Terakhir

24 4 20
                                    

"BANGUN, Altezza!" Suara mama.

"Anak papa bangun!" Suara papa.

"Dia ni memang kalau tidur tu, tidur mati," suara mama dan disambut gelak tawa Danese.

Eh, apa ni? Terpisat-pisat aku bukakan mata. Aku kata mana? Ini bilik tidur aku. Baju yang aku pakai ialah baju yang sama seperti petang tadi. Lah? Aku tertidur lepas makan ikan siakap tiga rasa mama. Sekali lagi?

"Anak mama baru bangun. Cepat, basuh muka. Danese. Kawan awak, nak jumpa," arah mama.

Aku mengerlipkan mata berkali-kali. Apa benda ni? Tak faham. Mama menampar lembut pipiku. "Anak mama ni mamai lagi ke? Tidur lagi waktu asar." Mama mula nak membebel dah.

"Al tidur eh lama-lama tadi?" soalku blur habis.

Mama tertawa lucu. "Betullah dah gila ni. Dah kata, jangan tidur waktu asar. Degil," selepas mama mengatakan itu, dia mencubit pipiku. Aku tersenyum. Maksudnya, yang tadi tu, mimpi?

Aku menjerit. Gembira. "Mama tu mimpi je!" Laungku bersama beberapa tepukan. Betapa aku bersyukur yang itu hanyalah mimpi.

Aku berhenti menepuk tangan sebab mama dah pandang aku macam aku ni terlepas dari hospital bahagia. "Danese datang untuk apa?" soalku bila mula tersedar.

"Dia kata dia risau anak mama ni tak balas chat dia. Sejak bila anak mama ni ada pakwe?" Mama menguis-nguis pipiku. Aku tersengih. Pakwelah sangat.

"Dia kawan Al aje. Tak ada apa pun," kataku malu-malu. Mama tersenyum penuh makna. "Dah pergi basuh muka. Pakwe nak jumpa." Mama terus keluar dari bilik dan aku terus ke bilik air basuh muka.













"KENAPA sampai datang rumah?" soalku kepada Danese.

Kami sedang berada di ruang tamu rumah aku. Mama dan papa aku tak tahu ke mana. Kononnya nak bagi privasi kepada kami. Tak membantu langsunng. Anak dia ni jantung dah macam mana.

"Kau tak balas chat aku." Jawabnya selamba macam datang rumah aku tu senang sangat. Apa jadi kalau rumah dia jauh dengan rumah aku?

"Rumah kau jauh tak dengan rumah aku? Sorry lah menyusahkan kau," aku garu kepala yang tak gatal. Rasa bersalah pulak.

"Kalau sejauh Perak dan Negeri Sembilan pun, aku sanggup datang," ujarnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Aku terngadah. "Kau...." Aku tak dapat habiskan ayat.

"Aku wink. Kat kau. Kenapa? Salah ke?" soalnya sambil menongkatkan dagunya memandang tepat ke arahku.

Aku dah tak senang duduk. "Okey tak? Demam ke? Rasanya yang senggugut aku, kau okey je," sarkastik aku menyoal.

"Aku okey aje. Dah dapat tengok kau depan mata, bertambah okey." Dia berpeluk tubuh pula.

Ini pun mimpi jugak ke? Aku dah naik pening.

"Aku sebenarnya, ada benda nak cakap," ujarnya tiba-tiba serius pula.

Dia nak cakap ini semua prank? Itu kameranya. Dia nak cakap itu ke? Aku mengangguk bagi membenarkan dia nak cakap.

"You don't know how glad i am knowing that you and perisa strawberi basi are the same person. I'm so happy that I'm not in love with two person at the same time." Luahnya senafas.

Belum sempat aku nak cakap, dia memberi isyarat dengan tangan kanannya diangkat. Isyarat untuk aku tak mencelah.

"Yes, I'm in love with you. Since the very first time I saw you in that school. Mungkin tak lama macam kau suka aku, tapi aku tetap suka kau lagi banyak dari kau suka aku. Jangan nak melawan. Sebab memang aku suka kau lagi banyak." Katanya selamba.

Aku menjeling. "Yalah tu kau suka aku lagi banyak. Entah-entah tipu aje!" Dugaku. Sebenarnya, untuk hilangkan debar.

"Let me explain it. Aku type in lower case just because of you. Aku tengok kau type macam tu, jadi aku ikut." Dia menarik nafas sebentar sebelum menyambung.

