35; 🖤

17 6 0
                                    

Created by;

JinaRynn 🐣🌈

[☕]

Bukk!!

Segempal penumbuk hinggap tepat di muka Yeonjun yang berjaya membuatnya terseungkur dihadapan pintu ruang darurat (ICU), dia tidak sedar sejak bila mereka tiba. Yoongi memberikan segenggam penumbuk ke muka Yeonjun kerana dia begitu kesal dan marah akan perbuatan Yeonjun terhadap Hyera. Betul-betul buatkannya hilang sabar.

"Kau ada masalah apa dengan Hyera? Aku tanya kau, ada masalah apa dengan dia sampai kau berani naik tangan ke dia haa?!!" Amarah Yoongi, menarik kolar baju milik Yeonjun supaya berdiri semula.

"Aku tanya kau lah siall!! Kau pekak ke kau bisu?!!" Amarahnya lagi, apabila pertanyaannya dibiarkan tanpa jawapan.

"Hyung, sabar. Sabarlah." Ujar Jimin dan Taehyung serentak cuba menahan Yoongi membuat kacau bilau di sini.

"Macam mana aku nak sabar disebabkan jantan ni Hyera sampai ke sini? Asal kau diam, bodoh! Jawablah pertanyaan aku!!" Geram Yoongi. Amarahnya tidak siapa dapat redhakan.

"Masalahnya adalah kau!" Ujar Yeonjun. Menjawab soalan Yoongi dengan tersenyum sinis sambil tangannya menyentuh bibirnya yang berdarah dek ditumbuk Yoongi sebentar tadi. Sebelum berlalu pergi namun ditahan oleh fasha.

"Kenapa?" Soal Yeonjun berani, sambil senyuman diukirkan.

Pangg!!

Kali ini penampar hinggap dipipinya oleh Fasha. Fasha hilang rasa hormat terhadap Yeonjun apabila mendapat tahu punca Hyera ke hospital disebabkan Yeonjun. Yeonjun masih terpaku dan tidak menyangka Fasha akan menamparnya.

"Kau lah jantan paling sial aku pernah jumpa, kau tahu tak!!" Ujar Fasha amarah.

"Fasha sudah, Fasha." Tahan Eyqa serentak memeluk Fasha dengan tangisan. Dia tahu perasaan Fasha saat ini, sangat kecewa dan marah akan sikap Yeonjun yang tidak mempunyai akal. Tetapi, dengan bergaduh tidak dapat menyelesaikan masalah.

"Lepaskan aku Eyqa, aku belum puas nak ajar jantan bodoh ni. Kau jangan harap aku akan maafkan kau dengan apa yang kau dah buat dekat Hyera, Yeonjun!! Lepas ni kau jangan harap aku akan biarkan Hyera jumpa dengan kau walaupun sekali, jangan harap!" Naik dua oktaf Fasha.

"Kau buat semua ini sebab Hyera pilih Yoongi, betul tak? Memang tepat pilihan sahabat aku, pilih lelaki yang boleh jaga dia dari semua aspek bukannya lelaki macam kau. Kau ingat, sampai mati aku takkan maafkan kau dengan apa yang kau dah buat, Yeonjun. Kau ingat apa aku cakap! Kau tersalah usik orang Yeonjun, kau ingat akan aku berdiam? Jangan harap, aku akan pastikan hidup kau tak tenang sampai kau mati, Yeonjun!!" Sambung Fasha dengan lantang.

Eyqa masih memeluknya dengan dibasahi air mata, begitu juga Fasha. Eyqa cuba menahan Fasha dengan dayanya, pasti Hyera tidak suka jikalau dia tahu.

Hyera pernah pesan kepada mereka, 'dalam hidup ini, kita tak boleh buat keputusan terburu-buru walaupun kita sedang marah sekali pun. Bersabarlah selagi mampu dan jangan pernah sakiti orang walaupun ianya menyakitkan, arasseo?' Mereka masih perlukan Hyera sebagai penyemangat untuk hari-hari akan datang.

Fasha terduduk di lantai hospital sambil menangis. Saat ini, hati mereka hancur sehancurnya. Yoongi juga tidak sangka Yeonjun akan bertindak sedemikian hanya kerana cemburu. Rynn baru tiba terus memeluk dua adiknya itu, dia membiarkan mereka menangis didalam dakapannya.

"Ya allah, selamatkanlah adik aku, Hyera. Pinjamkanlah dia lebih lama buat kami semua Ya Allah." Rintih Rynn dalam hati.

To be continued..

𝘋𝘳𝘦𝘢𝘮𝘴 𝘊𝘰𝘮𝘦 𝘛𝘳𝘶𝘦 -  𝕭𝖆𝖓𝖌𝖙𝖆𝖓 𝕱𝖆𝖓 𝖋𝖎𝖈𝖙𝖎𝖔𝖓Where stories live. Discover now