1 - Tergolek

66 9 6
                                    

HARI ini hari pertama aku bersekolah di Saviour Academy. Bermacam rasa yang aku rasa sekarang. Berdebar, tak sabar dan juga gelisah. Nasib baik aku ada kawan sekolah rendah aku di sini. Salah satu sebab aku bersetuju nak pindah hanyalah kerana aku mempunyai kawan sekolah rendah aku yang satu itu di sini. Namanya, Bella.

Beg sekolah yang sedang aku sandang di belakang badan ni berat gila! Boleh patah bahu aku. Aku berjalan masuk ke dalam sekolah. Cikgu yang mengawasi di tepi pagar aku berikan salam dan tunduk hormat. Ceh! Dia buat tak layan aje. Ada yang makan penampar ni. Pakej jeling tau dia bagi.

"Kamu budak baru tu?" Soalnya tidak mesra. Pandang aku atas bawah macam aku ni bogel.

Eh, taklah aku budak merempat! Geram aje aku nak cakap macam tu. Tapi disebabkan dia cikgu aku, dan aku murid baru, mestilah tunjukkan akhlak yang mulia. Aku tersenyum paksa walaupun di dalam mask.

"Ya, cikgu. Boleh saya tahu dimana kelas 4 Acamar?" Kataku sopan nak mampus.

"Mari ikut saya," ajaknya dan terus berlalu pergi.

Amboi, berjalan macam berlari. Fikir aku ni pakai apa? Aku pakai kain bukan seluar. Namun begitu, terkedek-kedek aku tetap mengikuti cikgu ini. Nama tak bagitahu, apa pun tak bagitahu tiba-tiba suruh aku ikut dia. Nasib ada tanda nama di tudungnya. Nama dia, Romanah.

Sedang aku sibuk mengejar Cikgu Romanah, entah macam mana tersalah langkah dan aku terpijak kain sekolah aku. Ya, Allah belum apa-apa perkara yang memalukan dah sampai. Aku tutup mata rapat-rapat. Jatuh tergoleklah diri aku di situ. Aduh! Macam nangka busuk tergolek aku ni.

Cikgu Romanah sudah bergegas patah balik ke arah aku. "Kamu ni, jalan tu elok-elok!" Aku tak tahu sama ada dia marah ataupun apa tapi suara dia kedengaran sungguh jengkel dengan nasib malang aku.

Aku cepat-cepat bangun dan membersihkan kain aku. "Maaf, cikgu. Saya tak terkejar tadi," ampunku takut-takut.

"Dah, cepat ikut saya." Sejurus mengatakan itu, terus dia berjalan kembali menuju ke kelas aku. Aku pun mengikuti langkahnya walaupun lutut aku rasa sakit.

"Aku tak nampak pun kau jatuh. Jangan risau!" Laung seseorang dari belakang dan akhirnya dia bergelak tawa dengan rakannya. Ini perli ni! Aku memusingkan kepalaku ke belakang. Mencari sosok tubuh yang perli aku.

Bingo! Aku dah nampak. Seorang lelaki dengan kawan dia. Nametag dia, Danese. Akan aku ingat nama dia ni, senang nak santau ke apa. Okey, itu gurau aje. Aku akan blacklist dia ni sampai bila-bila. Siap kau, Danese!

Mata aku bertaut dengan Danese. Dia tersenyum mengejek ke arah aku. Anak tak cukup gula! Geramnya aku. Aku memandangnya tak puas hati.

"Jalan pandang depan. Nanti cium lantai lagi!" Laungnya lagi yang diakhiri dengan gelak tawa bersama rakannya. Kesabaran aku dah tipis ni.

"Boys, get in the class, now!" Cikgu Romanah dah mula marah. Ha, padan muka kau! Mereka pun bergegas lari ke kelas. Mereka melintasi aku dahulu. Terdapat reaksi yang berbeza apabila lalu di depan aku.

Danese masih lagi pandang aku dengan senyuman mengejek manakala kawannya yang lagi dua itu mengenyitkan sebelah matanya. Sempat pulak menggatal. Tak fahamlah!















"MACAM mana sekolah ni, Altezza?" soal Bella. Dialah kawan sehidup semati aku ni. Walaupun kami sekolah menengah berbeza dulu, itu tidak menghalang persahabatan kami terjalin.

