22; 🖤

15 5 0
                                    


Created by;

JinaRynn 🤍

Special tags;🌹

MINHYEEAA
sugaminnation
Aireenns
panedtowy
jmwifey-

[☕]


"Bila Rynn akan ke Korea? Papa dengar Rynn nak pergi Korea dengan Lynqis, betul ke?" Soal Tuan Rusli, memecah kesunyian di meja makan.

Dia tidak sanggup melepaskan anaknya ini, Hyera sudah pun membawa diri. Malah Rynn juga, kedua anak perempuannya tidak akan tinggal bersamanya.

Puas Tuan Rusli memujuk agar Hyera pulang ke Malaysia untuk menguruskan syarikatnya di sini, tetapi jawapannya tetap tidak mahu. Hyera tidak mahu hidup atas kesenangan family, kini giliran Rynn pula membawa diri ke Korea. Tak lama lagi, rumahnya akan bertambah sunyi tanpa dua anak gadisnya.

"Maybe esok, pa. Haah, Rynn ajak Lynqis temankan Rynn. Nanti kalau Rynn naik flight takde kawan nak borak." Ujar Rynn, menghabiskan sisa makanannya.

Lynqis adalah sahabatnya. Lagi pula mereka seperti belangkas, dan Lynqis yang tawarkan diri untuk temankannya ke Korea.

"Buat apa pergi sana? Habiskan duit papa sahaja ke sana." Sampuk Puan Hani, menjeling ke arah Rynn.

Di mana sahaja mesti akan menyampuk orang bercakap. Sudahlah bercakap tidak guna otak, geram Rynn melihat perangai ibu tirinya ini.

Bagi Puan Hani, buat apa ke sana? Untuk bertemu Hyera yang bakal mati itu? Membazir sahaja, lebih baik bagi padanya duit untuk dia shopping.

"Cari jodoh lah, mana lah tahu dapat anak menteri ke kan? Senanglah tujuh keturunan Rynn nanti." Perli Rynn. Rynn sudahlah anti dengan Puan Hani, yang ada sahaja tidak kena di matanya.

"Jangan lupa bawa balik menantu untuk mama, Rynn. Bawa balik Jhope sebagai menantu mama dengan papa tahu?" Usik Puan Irma sambil ketawa.

Dia kenal kedua anaknya ini, memang gilakan BTS. Setiap hari ada sahaja barang yang mereka order, photocards, album's, sweatshirt dan BT21 sehingga penuh bilik anak daranya ini dengan barang BTS. Larang? Tiada gunanya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Makin di larang, makin banyak barang di beli. Kerana dengan meminati mereka bertujuh adalah pengubat boleh menyembuhkan penyakit depression, hanya dengan kata semangat mereka bertujuh.

"Itu pun kalau ada yang nak jadikan bini. Kalau tak ada, kahwin saja lah dengan orang Malaysia. Tak payah nak memilih sangat." Sampuk Puan Hani dari belakang.

"Tak memilih pun tapi kalau boleh nak yang kaya. Dan Rynn akan pastikan dia bukan milik orang. Tak nak lah rampas hak orang lain." Sindir Rynn, menjeling tajam Puan Hani.

Kalaulah tiada Puan Irma dan Tuan Rusli sudah lama, dia basuh cukup-cukup Puan Hani ini.

"Ibu ingat Rynn tak laku ke? Ramai je yang nakkan dia cuma Rynn jual mahal." Ujar Emir, membela Rynn. Kakak sulungnya.

𝘋𝘳𝘦𝘢𝘮𝘴 𝘊𝘰𝘮𝘦 𝘛𝘳𝘶𝘦 -  𝕭𝖆𝖓𝖌𝖙𝖆𝖓 𝕱𝖆𝖓 𝖋𝖎𝖈𝖙𝖎𝖔𝖓Where stories live. Discover now