kata Vivian lalu terus berlalu ke lif.

Meja kerjanya berada di tingkat sama dengan CEO. Al-maklumlah, setiausaha. Tidak sama dengan aku bahagian sumber manusia. Nasib baik meja aku tak sama tingkat dengan mamat tu. Kalau dia tak cam aku takpe! Ni dibuatnya kalau dia cam aku?! Tak ke naya?

Baru hari pertama jadi CEO, dah mula tunjuk belang!

Menyirap betul aku!

Baik aku sediakan payung sebelum hujan. Apa lagi? Bantuan pak cik Google diperlukan sekarang ni. Dengan ligat jariku menaip nama penuh CEO SN Group.

Kubaca satu-persatu semua maklumat tentangnya.

Rupa-rupanya..... banyak betul khabar angin pasal dia!

Rayyan Shah sememangnya seorang yang cool-blooded.

Genius?

Yes. He is. Hanya dengan sekali baca, dia boleh hafal segala isi kandungan sesebuah maklumat.

Rayyan Shah seorang usahawan yang berjaya di dalam usia 30 tahun.

Handsome and wealthy. The best part, he is currently single. But....

Playboy? Could be. Many girls claim to be his girlfriend!

Betul lah tu playboy! Kalau tak, takkan lah aku boleh jadi salah satu mangsa dia?

Sekarang aku dah tahu serba sikit pasal dia. Harap-harap dia tak cam lah muka aku. Lalu macam lipas kudung aku mula menyambung menyiapkan baki kerja tertunggak. 

CEO & MEWhere stories live. Discover now