33; 🖤

13 5 0
                                    

Created by;

JinaRynn 🦋

[☕️]


"Namja chingu, you perasan tak sejak dua menjak ni kan si Yeonjun tu lain macam tau. Like bukan Yeonjun yang kita kenal sebelum ni." Bisik Vita, bersebelahan Soobin sedang menyusun buku di rak.

"I ingat, I seorang saja yang perasan. You pun, baby?" Ujar Soobin sederhana.

Dia tidak mahu percakapan mereka didengar oleh Yeonjun. Dia tidak mahu bergaduh dengan Yeonjun, Yeonjun yang sekarang tidak seperti Yeonjun yang dahulu. Sikap Yeonjun sekarang yang suka melenting bila di tegur, tambahan bila diborak tentang Hyera.

Yeoja yang dia minat sejak dahulu, tapi sekarang pantang di sebut nama Hyera. Dia akan berkata, 'seperti tiada betina lain.' Perubahannya berubah 360° serta merta selepas ditolak cintanya oleh Hyera.

"I perasan sejak Hyera tolak ajakan dia ke wayang. And dia ada call someone, dia bagitahu Hyera adalah haknya. Kenapa?" Soal Vita keliru.

"Takkan lah sebab itu je. Dia ada masalah dengan Hyera ke?" Soal Soobin.

"Siapa yang ada masalah dengan I? I ada buat salah ke?" Sampuk Hyera dari belakang. Hyera dengar perbualan mereka berdua sambil namanya disebut. Takde angin, takde ribut siapa yang ada masalah dengannya?

"Yahh- terkejut lah. Tak reti panggil nama dulu ke, Hyera oii!" Lemah jantung Vita apabila Hyera yang menerpa dari belakang.

"HAHAHA- sorry." Ujar Hyera ringkas.

"Hyera, kau gaduh dengan Yeonjun ke? Or kau ada tersalah cakap?" Soal Soobin tanpa ragu.

"Haa- gaduh? Ani, wae? Kenapa dengan Yeonjun? Dia ada cakap dia gaduh dengan Hyera ke?" Soal Hyera terkejut.

Kenapa mereka cakap Yeonjun bergaduh dengannya? Dia ada tersalah cakap atau Yeonjun ada masalah sendiri?

Malah, sejak dari kejadian dia menolak tawaran Yeonjun. Dia sedar akan sikap Yeonjun yang berubah secara mendadak, tetapi baginya mungkin Yeonjun ada masalah lain.

Lagipula, sudah beberapa hari ini Yeonjun dan Hyera tidak bercakap secara normal. Bercakap jika perlu sahaja, itupun berkenaan kerja sahaja.

"Tak de lah, aku perasan kebelakangan ini Yeonjun dia macam berubah mendadak." Ujar Soobin.

"Berubah? Kenapa?" Soal Hyera pelik.

"Ha-ah, sekarang ni dia cepat sangat marah. And then, sikap dia berubah 100% bukan diri dia yang selalu." Terang Soobin, suara diperlahankan seakan berbisik.

"Ohh- I don't know why. Hyera takde apapun masalah dengannya. Hyera pun perasan sejak kebelakangan ini Yeonjun seakan menjauhkan diri dengan Hyera. Bila di tanya, dia tak cakap apapun just 'hmm' je yang dibalas. Hyera fikir maybe dia ada problem lain." Ujar Hyera sebelum di sampuk Soobin.

"Ohh ya- Hyera. Lagi satu, kami perasan sejak kau tolak ajakan dia. Date." Sampuk Soobin.

"Bworago, date? Ahh- pasal dia ajak Hyera tengok wayang itu? Itu bukannya sengaja, tapi Hyera ada hal malam tu. That's why, Hyera tolak. Lagipula, Hyera ada bagitahu Yeonjun juga sebab Hyera tak dapat teman dia malam itu." Terang Hyera. Tak nak mereka salah anggap.

Lagipula waktu itu adalah hari yang Taehyung dan Eyqa ajak mereka semua lepak. Mahu bincangkan hal perkahwinan mereka, takkan lah disebabkan ditolak hari itu dia berubah mendadak? Tidak mungkin, atau memang betul tekaan Hyera. Yeonjun mempunyai masalah peribadi?

