BAB 3

11.1K 513 2
                                    

-ACE-

Sudah 2 hari Hana berada tempat lelaki asing itu.Mata hazelnya memandang sekitar bilik itu.Bosan.Sekejap ke bilik mandi,sekejap lihat pemandangan tapi hutan je kat luar dan sekejap dia duduk atas sofa di bilik itu.

Gadis itu ingin keluar namun tak berani walaupun tiada siapa pun yang melarangnya untuk keluar.Lelaki yang telah menyelamatkan gadis itu pun sudah lama tidak dilihatnya.

Kakinya yang seliuh pun sudah membaik.Time makan Kak Lia mesti akan hantar makanan.Hana berjalan mendekati pintu sebelum dia memulas perlahan tombol pintu tersebut.

Kepalanya dijegul keluar.Matanya melopong melihat ruang tamu itu.
Cantik.Hana menapak keluar dari bilik itu.Hana melihat tangga terus dengan perlahan turun.

“Woahhh”

Hana terkejut melihat ruang tamu di ruang bawah,kemas dan cantik ditambah lagi dengan tema putih,kelabu dan hitam itu sangat sesuai dengan perwatakan lelaki itu.

“Eh cik Abella”

Hana menoleh ke belakang apabila terdengar namanya dipanggil.Hatinya berdegub kencang.Aira tersenyum kekok seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ha-hana bosan duduk di bilik sebab tu Hana turun..Maaf Kak Lia”

Bibirnya digigit sambil menunduk memandang lantai.Tidak berani melihat wajah Kak Lia.

Takut.

“Eh tak pe la..Cik Abella jangan minta maaf..Lagi pun Kak Lia baru nak start masak..Cik Abella boleh lah jalan-jalan lihat sekeliling rumah Tuan Carl..”

Kata Kak Lia sambil menuju ke dapur untuk memasak.Hana hanya mengikuti dari belakang.

“Tu-tuan Carl kemana Kak Lia?”

Hana terus duduk di kerusi sambil memandang Kak Lia dan beberapa orang maid disitu.Wanita itu yang sedang mengambil bawang untuk dipotong menoleh ke Hana.

“Tak tahulah..Tapi Tuan Carl cakap dia ada masalah untuk diselesaikan..."

Hana yang mendengar hanya mengangguk kepala.

“Kenapa Cik Abella tanya?”

Hana hanya tersenyum memandang Kak Lia sambil menggeleng kepala.Hana turun dari kerusi dan pergi ke luar rumah.

Dia terkejut memandang luar rumah itu.Sangat besar.Di depannya ada kolam besar.Di sebelah kiri dia tersedia dapur kecil dan sofa dan meja.Di sebelah kanannya ada balkoni dan tempat rehat.Hana mengelilingi rumah agam itu.Sangat cantik,besar dan bersih.Tetapi sekeliling rumah itu dikelilingi oleh lelaki yang berpakaian hitam.

“Mungkin pekerja dia”

Hana membuat tanggapan sendiri.Semua lelaki yang mengelilingi rumah itu berbadan tegap dan tinggi.Mungkin dalam 170 cm atau ke atas.Dia yang 152 pun terasa macam kerdil.

“Eh Cik Abella buat apa dekat luar?”

Tersentak Hana yang sedang berjalan di taman itu apabila ditegur oleh lelaki berambut blonde mendekatinya.Lelaki itu tersenyum manis melihat muka polos Hana.

“Ha?

Hana mengerlipkan matanya dan mendongak memandang wajah lelaki itu.

“Cik Abella buat apa dekat luar?”

Hana menapak kebelakang apabila lelaki itu merendahkan badannya..

“Sa-saya hanya nak lihat rumah ni”

Hana hanya memandang lantai.Jantungnya berdegup kencang kerana takut dimarah.

“Oh..Cik Abella boleh ikut saya kat sebelah sana ada tasik.Cik Abella boleh panggil saya Qael”

Lelaki itu tersenyum manis.Kacak.Hana hanya mengangguk lalu mengikut langkah Qael.

“Kenapa awak disini?Awak kenal Carl ke?

Tanya Hana apabila melihat Edric berhenti.Qael menoleh kebelakang dan memandang gadis itu.

“Mestilah saya kenal..Tuan Carl ialah tuan saya”

Tergelak kecil apabila dengar soalan Hana.Memang lah dia disini sebagai orang kiri Tuan Carl.Memang patut dia kenal Tuan Carl.Dah ketua dia.

“Kenapa awak panggil Carl dengan Tuan?”

Hana hairan juga perlu ke panggil Tuan kenapa tak panggil Carl je.

“Qael”

“Se-”

Baru sahaja Qael nak menjawab soalan Hana,suara seorang lelaki menyentakkan mereka.

“Tuan Carl”

Qael segera membongkok badannya di hadapan Carl.Hana pula hanya melihat lantai takut melihat iris hijau itu.

“Buat apa disini”

Carl menanya sambil melihat Hana sekilas lalu memandang Qael.

“Saya ternampak Cik Abella tadi lepas tu saya bawa Cik Abella tengok keliling rumah"

Qael menjawab tanpa melihat muka Tuannya.Carl melihat Hana.

“Kau ikut aku,Abella”

Hana hanya mengerlipkan matanya.Lalu mengejar langkah Carl.Hana berhenti apabila lihat Carl berhenti di tempat makan.

“Kau dah makan?”

Tanya Carl.Hana menggeleng kepalanya apabila ditanya..

“Kak Lia,bagi Abella pinggan suruh dia makan..”

Kak Lia yang mendengar Tuannya memberi arahan terus mengambil pinggan dan diberi ke Hana.Kak Lia menunduk kepalanya apabila lalu dihadapan tuannya.

“Kau makan”

Arah Carl lalu pergi dari ruang makan.Hana yang mendengar hanya mengerlipkan matanya melihat Carl berlalu pergi.

Dinginnn amat itu lelaki..

Getus hati Hana sebelum menyedok nasi dan mengambil lauk disitu.Dia pun makan.

{🌸}

Kaki Hana menuju ke bilik yang dia tidur semalam.Masuk sahaja dia lihat Carl yang sedang duduk di kerusi sambil melihat tab di sofa yang berada sudut bilik.

“Stop at there Abella”

Terhenti langkah Hana yang baru ingin keluar dari bilik kerana melihat Carl tidak memakai sebarang pakaian di tubuh atas badannya.Hana berdiri statik di depan pintu.Terdengar suara tapak kaki Carl yang mendekat Hana merasa jantungnya berdegup dengan laju.

“Petang ni aku hantar kau balik tapi..”

Carl mendekatkan diri dengan Hana.Hana boleh merasa Carl berada dibelakang.Terlalu rapat namun ada jarak.Hana rasa jantungnya berdegup kencang.

“Tapi kau patut terima apa yang akan terjadi dengan kau selepas tu”

Kata Carl dekat telinga Hana.Hana yang dengar memejam matanya.

“Kau pergi siap..”

Carl segera menjarakkannya badannya.Hana membuka matanya apabila sudah merasa Carl sudah pergi.

-CARL ZAFRAN-

Enjoy dear reader.Sorry ada kekurangan atau kesamaan.Don't forget to vote.

ACE1:THE DEVIL&HIS ANGEL [C]Where stories live. Discover now