"Aku tak suka bukak Instagram sangat, tapi disebabkan itu aje tempat untuk kita berkomunikasi, aku selalu bukak Instagram. Untuk kau. Ya, memang." Dia menelan air liur beberapa kali.

"Aku tak adalah jahat sangat macam mana kau nampak, tapi aku tengok kau jenis suka bergaduh, loyar buruk, jadi ikut kau. Ya, lagi sekali. Aku ikut kau. Mungkin apa yang kau nampak, kau aje selalu ikut aku tapi sebenarnya dalam diam, aku cuba ikut cara kau." Luahnya lagi.

"Kau biar betul?!!?!" Aku sudah terjerit. Tak percaya. Nak gelibas sekarang jugak.

"Iyalah, budak. Tak akan main-main pulak," katanya jengkel.

"Kau ni, kan. Kut ya pun, bagilah reaction terharu ke apa. Ni macam kau dengar benda lawak pulak. Aku serius ni!" Marahnya.

Aku tersenyum suka. "Kau tak takut ke, kalau kau dengan aku, nanti asyik bergaduh aje. Lepas tu, tak berbaik terus." Bukan nak mendoakan perkara tak baik tapi memang kerap sangat bertikam lidah.

"Tak takut. Apa nak takut? Gaduh ajelah sampai kahwin. Orang tua pun cakap, kalau asyik bergaduh, nanti kahwin. Jomlah kita buktikan apa yang dia orang cakap tu betul," Danese mengangkat keningnya berkali-kali.

Aku tertawa. Apa benda dia cakap ni?

"Asalkan ko bahagialah bang. Ko je menang. Hamek!" Kataku reda.

"Aku bahagia bila dengan kau," balasnya.

"Ko memang nak menang aje, kan?" Aku dah mula geram.

"Aku memang dah menang bila berjaya miliki kau." Balasnya tak nak kalah.

Eh mamat ni, makin lama makin sweet. Tak tahan juga aku.

"Aku tak pernah tengok kau ni menggatal," kataku lalu tertawa girang. Dia hanya diam memerhatikan aku dengan senyuman dan tidak membalas apa-apa.

"Aku suka tengok kau gelak, senyum. Hati aku rasa senang," ujarnya bila aku dah reda dari gelak.

"Aku tahu aku cantik, comel," pujiku kepada diri sendiri. Kadang-kadang masuk bakul angkat sendiri tu tak salah.

"Haah, cantik comel macam jodoh aku!" Dah mula dah dia bagi ayat manis.

"Bukan macam. Memang jodoh," balasku sambil mengenyitkan sebelah mata. Macam apa dia buat.

Dia meletakkan tangan kanan ke dada kirinya. "Auch." Dia mendesis kesakitan. Aku dah kalut. "Kau kenapa?" soalku.

"Kena panahan cinta!" Dia tertawa pula. Eh, eh. Main ganas nampak!

Aku tertawa juga. "Jangan main-main. Tak kelakar!" Marahku.

"Eh, sekejap. Leonardo, Bella. Keluarlah. Menyorok buat apa?" Kata Danese tiba-tiba dan Leonardo dan Bella datang dari pintu hadapan rumahku.

Lah, tadi kena intai ke kita orang ni?

"So sweetlah, bang! Auch auch bagai!" Leonardo membahan Danese. Kesian member kena bahan.

"Omg! Congrats babe! I'm happy for you! Aku dah kata dia akan tergolek untuk kau," Bella memicit pipiku. Aku tertawa.

"Kau orang bila pulak?" tanyaku kepada Bella.

"Kau bila nak buat first move?" tanya Danese kepada Leonardo.

Hampir serentak.

Aku dan Danese berpandangan. Kami tersenyum antara satu sama lain. Nampaknya, kami jadi cupid dalam diam ni.

Mencintai kamu itu ibarat cat minyak campur thinner. Bisa menyatukan dan juga menghilangkan. Menyatukan hati yang telah lama tersakiti. Menghilangkan rasa yang sakit ini. -Altezza

Aku tak tahu bagaimana membuat ayat kerana setiap masa ada kamu, akalku hanya dipenuhi kamu. Apa-apa pun, mencintai kamu itu anugerah terindah. Yang aku paling mahu jaga. -Danese

TAMAT

EntahWhere stories live. Discover now