45; 🖤

8 3 0
                                    

[☕️]


Dari tadi Hyera hanya mendiamkan diri tanda dia masih lagi protes dengan Yoongi kerana sudah mengungkiri janji. Sudah lah susah kalau sakit, nak makan ubat pun apatah lagi. Mau kena paksa atau ugut baru dia makan. Makin risau Hyera dengan Yoongi yang tak bersarapan sejak pagi tadi.

Kereta dipandu laju oleh Yoongi menuju ke bandar Gwangju. Hari ini adalah hari yang sesuai untuk membawa Hyera ke Lake Eco sekali lagi setelah sekian lama mereka tidak ke sana. Mereka ke sana untuk menikmati permandangan sunset di sana. Sedang leka Yoongi memandu, Hyera sudah pun dibuai mimpi kerana terlalu penat.

"Patutlah I tanya, tak ada jawapan. Rupanya you dah tidur. Cantik." Gumam Yoongi sendiri. Memerhati raut wajah Hyera yang terlena.

Yoongi memberhentikan kereta yang dipandunya berhadapan sebuah cafe. Yoongi tidak sampai hati ingin kejutkan Hyera yang masih tidur lalu dia membiarkan Hyera dan masuk ke dalam cafe untuk memesan makanan.

Tidak sampai lima minit, Hyera terjaga dari lenanya. Dia perhati di sebelahnya Yoongi tiada.

"Kemana dia pergi? Dekat mana ni? Kenapa dia berhenti dekat sini? Kenapa dia tak kejutkan aku?" Soal Hyera sendiri, cemas.

Tiba-tiba pintu dibuka, Yoongi masuk dengan membawa dua bag plastic yang berbungkus makanan. Hyera memandang tepat kearah wajah Yoongi. Entah kenapa hatinya menjadi sayu melihat jejaka ini ketika ini.

"Are you okay, chagi?" Soal Yoongi.

"Apa aku buat salah lagi ke?" Gumam Yoongi apabila melihat kedua mata Hyera yang seakan berkaca. Kenapa Hyera menangis?

"Mianhae." Ujar Hyera perlahan.

"Mianhae? Wae, chagi?" Soal Yoongi pelik. Kenapa tiba-tiba Hyera meminta maaf kepadanya.

"Ye, mianhae sebab buat you lapar." Ujar Hyera sayu. Dia tahu Yoongi lapar, tapi dia tidak sepatutnya halang Yoongi dari makan sewaktu di pejabat tadi.

"Ehh- tak ada lah. It's okay." Ujar Yoongi.

"Kenapa you tak kejutkan I, I boleh teman you makan. Kesian you kena tapau makanan sebab I terlelap tadi. And now you kena makan dalam kereta." Ujar Hyera, masih dibelenggu rasa bersalah.

"It's okay, I kesian tengok you that's why I tak nak ganggu you tidur. Then I ingat bila I masuk kereta tadi you masih lagi tidur, boleh lah I tatap muka you waktu tidur. Comel." Puji Yoongi, memerah muka Hyera.

"Eiii, mengada!" Ujar Hyera.

"Dengan you je I mengada." Sambung Yoongi.

"Eleh- ye lah tu. So kita dekat mana ni? And why tempat ni macam jauh dari pejabat you?" Soal Hyera.

"Iye lah, chagi. You tak percayakan I ke?" Soal Yoongi.

"I nak bawa lari you keluar dari Korea. I nak seludup you." Usik Yoongi.

"Kita dekat mana ni? You jangan main-main ehh Yoongi, kang tak pasal ada yang kena pukul. You ingat I barang ke main seludup-seludup ni?" Ujar Hyera cemas.

Yoongi tertawa.

"Palliwa! Kita dekat mana sekarang ni?" Ujar Hyera.

