Bab 4

12.5K 1.5K 175
                                    

MATA terpejam menghayati muzik yang terhasil apabila jemarinya menari di atas kekunci piano. Jemari yang dari tadi hanya bergerak lembut di atas papan kekunci piano itu bertukar semakin agresif. Setiap pergerakan jari menjadi semakin kuat.

"Ivy anak yang baik, kan?"

"Ivy kakak. Jadi Ivy tak boleh menangis."

"Mama tak suka Ivy menangis."

"Papa kau tak sayang kau."

"You're nothing without your mother."

"Nothing."

drangg! drangg! drangg!

Bunyi yang agak kuat daripada piano terhasil apabila Ivy menghentak kuat kekunci piano tersebut dengan jemarinya.

Why did everything fucking hurt?

Tubir mata sudah bergenang dengan air mata. Air mata yang ditahan sejak daripada dua hari lepas akhirnya terlepas jua.

Bunyi pintu biliknya yang diketuk sebanyak tiga kali membuatkan dirinya tersentak. Air mata yang masih degil mengalir di pipi itu diseka laju. Dia menghela nafas perlahan sebelum bersuara, "Come in."

"Yes, Raine?" soal Ivy apabila wajah Raine menyapa retina mata.

"Are you okay, Miss Grace? Tadi saya dengar bunyi kuat dari sini."

Ivy mengukirkan senyum untuk menutup perasaanya sekarang. Dia menganggukkan kepalanya tanda dia tidak mengapa.

"Puan Hernandez panggil Miss Grace turun ke bawah. Sarapan dah siap," kata Raine, mengajak Ivy turun ke bawah bagi menikmati juadah pagi itu.

Ivy menganggukkan kepalanya. Dia bangkit daripada duduknya lalu gaun yang tersarung pada tubuh dibetulkan. Tidak lupa juga rambut yang sudah serabai akibat amukannya sebentar tadi.

Sebaik sahaja sampai di meja makan yang panjang itu, dia mengambil tempat berhadapan dengan Madelaine. Sempat merendahkan tubuhnya sedikit apabila matanya bertembung dengan Madelaine.

Napkin berwarna emas yang terletak di atas pinggang diambil lalu diletakkan di atas pahanya. Dia duduk dengan tegap, perlahan-lahan dia menyua sesudu kecil sup berkrim yang terletak di hadapannya ke dalam mulut.

"Did you know that your sister was kidnapped few weeks ago, Ivy?" soal Madelaine tiba-tiba. Wajahnya tidak diangkat, hanya memandang makanan di hadapannya.

Manakala Ivy pula sudah terhenti kelakuannya. Dia mengangkat wajahnya memandang si ibu yang hanya bersahaja.

Dia langsung tidak tahu tentang perkara tersebut. Bebola mata naik mencari anak mata adiknya yang hanya menunduk.

"Madelaine." Suara keras Demirez kedengaran, tidak mahu Madelaine beritahu Ivy tentang kejadian yang menimpa anaknya, Annaise beberapa minggu lepas.

"Mama.." Annaise pula bersuara, tidak suka tatkala Madelaine tiba-tiba sahaja membangkitkan isu ngeri itu.

Masih jelas di ingatannya tentang kejadiannya yang diculik.

Masih jelas bagaimana dia menipu si penculik yang mungkin berdendam dengan keluarga mereka bahawa dia hanyalah anak angkat kepada keluarga Hernandez.

Walhal hakikatnya dia juga merupakan salah seorang keluarga Hernandez.

Dan rasa bersalahnya masih bergunung terhadap kakaknya. Dia seakan-akan meletakkan nyawa kakaknya dalam bahaya semata-mata untuk melepaskan diri.

Madelaine mencebikkan bibirnya. Tangan mencapai secawan kopi yang terletak di hadapannya lalu dia menghirup perlahan kopi yang masih berwap itu.

"You know what, Ivy? Your father didn't even bother to find your sister when she was kidnapped."

His Clarity : The Cursed HeiressWhere stories live. Discover now