Alangkah..Farhan memicit kepalanya yang sedikit berdenyut.

Apakah dia dan Hakimi yang menyebabkan Naifa bermetamoforsis sehingga begitu sekali? Lalu apa pula yang dilakukan Naifa di tempat itu hingga mendaftarkan diri menjadi pelajar junior di situ?

*                *                *

Rahmat dalam tragedi.Walaupun tragedi Farhan hampir kebas kakinya menghabiskan pusingan padang ketika hujan turun renyai-renyai itu sebenarnya sudah dirancang,namun bukan Farhan sahaja menyedari akan perubahan para pelajar junior.Mungkin juga kerana Minggu Orientasi hanya berbaki 2 hari sahaja dan mereka semakin lali dengan kesibukan begitu,jelas tidak banyak karenah yang memerlukan Farhan dan klan hazer dari nerakanya pening kepala setiap kali mesyuarat post-mortem setiap malam sebaik selesai sesi panggil nama.

Sekutu pemberontak bernama Naifa Zahra yakni Muhammad Raez itupun teduh sedikit perangainya namun tetap sahaja menatap mereka dengan tajam sementara Naifa ,susuk misteri yang hanya diketahui kewujudannya oleh Farhan itu juga tidak banyak olah atau lebih tepatnya-mereka tidak punyai perkataan lagi untuk memarahi atau menjatuhkan hukuman kepadanya.

Bukan sahaja kerana rasa segan Farhan terhadap Naifa tetapi juga kerana kru hazer pimpinannya sering bungkam sendiri setiap kali Naifa mengeluarkan jurus andalannya jika ada sesuatu yang dirasakan melintangi prinsipnya.

"Persiapan untuk malam penutupan dah 95 peratus.Cuma fakulti perubatanlah yang sakit kali ni.."

Khan yang duduk berpeluk tubuh menghadap Farhan bersuara sebaik saja Farhan mengisyaratkan agar perjumpaan malam itu dimulakan.Pukul 10.45 malam.Seperti biasa hari mereka para AJK Minggu Orientasi hanya akan berakhir setelah perjumpaan tersebut selesai.

" Is she okay?" Tanya Farhan.

"Setakat ni dia baik-baik sahajalah.Tak ada simptom serius.Cuma perlu dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga"

"Maknanya tak akan adalah wakil dari Fakulti Sains Perubatan untuk contest tahun ni?"

" Syaratkan perlu dua orang dari setiap fakulti.Sebab tak ada yang menawarkan diri,automatiklah wakil fakulti dalam persembahan malam penutupan nanti hanyalah Nafisah dan Uwais sekaligus calon contest STAR OF STARS tahun ni."

Jawapan Jimmy berjaya membuatkan mereka yang lain-lain senyap.Nampaknya,tahun ini takhta STAR OF STARS yang sudah beberapa tahun dimenangi oleh junior dari Fakulti Sains Perubatan akan terlepas ke tangan fakulti lain.Farhan,Jimmy dan Khan sedikit tidak rela kerana maruah fakulti mereka dipertaruhkan namun apalah daya.Semuanya terlalu mendadak.

Bahkan pasukan bola keranjang Fakulti Sains Perubatan yang menang bergaya ketika berhadapan dengan Fakulti Ekonomi pada peringkat akhir petang semalam sedikit sebanyak menaikkan moral mereka untuk menggondol semua gelaran juara sempena Karnival Sukan Mini sempena Minggu Orientasi.Bagaikan berada pada pecutan terakhir,hanya tinggal gelaran itu sahaja sebelum mereka disohorkan sebagai fakulti all rounder,tiba-tiba pula 'pelari akhir' mereka berhenti di tengah jalan walaupun sudah terlalu hampir dengan garisan penamat.

