Chapter 25 | coklat |

Comincia dall'inizio
                                    

"Rel, tak baik buat isteri kamu macam itu, " Tegur maklong. Dia memang sudah serik dengan perangai mengusik lelaki itu.

"Apa? Hm, boleh la. Lima puluh,lima puluh, " komennya. Elah lima puluh konon tapi makan hampir separuh.

"Maklong belum jawab lagi soalan Rel,"

"Sya pergi holiday bersama kawan dia di langkawi," balas maklong sambil makan. Farrel hanya mengangguk dengan jawapan ibu saudaranya. Tenang sedikit hidupnya apabila sepupunya seorang itu tiada, mungkin sakit hati. Entah.

"Rel dah bincang dengan ayyi yang kami dah bersepakat nak pindah ke rumah Rel? " Ujar Farrel apabila selesai meneguk jus oren. Aku di situ hanya memandang dan mendengar sahaja apa yang di katakan Farrel.

"Awalnya, kenapa tidak duduk sini lama sikit? "Soal maklong sayu. Aku terus bangkit dan terus menghampiri maklong.

Tangannya digenggam." Maklong janganlah sedih isya janji kalau isya dengan Farrel free kita datang sini lawat maklong okey? Tak mahula sedih, sedih, "pujuk aku sambil mengusap bahu perempuan tua itu lembut. Aku juga sedih mahu tinggalkan maklong, perangainya tersangat lembut dan ada ketegasannya juga.

"Betul? Betul Farrel kalau free datang sini?" soal maklong pada lelaki itu. Farrel mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Okey lah kalau macam itu tapi ingat jaga makan, minum. Jangan bergaduh," pesan maklong.

"Eh maklong lebih-lebih pula, rel balik esok bukan sekarang nak berpesan bagai. Nak pesan, pesan esok, " bebel Farrel. Aku dan maklong memandang Farrel terkejut.

"Apa?"

"Jarang eh kamu membebel," balas maklong sambil tersenyum kecil.Sudah lama dia nantikan bebelah dari mulut anak buahnya merangkap anak pada kakak kembarnya.

"Mana ada, rel cuma cakap aje," nafi lelaki itu. Aku hanya mengelengkan kepala, ego tinggi suami siapalah.

Ting.

Notification dari iPhone milik Farrel berbunyi. Dia membaca mesej itu buat seketika.

"Maklong, rel nak ke office sekejap Aira ada mesej yang ada problem di office. Kau nak duduk rumah atau nak ikut?" soal Farrel sambil memandang aku yang ada di sebelahnya.

"Saya temankan maklong, ni awak balik jam berapa?" soal aku.

"Sekejap ye maklong, isya hantar Farrel ke depan, sekejap, " maklong hanya mengangguk sabagai balasan.

"Aku lupa, kau tolong ambilkan satu fail atas meja dalam bilik." baru sahaja aku ingin melangkah maklong datang..

"Sorry ganggu, maklong lupa yang sekejap lagi maklong nak ke rumah kawan maklong ada meeting sikit. Farrel kamu bawa sekali Kayyisah ikut kamu, maklong risau kalau dia seorang diri di rumah" Ujar maklong sambil memandang kami berdua.

"Kalau macam itu, awak tunggu sekejap saya pergi bersiap. Bagi saya sepuluh minit nanti saya bawa turun sekali fail awak," balas aku sambil berlari anak naik ke atas.

"Macam budak kecil," rungut Farrel sambil memandang telefon miliknya.
Maklong yang memandang hanya mengelengkan kepala dengan telatah Kayyisah itu.

"Ni maklong nak tanya, Aisya ada kacau kamu?" soalan dari ibu saudaranya membuatkan lelaki itu mengangkat pandangan.

"Ada, sebelum kahwin," jawab Farrel bersahaja.

"Dia nak apa?"

"Dia nak rel putuskan pertunangan rel dengan si Kayyisah. Rel cuma cakap kalau berani pergi minta dengan maklong sendiri, itu sahaja. " jawab Farrel. Bukan apa dia malas dan penat mahu bertekak dengan gadis yang merangkap sepupunya.

MR.BLACK HODDIE (C)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora