BAB 17; Mata keranjang

954 5 0
                                    

Hari ini, aku dengan Rayyan masuk ke pejabat macam biasa.

Setibanya aku sampai dekat tingkat office ku, semua orang dah mula kepung aku. Dah macam semut pun ada aku tengok diaorang ni.

Cuma bayang Vivian je tak nampak.

Dazrin dan Maria tak ambil kisah langsung.

"Nisa!!! Biar betul kau dah kahwin?" tanya Kem

"Dengan..... dengan..." sambung Irma

"Dengan CEO kita?!" diakhiri dengan Zara.

Yang staff lain semua mata masih terkebil-kebil pandang aku tanpa bersuara.

"Errr.... Ha...aah." Aku mengangguk mengiyakan....

"Meh!!! Untungnyaaaa!!! Maknanya, sekarang ni....kau jadi isteri CEO lah ni????" sampuk Irma.

Aku cuma tersenyum tipis.

"Eh dahlah, aku masuk office dulu," jawabku lalu beredar.

Bahaya diaorang ni. Kang lagi banyak benda ditanya. 


Masa begitu pantas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masa begitu pantas.

Tahu-tahu jam dah menginjak ke jam enam petang. Aku siap-siap nak balik. Yelah,dah habis kerja pe jadah eh stay lelama kat office?

Turun je kat lobi office, seseorang yang setia berdiri tengah menunggu aku.

"Nisa..."

"Err... Acu? Acu buat apa kat sini?" tanyaku.

Handphone bergetar tak kuhiraukan. Yang penting sekarang, depan mata aku Acu! 


Mana Nisa ni? Aku call tak angkat-angkat. Aku mesej tak reply. Rungut Rayyan.

Rayyan pergi ke tingkat sepuluh dimana pejabat kekasih hatinya. Tapi, semua pekerja dah balik.

Lalu Rayyan turun ke lobi office.

Hampa.

Bayang Nisa langsung tak nampak.

Dia ni pergi mana? Dia lupa ke pasal dinner dengan aku malam ni?

Dengan hati yang kecewa, Rayyan melangkah keluar dari bangunan SN Group. 


Pagi ni Rayyan masuk office seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi ni Rayyan masuk office seperti biasa. Tapi, hatinya terdetik untuk melawat bahagian sumber manusia.

Sebaik je sampai ke tingkat sepuluh, semua pekerja berdiri menandakan hormat padanya.

Niat di hati ingin berjumpa dengan kekasih hati.

Tapi kekasih hati lenyap entah kemana. Nisa tiada di dalam bilik pejabatnya.

"Suria?" panggil Rayyan.

"Ye tuan?" jawab si gadis kecil molek itu

"Nisa mana?" tanya Rayyan

"Oh... cik Nisa ambik cuti hari ni tuan." Jawab Suria

"Oh, okay." Jawab Rayyan

MC tak bagi tahu aku? Dia tak sihat ke? Gumam Rayyan sendirian.

Baru sahaja Rayyan hendak keluar pergi ke arah lif, dia terdengar perbualan antara para pekerja di tepi mesin fotostat.

"Untungnya kak Nisa tu kan? Dapat jadi isteri tuan Rayyan. Tuan Rayyan tu dahlah handsome, kaya raya pulak tu!" kata salah seorang pekerja muda.

Maria yang tengah sibuk dengan memfotostatkan dokumen, mencelah.

"Korang tak payah nak puji sangatlah si Nisa tu. Selama ni, Nisa tu cuba pikat CEO baru yang kacak tu sebab dah bet dengan kitaorang semua. Sekarang ni, dia dah berjaya dapatkan tuan Rayyan. Haa, lepas tu, mula lah misi dia nak kikis duit bos!"

"Betul ke ni kak Maria?" celah salah seorang pekerja lain.

"Betul! Apa yang tak betulnya? Abang ada sekali waktu tu! Depan kitaorang dia bet!" sampuk Dazrin

"Lagi satu, Nisa tu melayan ramai lelaki jugak tau! Aku ni dulu sekampus dengan dia aku tahulah! Dekat kampus dulu, huiiiiyaiii... bukan main lagi semua lelaki kaya dia nak try! Playgirl teruk weh dia!" tambah Maria lagi

"Maknanya, kak Nisa tu mata keranjang versi perempuan lah ye?"

Rayyan yang curi-curi dengar dari tepi hanya mampu mengetap bibir. Tapi, dengan cepat dia cuba tepis segala perasaan syak wasangka.

Dia percayakan Nisa sepenuhnya. 

CEO & MEWhere stories live. Discover now