BAB 5

10.2K 404 3
                                    

-ACE-

Setelah sebulan berlalu,Hana merenung ke luar cafe melihat orang lalu lalang.Dia rindu dengan Carl,dia rindu semua tentang lelaki itu.Semenjak Carl hantar dia ke rumahnya,dia tak bermesej dengan Carl.Ada nombornya tapi tak berani nak mesej.

Apa maksud perasaan ini?Kenapa aku rindu dia?Ini bukan cinta kan..

“Jauh termenung nampak”

Terkejut Hana dari mengelamun.Dia melihat kawannya Aini di sebelahnya.Aini tahu tentang Hana.Tu semua sebab dia yang ceritakan.

“Sampai Korea dah ke melamun tu?”

Kata Aini sambil menjongket keningnya.

“Aini ni kan...Cubalah panggil baik baik..Terkejut tau tak”

Merajuk Hana.Mukanya sudah masam mencuka.

“Orang dah panggil banyak kali,kau tak dengar nasib bos tak lihat.Kalau tak

Aini menggeleng kepalanya.Hana hanya buat tak dengar ayat kawannya Aini.

“Dahlah Hana nak buat kerja..”

Hana ingin pergi ambil pesanan namun berhenti apabila Aini menghalang jalannya.Hana mengangkat keningnya.

“Pulang sama nak tak..Aku takut benda tu terjadi balik dengan kau..”

Kata Aini.Masih ingat dimana Hana hilang selama beberapa hari,dia sudah panik.Hana tahu Aini takut dia hilang balik.Hana hanya setuju.Aini tersenyum.

“Jom sambung kerja”

Hana menarik tangannya Aini untuk mengambil pesanan,memandangkan masa dah tengahari jadi banyak pelanggan ingin datang ke cafe untuk makan tengahari.

{🌸}

Hana dan Aini keluar Cafe tempat mereka kerja.Mereka menuju ke kereta Aini.Hana adakala jalan kaki untuk ke tempat kerja sebab tak jauh dari rumahnya.

“Hana,kau kalau ada masalah bagitahu aku,jangan disembunyi..Apa guna aku sebagai sahabat kau”

Kata Aini.Mereka bersahabat dekat setahun.Ibu Aini yang temu Hana di tepi jalan raya selepas beberapa hari dibuang oleh Makcik Hana.Keluarga Aini lah yang banyak tolong dia sepanjang masa itu.

“Ok..”

“Aini..”

Panggil Hana selepas berapa minit keadaan mereka yang senyap.

“Ye kenapa..”

“Terima kasih ye sebab keluarga Aini selamatkan Hana masa tu kalau tak Hana pun tak tahu apa nasib Hana masa tu”

Kata Hana dengan senyuman.Matanya memandang Aini yang sedang membelok ke kawasan rumah Hana.Dia merasa terhutang budi kepada Aini.

“Takpe lah..Kau cuba lupa masa lepas kau..Fokus masa depan kau ok?”

Kata Aini.Aini tahu tentang Hana itu semua kerana Hana menceritakan kepadanya.Aini tersenyum memandang kawannya.Hana membalas senyuman Aini.

“Hana turun dulu..Bye..”

Hana melambaikan tangannya.Aini juga melambaikan tangannya.Kereta milik Aini pergi dari situ.

{🌸}

Terhenti Carl untuk memeriksa meeting yang dihantar PA nya untuk esok hari apabila mendengar deringan telefonnya.Panggilan dari Arthur.

“Kenapa?”

Tanya Carl.Arthur yang disana sedang memikirkan bagaimana ingin bagitahu ke Carl tentang ibu angkat Carl.Selepas beberapa hari menghantar Hana balik itu dia terus pergi ke Itali.

“Rumah ibu angkat kau kebakaran jadi aku nak kau balik Malaysia sekarang..”

Kata Arthur yang sedang melihat ibu angkat Carl, Puan Amelia yang sedang terbaring di katil hospital.Carl yang mendengar terkejut.

“Kau..”

Carl menahan geram terhadap Arthur padahal dia sudah menyuruh Arthur untuk pantau ibu angkatnya sepanjang masa.

“Ye aku salah..Aku takde niat untuk tinggal tau tak..Kau balik sekarang..Ibu angkat kau masih tak sedar..”

Arthur tahu salah dia.Kalau tak disebabkan orang tu kacau dia.Ni semua tak akan terjadi.

Carl mengakhiri panggilan Arthur dan segera mengemas meja kerjanya.Dia terus pulang ke rumahnya lalu pergi ke lapangan terbang peribadinya.Arthur yang sedang duduk di hadapan bilik VIP   milik Puan Amelia teringat semula hal tadi.Arthur menahan geram apabila mengingat balik.

-Flashback

Arthur sedang duduk di cafe di hadapan rumah ibu angkat Carl.Dia memerhati sekitarnya.Baru dia ingin call Aeril namun terhenti apabila dengar jeritan seseorang.

“Tolong!!Pencuri..”Arthur segera datang melihat seorang gadis sedang menjerit pertolongan.

“Cik ok?”

“Saya ok..Tapi beg saya dicuri”

“Kejap ya cik..Cik boleh tunggu sini”Arthur segera mengejar pencuri itu.Apabila sampai di lorong gelap.Arthur yang melihat pencuri itu terus menendang belakang pencuri itu.Namun Arthur hairan kenapa lelaki itu ketawa.

“Hahahahah..Kau sungguh bodohlah..”Arthur geram..Baru sahaja dia ingin melepaskan tumbukan namun kata lelaki itu membatalkan segalanya.

“Kau bodoh sanggup ya kau menolong musuh kau sendiri hingga lupa arahan tuan kau..Cuba bayangkan bagaimanalah keadaan orang tua itu..Mati?”Arthur teringat ibu angkat Carl.Arthur melihat lelaki itu yang sedang tersenyum sinis itu.

“Kau..”Terhenti percakapan Arthur apabila mendengar jeritan orang.

“KEBAKARAN!!!”Arthur teringat ibu angkat Carl terus pergi dari situ namun dia sudah melihat rumah ibu Carl dijilat api.Baru sahaja dia ingin masuk namun tak dapat apabila dua orang polis menahannya..

Arthur mengusap mukanya namun dia melihat beberapa orang bomba membawa Puan Amelia yang sudah pengsan..

-End Flashback-

Arthur memejam matanya.Merehatkan minda.Adakala lelaki itu memarahi dia sendiri kerana telah diperbodohkan oleh musuh Carl.Sungguh bagaimana dia boleh lupa tugasan dia untuk sentiasa pantau Puan Amelia.

-CARL ZAFRAN-

Have a nice day.Don't forget to vote.

ACE1:THE DEVIL&HIS ANGEL [C]Where stories live. Discover now