64; 🤍

4 2 0
                                    


JinaRynn🌹

•••

"Mana Yoongi pergi ni, lama betul dia pergi tandas." Soal Hyera sendirian.

"Hyera cuba call Yoongi, kenapa lama sangat dia pergi toliet. Or maybe dia ada masalah." Ujar Puan Hani dari arah belakang membuatkan Hyera sedikit tersentak.

"Kenapa aku rasa macam ada benda yang tak kena? Kenapa aku rasa tiba-tiba tak sedap hati dengan Yoongi? Ya Allah Engkau permudahkanlah segala urusan kami, Ya Allah." Gumam Hyera.

"Sudah ibu, tapi tak di angkat." Ujar Hyera sedih.

"Hyera cuba lah lagi sekali, maybe Yoongi silent phone nya. Atau tak perasan. Cuba call lagi sekali." Sampuk Tuan Rusli.

"HYERAA! ! !" Jerit Jimin dari jauh, berlari menghampiri mereka bertiga.

"Wae? Jimin kenapa kau jerit-jerit ni? Kau dah jumpa Yoongi?" Soal Hyera pelik.

"Tak, belum. Tadi aku pergi toilet then aku ternampak tumpahan darah dekat sana." Ujarnya resah.

"Mwo? Jinjja?? Betul ke darah?" Soal Hyera terkejut.

Hyera berlari menuju ke toilet lelaki yang di katakan Jimin sebentar tadi sambil air matanya mengalir tanpa henti. Dia takut terjadi sesuatu kepada suaminya. Manakala yang lain mengekorinya dari belakang.

Setiba di sana, tiada tubuh yang terbaring tetapi yang ada cuma darah yang berlumuran di lantai.

"Ya Allah, selamatkanlah suami ku daripada bahaya." Gumam Hyera menangis. Badannya rebah, lemah hatinya melihat lumuran darah di setiap sudut toilet tersebut.

"Hyera bangun sayang. Hyera kena kuat, mama tahu Hyera kuat. Mama yakin ini bukan darah Yoongi and Yoongi tak apa-apa." Pujuk Puan Irma, menarik Hyera dalam pelukannya.

"Mama, kalau betul itu darah Yoongi macam mana mama? Hyera tak kuat mama." Ujar Hyera tersedu.

"Hyera please. Hyera kena yakin yang Yoongi tak apa-apa." Pujuk Puan Hani. Mengusap belakang badannya.

"Macam mana Hyera nak yakin kalau Yoongi tak ada dekat sini. Dan macam mana Hyera nak tahu yang Yoongi tak apa-apa, maa?" Ujarnya sambil menyembamkan mukanya dibahu Puan Irma.

"Hyera, aku tahu kau kuat. Insha-Allah Yoongi tak apa-apa. Kita cari dia sama-sama okay?" Ujar Fasha.

Sedang sibuk mencari keberadaan Yoongi, tiba-tiba telefon bimbit milik Namjoon berdering menandakan ada panggilan masuk, terpapar 'nombor tidak dikenali'. Tanpa teragak Namjoon menjawab panggilan tersebut.

"Yeoboseyeo?" Sapa Namjoon di dalam talian.

"HANTAR HYERA DEKAT AKU KALAU KAU NAK HYUNG KAU SELAMAT, ALAMAT AKU DAH SEND DEKAT HYERA. PASTIKAN DIA DATANG SEORANG DIRI KALAU BETUL KORANG NAK HYUNG KORANG SELAMAT, FAHAM! KALAU KORANG TAK DENGAR CAKAP AKU, AKU AKAN PASTIKAN YANG KORANG AKAN JUMPA MAYAT DIA BEBERAPA MINIT LAGI." Amaran Yeonjun.

Namjoon tidak bersuara sama sekali kerana dia terlalu terkejut dengan tindakan yang diambil Yeonjun. Dia tidak sangka sampai begitu sekali dia dendam dengan Yoongi sehingga mahu membunuh teman baiknya.

"YEONJUN?! AKU TAHU ITU KERJA KAU. KAU JANGAN APA-APA KAN YOONGI, KAU NAK APA DARI AKU? KENAPA KAU LIBATKAN YOONGI? KITA BOLEH SETTLE DUA, KAU TAK PERLU LIBATKAN NYAWA ORANG LAIN." Hyera merampas telefon bimbit daripada tangan Namjoon, dia pasti itu adalah kerja jahat Yeonjun.

"Hi sayang, sebab inilah I sukakan you. You punya layanan tu special. And hari ini I akan buatkan you merayu dengan I, PHEUU ! PHEUU !" Satu das tembakan dilepaskan.

"YEONJUN! ! OKAY, OKAY I MENGAKU KALAH. I MERAYU DENGAN YOU KALI INI, PLEASE JANGAN APA-APA KAN YOONGI. I AKAN IKUT APA YANG DIARAHKAN. BUT PLEASE JANGAN SENTUH YOONGI." Merayu Hyera.

"I DAH BAGI TAHU ARAHAN ITU KEPADA NAMJOON, DAN I NAK YOU IKUT SEMUA ARAHAN I KALAU YOU NAK JUMPA DENGAN YOONGI HIDUP-HIDUP KALAU TIDAK... I TAK TAHU LAH APA JADI, MAYBE YOU AKAN BAWA BALIK JASAD DIA SAJA HAHAHAHA- I TUNGGU TAU, BYE SAYANG!" Ujar Yeonjun, panggilan dimatikan.

"YEONJUN?! YEONJUN?!" Jerit Hyera.

"Hyera sabar okay, kita pergi sama-sama selamatkan Yoongi." Ujar Jimin. Hyera memggeleng.

"Tak Jimin. You tak boleh ikut, semua orang tak boleh ada dekat situ kecuali I seorang. Kalau tidak Yeonjun akan bunuh Yoongi. I tak kan biarkan Yoongi mati dalam tangan lelaki tak guna seperti dia. Tak, dia bukan manusia tapi binatang!" Amarah Hyera.

"Tapi bahaya lah sayang. Please kami akan ikut Hyera dari jauh." Sampuk Rynn. Dia terlalu risaukan keadaan Hyera sekarang.

"Bahaya atau tidak Hyera tak peduli. Yang penting Yoongi selamat, eonnie!" Suaranya semakin serak.

"Dengar cakap papa, Hyera. Papa tak benarkan Hyera pergi sendiri tanpa bantuan daripada kami." Ujar Tuan Rusli.

"Mama, papa, ibu izinkanlah Hyera pergi sendiri please. Hyera yang sepatutnya hadap semua ni, kalau Hyera tak balik dalam masa sejam korang call polis. Dan kalau terjadi sesuatu dekat Hyera please jagakan Yoongi untuk Hyera. Hyera pergi dulu." Ujarnya sambil mengesat air mata sebelum berlalu pergi.

"HYERAAA!!!" Jerit semua serentak.

Hyera tidak berpusing walaupun sekali, dia tidak kuat. Dia akan jadi lemah apabila melihat ibu, mama dan papa mengalirkan air mata.

Dia bergegas ke tempat yang diarahkan Yeonjun sebentar tadi. Dia berharap Yeonjun tidak menyentuh walau seinci pun wajah atau tubuh Yoongi. Dia harus berhadapan dengan Yeonjun demi Yoongi.

To be continued...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝘋𝘳𝘦𝘢𝘮𝘴 𝘊𝘰𝘮𝘦 𝘛𝘳𝘶𝘦 -  𝕭𝖆𝖓𝖌𝖙𝖆𝖓 𝕱𝖆𝖓 𝖋𝖎𝖈𝖙𝖎𝖔𝖓Where stories live. Discover now