"Kau nak tahu tak? Aku baru datang pagi tadi dah ada perkara memalukan yang berlaku. Ish, aku benci Danese." Luahku senafas dengan nada agak kuat. Ini kerana kami sedang berada di kantin. Suasana yang bising membuatkan aku menjerit sedikit.

"Danese? Senior? Apa jadi, weh? Ceritalah." Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Bella. Pasti dia terkejut. Mukanya nampak teruja nak dengar gosip aku ni. Danese tu senior kami? Euw, perangai tak cukup umur!

"Kita cerita dulu pasal ni, baru beli makanan. Okey?" Ujar Bella lalu menarik aku supaya duduk di meja batu yang masih kosong. Kami sudah melabuhkan punggung. Dia berhadapan dengan aku.

"Aku terjatuh waktu datang tadi," beritahuku malu-malu. Rasa malu tu masih lagi tersisa, tahu?

"Jatuh? How can? Sakit tak? Sakit kat mana?" Ya, kawan-kawan ini Bella. Mak cik petir selalu bagi soalan. Dia sedang mengimbas satu badan aku.

"Sakit lutut waktu tu ajelah. Sekarang dah okey." Jelasku dan Bella terus menarik nafas lega.

"Danese buat kau jatuh? Sebab tu kau marah sangat?" soalnya musykil apabila aku tak cerita habis.

"Bukan, cumanya dia perli aku, weh. Dia kata 'tak nampak pun kau jatuh' lepas tu dia gelakkan aku dengan kawan-kawan dia. Mana aku nak letak muka aku?" Aku meniru-niru cara Danese bercakap. Sesekali mengelap air mata halimunan di pipiku. Sengaja nak buat cerita jadi gempak.

"Ish, tak patut. Jahatnya dia buat kawan aku macam tu," ujar Bella lalu mengusap kepalaku. Aku tersenyum senang. Bella selalu manjakan aku. Buat aku ni macam kanak-kanak.

Usapan Bella di atas kepalaku terhenti. Mukanya seakan baru tersedar sesuatu. "Kau tak ingat Danese?" soalnya dengan kening terangkat sebelah.

Aku menegakkan posisi badanku. "Aku pernah kenal Danese ke?" soalku kembali. Soalan berbalas soalan.

Bella nampak terkejut dan kemudiannya dia tersengih pula. Dah apa masalah minah ni? Aku mengetuk kepalanya.

"Aduh, sakitlah. Kenapa?" Dia mendesis kesakitan dan mengusap tempat yang selamat kena pukul dengan aku tadi.

"Kau tu kenapa? Senyum-senyum pulak," omelku perlahan. Cukup untuk buat dia dengar.

"Danese pun tak ingat kaulah maknanya," kata Bella perlahan seperti berkata dengan dirinya. Makin aku rasa nak sepak kepala dia sekarang juga.

Baru aku nak marah dia lagi, perut aku mintak makanan. Elok aje dia bernyanyi. Dahlah, daripada layan minah ni cakap seorang-seorang, baik aku pergi beli makanan sebelum habis. Aku bangun dan terus meninggalkan dia sendiri di situ.

"Altezza! Tunggu aku!" Dia menjerit di belakang dan aku hanya menghiraukan dia sehinggalah dia berada di sebelahku.

"Kau betul-betul tak ingat siapa Danese?" soalnya lagi.

Tak habis lagi ke pasal mamat ni? Aku tak ingat dialah. Aku buat muka jengkel. Perut tengah lapar tak ada masa nak layan.

"Tak." Balasku sepatah.

"Siapa dia?" Aku sambung menyoal bila rasa ingin tahu makin menebal dalam diri. Bella nampak seperti ingin berkata sesuatu namun...

"Times up! Semua murid ke kelas sekarang!"

"Nanti ada masa aku cerita." Kata Bella. Harapnya dia ingat janji yang ni.

Alamak! Malangnya nasib aku yang baru sekolah di sini. Hari pertama dahlah tergolek, tak dapat makan pulak tu. Apa nak jadi kat aku ni?

Nasib malang sayang aku sangat ke?

EntahWhere stories live. Discover now