8 - Tido

16 3 2
                                    

KOTAK kecil semalam yang aku mahu berikan kepada Danese, aku dah letakkan ia di bawah meja dia. Senggugut aku ni datang, tak ada mood nak berjalan. Salah masa betul. Aku baru nak jumpa dia kejap. Aku letakkan kepala di atas meja. Fuh, dapat tidur ni enak betul.

"Kau okey ke ni? Nak minyak angin?" soal Bella prihatin. Dia tengok aku dah risau semacam.

Aku tersenyum tawar. "Okey. Macam tak biasa sakit macam ni," ujarku perlahan. Nak bercakap pun tak ada semangat.

"Kesian kau. Nak air? Ada apa-apa yang kau nak makan?" soalnya masih risau. Sweet kawan aku seorang ni.

"Tak nak apa-apa. Nak Danese aje," gurauku bersama senyuman yang sudah tidak tawar.

"Eh, kau menyempat. Sakit perut pun menggatal," katanya lalu mencubit lembut lengan aku.

"Nak jumpa Altezza," tiba-tiba ada satu suara di depan muka pintu kelas kami. Seisi kelas terus terdiam.

"Boleh," balas ketua kelas kami, Isabella.

Danese mengangguk dan terus berjalan ke arah meja aku. Ya, yang datang tadi tu, Danese. Dah kenapa pulak dia ni? Tak dapat coklat tu ke? Dia berhenti betul-betul di depan meja aku. Kerusi orang, dia main duduk aje.

"Kata nak date. Kenapa kau tak ada pun? Ada kotak kecik bawah meja aku. Kau bagi?" soalnya laju dan padat.

"Sorry, perut aku sakit. Kotak kecik tu aku bagi. Comel tak?" Tanyaku menggunakan sisa tenaga yang aku ada.

"Comel macam kau," katanya selamba. Terus aku tegakkan badan. Pandang dia dengan pandangan pelik.

"Cakap apa tadi?" soalku meminta kepastian dari apa yang aku dengar.

"Kau sakit perut aje bukan pekak," sinisnya.

Aku ni tengah sakit, dia cakap macam tu lagi aku rasa nak melalak, menangis. Aku pusing menghadap Bella. Muka acah nak menangis aku tunjuk.

"Altezza, janganlah menangis!" Bella dah kalut semacam bila aku buat muka nak nangis. Isy, dia ni, aku bukannya menangis lagi pun.

"Kau menangis ke? Aku gurau ajelah. Kenapa ni?" Sekalut-kalut Bella ada yang lagi kalut. Mamat tiga suku nilah.

"Aku tak menangis pun! Jangan risaulah. Perut aku sakit," nafiku sambil melarikan pandangan untuk tidak pandang Danese. Mamat ni sibuklah nak tenung aku macam apa.

"Senggugut eh?" teka Danese.

Aku terus menekup muka aku dengan kedua belah tangan aku. Otak dia pergi cakap terus. Malulah aku. Bella memaut bahuku.

Aku dengar Danese tertawa kecil. "Nak malu apa? Normal, kan benda tu?" katanya dan terus aku angkat wajahku. Muka aku ni rasa panas aje sebab malu.

Dia memasukkan tangan ke dalam poket dan mengeluarkan coklat KitKat. Plastiknya dia buka. Coklat itu pula dibelahkan kepada dua bahagian.

"Nah, satu kau, satu aku. Sharing is caring," katanya sambil menghulurkan satu bahagian KitKat itu. Satu lagi dah selamat masuk ke dalam mulutnya. Aku tergamam. Dia berhati perut?

"Ambil atau aku sumbat dalam mulut kau," ugutnya dan aku terus sambut hulurannya. Ingatkan dah baik tadi rupanya sama jugak.

"Thanks abe Danese!" ucapku tersenyum di dalam mask. Aku bukak mask dan mula menggigit KitKat itu.

Dia mengecilkan matanya memandangku. Pandangan yang membawa maksud 'kau panggil aku abe lagi, aku cepuk kau'. Rasanyalah. Aku teka aje.

EntahWhere stories live. Discover now