9 - Terima Kasih

26 4 7
                                    

AKU dan Bella melepak di tasik. Kami sama-sama berjalan beriringan. Boleh cuci mata petang-petang ni. Aiskrim perisa strawberi aku pegang utuh. Kang ada aiskrim cium jalan baru tau. Aku humming lagu Bukti yang dinyanyikan oleh Virgoun.

"Amboi, bahagianya kawan aku sorang ni. Angau eh?" Bella sudah mencucuk-cucuk perut aku. Itu titik kelemahan aku. Tergelak aku dibuatnya. Tangan dia aku tolak.

"Nak kata bahagia tu, entahlah tapi rasa macam ada satu zoo haiwan tu dalam perut aku. Bila ingat pasal dia, aku terus tersenyum. Mama pun dah banyak kali tegur asal senyum sorang-sorang," beritahuku panjang lebar.

"Yalah, aku pun tumpang bahagia dengan kawan aku ni. Aku doakan dia pun dah suka kat kau sekarang," di akhir katanya, dia tersenyum senang. Aku membalas senyuman itu.

"Tadi sebelum aku keluar ni, Leonardo nak jogging tau. Rasanya, dia mesti dengan Telur Hancur kau, kan? Mana dia? Jom cari," Bella sudah menarik lembut tanganku dan aku menurut.

"Kita nak cari kat mana? Bayang Leonardo tak nampak pun." Aku meliarkan pandangan. Boleh basah ketiak aku kalau nak cari dua orang tu. Tempat luas kut.

"Kau cuba chat Telur Hancur sekarang. Tanya dia kat mana. Dia kan selalu bagi gambar kat kau," cadang Bella. Jarang Bella bijak. Aku tersenyum lebar. Pintar anak ini.

"Pandai!" pujiku dan terus membuka telefon dan aplikasi Instagram aku buka. Bella pun melihat ke arah telefonku dengan perasaan tak sabar.

"Weh, dia up story! Sekali dalam setahun ni!" Ujarku teruja. Memang jarang sekali nak dia update apa-apa.

"Cepatlah tekan!" Bella dah mahu mengambil telefon aku. Aku bawa lari telefon ke belakang badan.

"Apa jadi kalau story dia something yang buatkan aku sedih?" soalku mula overthinking. Hati aku tiba-tiba tak sedap.

"Jangan overthinking! Tak ada apalah. Sini aku tekankan," tawar Bella dan terus dia ambil telefon di belakang badanku. Aku dah tak halang dia. Biar dia tekankan.

Aku dan Bella sama-sama tengok apa yang dia up. Selepas tengok story itu, kami berpandangan. Lokasinya di tasik. Masa yang sama. Bersama dengan Giana. Berdua di gambar itu. Selfie. Katakan ini gurauan. Tolonglah.

"Altezza, aku.." Bella memberhentikan ayatnya.

Hati aku rasa dicarik-carik. Macam ada yang pijak-pijak hati aku. Macam ni dia mainkan aku? Sebab aku ni buruk, dia pilih Giana? Aku tak boleh salahkan dia kalau dia pilih Giana. Giana itu lebih kaya. Cantik.

"Overthinking aku tak salah, dan itu yang paling aku takutkan," ujarku dengan suara yang keluar tak keluar.

"Altezza.."

"Aku yang memperjuangkan, dia yang menang sekadar pertaruhkan wajahnya," aku memotong kata Bella dan empangan air di mataku terus pecah.

Aku tak boleh tanggung rasa ni sendiri dan diam-diam. Sakit, sangat-sangat.

"What did I do to deserve this, Bella?" soalku kepada Bella walaupun dia tak akan dapat jawab pun.

Aku mengelap air mataku. Namun air mataku tak putus-putus keluar. Dada aku rasa sesak dengan rasa yang menyakitkan. Aku menumbuk bahagian dadaku dengan kuat dan berkali-kali.

"Stop, Altezza." Bella menghalang perbuatanku dan aku berhenti menumbuk dadaku.

Lebih baik sakit ditumbuk di dada dari sakit yang tak nampak macam ni.

"Ini bukan Telur Hancur nak jadi Telur Dadar, malah jadi Telur Hangus tak boleh dimakan," guraku walaupun di dalam tangisan. Sayangnya, gurauan aku tak disambut tawa Bella.

"Macam mana aku nak hilangkan sakit ni, eh?" Aku menyoal Bella. Bella menggeleng. Matanya juga berair.

"Janganlah nangis, Bella. Aku yang patut nangis," kataku diakhiri dengan tawa. Tawa yang dibuat-buat.

"Salah aku ke sebab suruh kau dapatkan dia?" Bella sudah hampir menangis. Cepat-cepat aku geleng.

"Salah akulah. Aku yang tak cukup cantik untuk dia," kataku bersama senyuman untuk menenangkan Bella tapi menyakitkan hati sendiri.

"Kau cantik!" Dia memegang kedua belah bahuku.

Aku menunduk dan makin teresak-esak. Kalaulah, Danese nampak aku macam mana Bella nampak aku.

"Jom kita balik," ajakku dengan tangisan yang tak reda lagi. Bukan aku tak cuba nak lap air mata ni tapi dia degil nak keluar.

"Jom, tapi kita beli aiskrim lagi satu, ya?" Ujar Bella sambil menunjukkan jari telunjuk di depanku sebagai tanda satu. Aku mengangguk dan tertawa kecil. Bella, Bella, asyik-asyik aiskrim.

Kami sama-sama bergerak ke arah ice cream truck itu. Bella sahaja yang membeli aiskrim, aku tak. Selera semestinya dah hilang. Sedang Bella memberi pesanan kepada abang aiskrim itu, aku berjalan ke tepi jalan raya besar itu.

Nak ambil angin sambil termenung. Aku memandang ke arah langit. Mendung. Macam nak hujan. Satu titik. Dua titik air hujan mula menitis. Langit, kamu juga sama, ya? Sedih macam aku.

"Altezza!" Jerit Bella.

"Al! Hati-hati," suara Danese?

Tak sempat aku menghadam apa-apa aku sudah dengar bunyi brek moto yang ditekan kuat di tepi aku tapi tidak sempat diberhentikan. Itu membuatkan aku terpelanting ke tengah jalan. Lori yang dipandu laju itu tidak berhenti dan dunia aku gelap.

"Aku tak nampak pun kau jatuh!"

"Kalau nak, jangan pakai fake account 🌚"

"Kenape kau suke aku?"

"Kau tak ada ambil udang. Ambillah aku punya."

"Nak jumpa perisa strawberi basi saya."

"Be my perisa strawberi basi, please?"

"Yalah, Al. Kau je salah. Aku je betul."

"Kau makanan ke? Boleh je jadi makanan fav aku."

"Comel macam kau."

"Kalau ngantuk, tidur aje."

"Kalau senggugut tu orang, dah lama aku belasah dia."

"Dah pergi makan. Jangan main telefon. Shuh, shuh."

Terima kasih, ya Telur Hancurku. Untuk penipuan yang paling cantik dan indah ini. Dapat juga aku berehat dengan tenang. Sakit ini tak akan lama. Terima kasih, ya Allah. -Altezza 2022

TAMAT

EntahWhere stories live. Discover now