"HAHAHA- kita ada dekat Gwangju sekarang ni. Tak ada kerja I nak seludup you. Kalau iye pun I nak you kahwin dengan I takkan lah I nak seludup you kan. Nahh- makan ni, I beli tadi." Ujar Yoongi sambil menghulurkan bungkus makanan yang berisi tteokbeokki rise.

"Suka kan buat orang takut, cemas. Eiiii nasib lah.." Hyera tidak menghabiskan kata-kata nya.

"Nasiblah sayang, kan kan kan kan elehh- mengaku cepat." Usik Yoongi.

"Eii- perasan! Tak kuasa I nak mengaku." Ujar Hyera, nafikan.

"Elehh- nak mengaku perasaan sendiri pun susah. Nanti bila you dah kahwin dengan I, I akan pastikan hari-hari you mengaku yang you sayangkan I." Usik Yoongi lagi.

"Siapa nak kahwin dengan you? Perasannya! Memang lah susah nak mengaku perasaan sendiri, macam lah you boleh mengaku perasaan you? Cakap orang, dia pun sama." Bantah Hyera.

"Elehh- tak nak konon. I boleh mengaku perasaan I dekat you, you nak dengar ke?" Soal Yoongi.

"Apa dia?" Soal Hyera ringkas.

"Sejak I dengar tentang you daripada member I, I dah mula jatuh hati dengan you tahu? I bersyukur sangat sebab Tuhan takdirkan I bertemu dengan you dalam keadaan yang tepat. And that's why I kenalkan you dengan family I cause I ikhlas dengan relationship kita. And you know what? Dah lama I nak luahkan perasaan I dekat you like Taehyung and Jimin confess dekat Eyqa and Fasha."

"And kalau boleh I nak cepat jadi suami you, jadi imam you, jadi ahli baru dalam Islam, jadi ayah kepada anak-anak kita. You buat I jatuh cinta dengan you, Hyera. And buatlah I jatuh cinta dengab Islam juga dan I akan halalkan you seperti syariat Islam, I betul-betul ikhlas nak jadikan you isteri I, jadikan you permaisuri dalam hidup I." Luah Yoongi mendatar. Dia betul-betul maksudkannya.

Sudah lama dia ingin meluahkan perasaannya kepada Hyera tetapi hari ini dia dapat kekuatan untuk meluahkan perasaannya saat dia berduaan dengan Hyera. Dia berasa sangat lega apabila hasratnya untuk luahkan perasaan kepada Hyera kini tercapai. Hyera memandang tepat kedua mata milik Yoongi dengan perasaan terharu.

"Sejujurnya inikah orang bernama Min Yoongi, yang pernah hinggap di hatinya sejak dulu? Kenapa hari ini dia berubah terasa seperti ini bukanlah dirinya yang sebenar. Atau mungkin ini adalah dirinya yang sebenar yang tersembunyi dalam diri yang kelihatan terlalu kasar dan tiada perasaan diluar sebenarnya dia tersangatlah romantik." Gumam Hyera terharu.

"Apa yang you nampak dekat diri I? Sehingga you nak jadikan I sebagai permaisuri hidup you, jadikan I isteri you?" Soal Hyera dengan nada perlahan. Tahan sebak yang diluahkan Yoongi.

"I nampak, I je yang sesuai dengan you. Itu pasti!" Ujar Yoongi, cuba menceriakan kembali keadaan.

"Eiii- menyampah lah tanya you. Jawapan tak pernah betul, eii- dah laa jom." Geram Hyera. Yoongi tertawa melihat Hyera mencebik sebelum dia memandu laju ke destinasi mereka.

To be continued...^o^ ➡

^o^ ➡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝘋𝘳𝘦𝘢𝘮𝘴 𝘊𝘰𝘮𝘦 𝘛𝘳𝘶𝘦 -  𝕭𝖆𝖓𝖌𝖙𝖆𝖓 𝕱𝖆𝖓 𝖋𝖎𝖈𝖙𝖎𝖔𝖓Where stories live. Discover now