BAB 16; Suami isteri?!

941 7 0
                                    

Tangan asyik tak berhenti berpeluh. Debaran di dada kian terasa.

Rayyan memandang wajah aku dengan senyuman. Sambil tanganku diraih. Kami berjalan berpimpinan tangan menuju ke hadapan.

Lampu flash kamera dan para wartawan mengerumuni di segenap ruang.

Pengawal peribadi Rayyan memberi isyarat kepada semua yang Rayyan sudah bersedia menjawab segala persoalan.

"Tuan Rayyan, betul ke dalam video yang tersebar sebelum ni adalah milik tuan dan cik yang cantik manis ni?"

Pertanyaan salah seorang wartawan.

"Pertama sekali, saya akan jawab ye. Memang dalam video tu adalah saya, dan wanita di sebelah saya ni." Jawab Rayyan tenang.

"Dalam video tu menampakkan tuan dan cik yang cantik ni manis berdua-duaan di dalam bilik hotel. Seorang lelaki dan perempuan bukan muhrim berdua bersama, apa yang kalian berdua buat ye di dalam?" tanya lagi seorang wartawan

"Awak rasa....apa lagi yang suami isteri akan buat kalau berdua-duaan dekat dalam bilik?" jawab Rayyan bersahaja.

"Suami isteri??!"

Para wartawan dan jurukamera berbisik antara satu sama lain.

Jantung aku berdebar macam nak kencang.

Rayyan menatap wajahku lagi sekali sebelum dia sambung bersuara.

"Saya dah berkahwin. Di sebelah ini adalah isteri saya yang sah. Kami berdua dah nikah di luar negara. Cuma, kami belum mendaftarkan pernikahan kami di dalam negara. Kami akan nikah semula, dan akan melangsungkan majlis perkahwinan tak lama lagi." Respon Rayyan.

Apa yang diberitahu Rayyan semuanya adalah bohong semata dan aku dah setuju dengan cadangan ni. Rayyan terpaksa keluarkan statement ni untuk selamatkan reputasinya sebagai CEO SN Group.

Dan memang betul pun tak lama lagi, aku dengan Rayyan akan berkahwin.

Semua yang hadir pada acara press conference hari ini tercengang.

"Kalau macam tu, macam mana video tersebut boleh tersebar?

"Siapa yang sebarkan video tuan Rayyan dan isteri tuan?"

"Adakah tuan sendiri yang sengaja menyebarkan video tersebut. Atau pun isteri tuan?"

Soalan bertalu-talu dari para wartawan.

Namun, Rayyan tetap tenang. Rayyan tak benarkan aku menjawab semua soalan tersebut. Biar dia saja yang berhadapan dengan semua tu.

"Siapa dalang di sebalik penyebaran video ni, masih belum diketahui. Tapi, perkara ni semestinya nak menjatuhkan reputasi saya. Saya rasa, dah tak ada apa yang perlu saya jelaskan. Terima kasih semua, asalamualaikum." jawab Rayyan seraya menarik tanganku berlalu dari sini.

"Tuan Rayyan!"

"Tuan Rayyan tunggu dulu!"

"Nanti tuan Rayyan!"

Para wartawan semua menjerit antara satu sama lain. Ada yang mahu mengejar Rayyan dan aku yang berlalu keluar.

Namun, pergerakan mereka dihalang oleh pengawal keselamatan dan pengawal peribadi milik Rayyan.

"Kita nak pergi mana lepas ni?" tanya aku pada Rayyan.

"Masuk dalam kereta dulu, nanti awak akan tahu." Jawab Rayyan dengan senyuman.

Dia ni, nak main surprise-surprise pulak! 


"Jom

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jom. Kita dah sampai." Ujar Rayyan.

Kaki ku melangkah keluar dari perut kereta.

Hanya satu perkataan yang terlintas di fikiranku sekarang ni,

Cantiknya....

Aku merasa setiap bunga hidup yang ada di keliling.

Dipenuhi dengan bunga ros putih di sisi... dan akhirnya langkahku terhenti tatkala menuju ke sebuah rumah banglo tersergam indah kat depan mata.

Lalu ku alihkan pandangan pada Rayyan

"Ni....?" Belum sempat aku habiskan soalan, Rayyan dah memotong

"Ye... ni rumah yang kita bakal duduk. Lepas kahwin nanti." Kata Rayyan

Aku tak mampu nak berkata apa-apa... Hanya senyuman yang mampu kuukirkan dan kolam mata yang bergenang.

Tanganku diraih oleh Rayyan.

"Saya nak bertanggungjawab pada awak. Nisa... Awak nak tahu tak? Sejak awak tinggalkan saya pagi tu, saya kerap mimpikan awak. Saya tak dapat tidur. Dan... saya rasa serba salah sangat. Saya sendiri pun tak tahu kenapa.... Saya rasa lain." Luah Rayyan.

Ada mutiara jernih mengalir dari kolam matanya. Anak matanya aku tenung dalam-dalam. Dapat kurasakan sinar keikhlasan dalam dirinya.

"Dulu, saya jahat. Saya...tidur dengan ramai perempuan. I was a bad boy..." kata-kata Rayyan tersekat di kerongkong.

Aku menyeka air matanya.

"Past is past. Let start all over again." Jawabku.

Senyuman mekar di bibir masing-masing. Lantas, pelukan hangat dari Rayyan ku sambut.

Aku cuba menenangkannya yang lagi menangis terhinggut-hinggut di bahuku.  


Dengan dahi yang berkerut dia melihat dua video di skrin telefon bersilih ganti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan dahi yang berkerut dia melihat dua video di skrin telefon bersilih ganti.

Sejak bila pulak Nisa dah kahwin? Apasal aku tak tahu? Desis Acu.

Eh budak ni.....

Didail nombor telefon seseorang.

Tapi, orang yang nak ditelefonnya tak diangkat-angkat callnya.

"Ni satu lagi! Bila orang call tak pernah nak berangkat! Bila tang duit, elok je telepon orang!" bebel Acu


CEO & MEWhere stories live. Discover now