Mereka bertiga melihat kelibat Yeonjun berjalan masuk tanpa mengucap sepatah perkataan pun, malah tanpa memandang kearah mereka seperti kebiasaan. Aneh, selalunya dia akan menegur. Paling tidak dia akan meminta maaf kerana datang lewat. Tetapi bukan hari ini, kenapa dengannya?

Banyak persoalan yang bermain di benak fikiran Vita, Soobin dan Hyera. Apa yang terjadi dengannya? Kalau ada masalah peribadi sekali pun, sekurangnya bercakap. Ini tidak, membisu.

"Yeonjun, lambat hari ini datang. Kenapa?" Soal Hyera, memulakan perbualan antara mereka.

Seperti biasa, Hyera akan menegur jikalau Yeonjun lewat ke kerja. Sama juga jikalau Hyera lewat ke kerja.

"Diam lah, bising lah!" Jerkah Yeonjun. Dia seakan serabut. Dia jadi menyampah dengan semua orang dalam kedai ini.

"Wehh Yeonjun, Hyera tanya baik-baik. Kenapa kau tengking dia?" Sampuk Vita apabila terdengar jerkahan Yeonjun.

"Kau tak faham bahasa ke perempuan?! Aku cakap diam!" Jerkah Yeonjun kepada Vita. Vita dan Hyera terkejut dengan jerkahan Yeonjun.

"Wehh Yeonjun kalau kau ada private problem janganlah bawa sampai ke sini. Kau dah kenapa? Hyera soal kau baik-baik, yang kau nak naik angin kenapa huh?!" Ujar Soobin sedikit keras. Geram dengan sikap Yeonjun yang asyik nak melenting tak tentu pasal.

"Yang kau nak tunjuk hero dekat sini kenapa? Kau ada masalah dengan aku ke sial?!" Soal Yeonjun keras.

"Ini bukan soal hero ataupun tak. Yang ada masalah itu kau, bukan aku!" Amarah Soobin.

"Kau ni memang nak kena kan!" Ujar Yeonjun yang sudah menggempal penumbuk, bersedia untuk menumbuk Soobin.

"Yeonjun!!" Halang Hyera.

"Kenapa kau beria nak bela dia? Kau nak kena juga ke?" Soal Yeonjun selamba.

"Yeonjun enough, sudahlah! Kau kenapa?!" Jerit Vita. Hilang sabarnya dengan Yeonjun hari ini, kenapa dengan temannya ini? Sampaikan mahu bertumbuk? Bertumbuk tidak menyelesaikan apapun.

"Diam lah kau, sial!!" Jerkah Yeonjun, Vita dan Hyera mengundur apabila terdengar jerkahan Yeonjun. Gerun dengannya.

Hyera cuba memberanikan diri. Niat dia ingin meleraikan pergaduhan ini yang mereka sendiri tidak tahu di mana puncanya.

"Yeonjun, enough enough!!" Jerit Hyera keras, sebelum menolaknya ke belakang. Cuba menghalang Yeonjun daripada menumbuk Soobin.

Ppangg!!

Satu penampar yang kuat hinggap di pipi milik Hyera. Tidak ada seorang pun yang berani menyentuhnya, apatah lagi menamparnya. Walaupun dia mempunyai ibu tiri seperti Puan Hani, tidak pernah lagi mereka menyentuh pipinya walaupun sekali.

Apa salahnya sehingga Yeonjun sanggup menamparnya sebegini rupa? Tiba-tiba pandangannya semakin memudar, panggilan namanya juga semakin menghilang. Kabur, pandangannya menjadi kabur, gelap. Tubuhnya rebah ke bumi tanpa di pinta.

"Hyera!!" Serentak Soobin dan Vita, sebelum berlari anak menerpa memaut Hyera.

Yeonjun yang sedar akan tindakannya segera membuat panggilan sebelum memanggil ambulans. Apakah dia sudah gila? Arghh- bukannya salah dirinya. Dirinya tidak buat apapun. 

To be continued...

𝘋𝘳𝘦𝘢𝘮𝘴 𝘊𝘰𝘮𝘦 𝘛𝘳𝘶𝘦 -  𝕭𝖆𝖓𝖌𝖙𝖆𝖓 𝕱𝖆𝖓 𝖋𝖎𝖈𝖙𝖎𝖔𝖓Where stories live. Discover now