Namun gelaran juara itu tidak ada bandingannya dengan gelaran STAR OF STARS.Bintang antara bintang.Begitu kira-kira terjemahannya.Gelaran berprestij yang akan kekal sehingga tahun berikutnya yang menobatkan mahasiwa dan mahasiswi paling menyerlah dalam semua segi yang dinilai secara senyap-senyap oleh para juri rahsia,undian atas talian di dalam portal forum universiti selama 24 jam terakhir dan oleh juri rasmi ketika persembahan penutup berlangsung.Para junior sahaja tidak tahu menahu tentangnya dan ia merupakan elemen kejutan daripada para senior.

Setakat ini daripada Fakulti Sains Perubatan,yang paling menyerlah ialah Nafisah dan Uwais.Nafisah sang biduan bersuara lemak merdu sementara Uwais hampir pasti dimahkotakan sebagai juara dek kerana popularitinya sebagai personaliti selebriti atas talian.

Namun,ketika Nafisah dikatakan terpaksa menarik diri pada saat akhir,akan digantikan dengan siapa pula nanti? Nampaknya,berputih matalah mereka tahun ini.

*               *              *

"Naifa!"

Bruekkkkkshhhyyy...

Raez yang sempat melompat ke kiri bagi mengelakkan air yang tersembur dari mulut dan hidung gadis itu mengerutkan kening sambil bercekak pinggang.Naifa mengesat saki baki air liur bercampur nescafe ais itu dan dalam masa yang sama menatap Amei dengan pandangan tidak percaya.

"Wei Amoi..agak-agaklah kau nak aniaya aku!"

Amei tersengih namun menghulur helaian tisu kepada Naifa yang masih terbatuk-batuk dengan wajah merah padam.

Ketiadaan Nafisah juga menjadi sebab mereka berkumpul di meja paling hujung kafeteria bagi mencari calon pengganti secepatnya kerana malam penutupan akan berlangsung keesokannya.

"Eihh .." Raez bergidik ngeri "Jangan pandang aku eh.Aku dah menyudahkan bahagian aku.Bab aku nak tayang piala kemenangan pasukan bola keranjang kita di depan muka senior tu saja yang belum."

"Tak..Masalahnya apa kena mengena aku dalam hal ni?" Naii berkerut sepuluh menandakan tidak puas hatinya kerana dilibatkan dalam hal yang mengarut begitu.

" Itu hari I ada dengar you nyanyi maa..Sedap apa."

"Nyanyi dalam bilik mandi tu tak sama dengan nyanyi atas pentas,makcik."

Suara Naii memprotes naik dua oktaf namun pantas dia menekup mulutnya ketika menyedari di mana mereka berada ketika itu.Tambahan pula ada belasan biji mata tertumpu kepadanya membuatkan dia tidak tenteram.

"Kita tak ada pilihan ,Naii.." Uwais menokok.

" Tak payahlah bertanding."

Raez sudah mengetap gigi.Sambil merendahkan kepalanya bagaikan ketua perompak sedang memperincikan rancangan untuk merompak sebuah bank,dia mendesis dengan suara rendah.

"Mahukah para senior fakulti kita terutama sekali Senior Farhan,Senior Jimmy dan Senior Khan memandang rendah kepada kita?" Tanyanya bersungguh-sungguh" Dan nampak tak raut wajah diorang masa fakulti kita menang semalam?"

" Mak aihhh.. tingginya gengsi engkau!"

"Satu-satunya cara agar mereka berhenti memandang rendah kepada kita ialah dengan memenangi semuanya."Tidak perduli dia kepada Naii yang jelas-jelas menyinisnya ketika itu.

"Tapi kenapa mesti aku?"

"Dah semua tak nak,apa pilihan yang kita ada?"Uwais mencelah lagi perbincangan aneh rakan sekelasnya itu.Kepala berkumpul di tengah meja dengan suara berbisik.Menggumam-gumam seperti dengungan kerumunan lebah.

"Haihh...takkan aku kut.Korang nak ke ribut petir turun nanti?"

"Well,let's hear then.We'll decide later.."

Naii panggung wajahnya ke arah Uwais lalu kepada belasan lagi pasang mata yang menatapnya serentak.

Adeih...malang apa lagi yang melintangi nasibmu wahai diri??

*               *             *

My Dear LoserΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα