03;🖤

27 5 0
                                    

Credit by;

JinaRynn 🤍

☕️

"NURIN FASHA!" Jerit Ten cuba menghentikan langkah fasha.

"Saya belum habis cakap lagi dengan awak!" Sambung Ten.

Serta merta langkah Fasha terhenti dan menoleh ke belakang memandang tepat ke arah Ten.

"Saya kata saya tak cintakan awak, please jangan paksa saya jatuh cinta dengan awak, Ten! Apa yang susah sangat awak nak faham saya?!" Bentak Fasha dengan keras.

Dia sudah muak dengan si gila bongkak ini, tak habis-habis dengan luahkan cintanya. Muak, argh apa yang membuat lelaki di depannya ini susah sangat nak faham.

"Sebab saya terlalu sayangkan awak. That's why, saya takkan faham apa yang awak katakan. Saya cuma mahukan awak, itu sahaja." Luah Ten dengan suara sedikit keras dan sedikit kuat. Lantas dengan langkah perlahan Ten mendekati fasha, dengan pantas dia mencium bibir pink milik Fasha.

PANG!!

Ten tergamam, kaku dan terkesima gara-gara tamparan Fasha di pipinya. Perit yang dirasakan saat ini.

"Ten apa yang kau dah buat dekat dia? Ini bukan cara kau, untuk dapatkan cinta dia Ten! argh- kau bodoh Ten!" Bisik hati Ten sambil menunduk sambil memegang pipi dek tamparan Fasha.

"Apa awak ingat saya ini perempuan murah yang senang-senang awak nak buat saya macam ni?! Start from now, kita bukan lagi satu team dan saya tak kenal awak!! Saya takkan maafkan perbuatan awak terhadap saya, faham!!" Amarah Fasha sambil melangkah pergi dengan tangisan kecewa.

Hatinya sakit dengan tindakan bodoh Ten, dan apa yang membuatnya lebih kesal adalah first kiss nya yang dijaga selama ini telah diragut oleh lelaki gila yang di bencinya argh serabut!!

Tersembur air dimulut Hyera dan Eyqa ketika mendengar apa yang di ceritakan Fasha. Mana tidaknya, Fasha tu muslim sedangkan Ten itu kristian. Hukumnya haram, lagipun kejadian tu akan merosakan reputasi dan nama baik Fasha serta imej berhijab Fasha. Arghh takhabis pikir dibuatnya perangai Ten yang tak betul itu.

"Then, kau buat apa dekat dia?" Soal Eyqa dengan perasaan terkejut dek kerana kerja bodoh Ten yang telah meragut first kiss Fasha.

"Aku lempang dia, sekuat hati aku." Ujar Fasha selamba.

"Omo! Jinjjayo?" Ujar mereka serentak dengan terkejut dengan tindakan pantas dari Fasha.

Tak disangka, sahabat mereka yang sedang berada dihadapan mereka saat ini telahpun menampar lelaki yang hensem itu.

"Ha'ah, aku lempang dia. Lepas tu, aku blah. Dia memang hilang akal!! Biar padan muka dia, arghh- my first kiss!!" Teriak Fasha sambil menumbuk tilam di dalam biliknya dengan penuh kesal.

Kalau diikutkan amarahnya tadi habis Ten dibelasah sampai berdarah, tapi dia masih mahu menjaga air muka Ten dan dirinya sendiri.

Arghh- serabut memikirkannya, lebih baik tidur daripada fikir. Masa bodoh!" Runggut Fasha dalam hatinya.

Hari ini cuaca sangat cerah, angin sepoi-sepoi menerpa ke muka Hyera. Hari ini dia kembali berkerja, setelah hari ahad berlalu argh- rasanya akan penat kembali tetapi itulah kehidupan.

"Annyeong, yeoreobun!!" Sapa Hyera kepada mereka berdua ketika memasuki kedai buku dimana tempat dia berkerja, terlihat Soobin dan Vita sedang membersihkan bahagian rak buku.

"Hey, Hyera!!! Annyeong!!" Serentak mereka membalas sambil tersenyum ke arah Hyera sebelum kembali mengemas.

"Wahh, sweet betul korang berdua, cakap serentak. Ehh- ada apa-apa ke yang Hyera tak tahu?" Usik Hyera dengan senyuman dan tertawa kecil.

"ANI!!" Lagi sekali serentak mereka menjawab dan saling berpandangan antara satu sama lain.

"YAK, SOOBIN!! KAU MENIRU AKU KAN?!" Amarah Vita.

Buang tabiat ke Soobin hari ini asyik serentak sahaja bila berbicara, haishhh-.

" ANII! Kau yang meniru aku, Vita." Ujar Soobin cuba membela dirinya. Dia tidak sengaja, lagipun ada salahnya?

Sejak dia bekerja di kedai buku itu dia sering memerhati Vita. Senang cakap dia memang sukakan Vita tapi Vita menjual mahal.

"Yahh yeoreobun, sudahlah jangan bergaduh. Orang tua cakap kalau selalu gaduh nanti berjodoh, tahu." Sakat Hyera.

Sejujurnya mereka terlihat sangat sepadan bersama. Sama cantik, sama padan macam 'pinang dibelah dua'.

"Mintak simpang." Ujar Vita dengan nada geram.

"Yahh- apa kau tidak mahu bercinta dengan aku? Hye, aku handsome tahu! Satu pergi sepuluh datang. Aiguu, jangan jual mahal lah Vita." Ujar Soobin dengan santai sambil mengusik Vita yang sedang dalam mood ingin bergaduh dengan nyaa.

"Kau patut bersyukur. Dalam banyak yeoja, kau je yang aku suka. Karang, aku jatuh cinta dengan Hyera kau yang nangis." Sambung Soobin dengan nada santai.

Dia sedang berlaku jujur dihadapan Vita tentang perasaannya, biarlah dia terlihat seperti lelaki gila.

"Ani, Hyera sudah berpunya." Celah Hyera.

"Omo!! Yahh, jinjja? Wahh, siapa dia Hyera?" Soal Soobin dan Vita serentak.

"AHAHAHAHA-, sah korang dijodohkan. Dari tadi asyik sama je percakapan." Sakat Hyera sambil tertawa kecil.

"Yah!! Hyera, siap kau!" Ujar Vita geram.

Vita mengejar Hyera dengan penyapu di seluruh kedai. Soobin tertawa melihat gelagat kawan-kawannya.

"Annyeong yeoro..."

"Yeonjun, tolong Hyera." Ujar Hyera, menyorok di belakang Yeonjun.

"Sudah, mari kita sambung kerja." Ujar Yeonjun cuba meleraikan pergaduhan antara Hyera dan Vita.

Yeonjun menghadiahkan senyuman yang manis dibibirnya sambil berjalan memasuki kedai.

To be continued..

𝘋𝘳𝘦𝘢𝘮𝘴 𝘊𝘰𝘮𝘦 𝘛𝘳𝘶𝘦 -  𝕭𝖆𝖓𝖌𝖙𝖆𝖓 𝕱𝖆𝖓 𝖋𝖎𝖈𝖙𝖎𝖔𝖓Where stories live. Discover now