"Baiklah, terima kasih atas kerjasama kau. Aku mohon undur diri terlebih dahulu bagi menguruskan beberapa hal. Selamat maju jaya dengan perkenalan kau bersama Sang Merpatika nanti." Sang Jentayu kemudiannya menghamparkan sayapnya luas sebelum terbang meninggalkan kawasan atas bukit yang indah itu.

  Dahlia kini berseorangan diatas puncak bukit memukau mata itu.

_______________________•••____________________

  "Ampun Tuanku, utusan dari Perkasa, Tuanku." Seorang hulubalang istana berpakaian serba hitam melangkah masuk ke dalam istana.

  Raja Sang menanti penuh debaran. Bibirnya tidak lekang dari senyuman sinis. Hatinya dipaut bahagia menanti berita gembira daripada Perkasa.

  "Jadi apakah cinta hatiku berada dalam genggaman mu?" Soal Raja Sang. Nada suaranya tinggi penuh teruja.

  "Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, Perkasa gagal mendapatkan Puteri Seri Dahlia. Namun..." Kata-katanya sengaja dihentikan di situ.

  "Namun apa?!" Sergah Raja Sang Kuwadamarti penuh garang.

  "Ampun Tuanku, biarpun gagal mendapatkan Tuanku Puteri Seri Dahlia, Perkasa berjaya mendapatkan sesuatu yang bakal menyelesaikan masalah kita, Tuanku." Balas hulubalang itu lagi.

  Wan Panji hanya menjadi telinga lintah di sisi Raja Sang. "Apa dia itu?" Soal Raja Sang.

  "Tuanku puteri amat menyayangi seorang gadis kecil. Jikalau tidak silap, namanya Ratna dan gadis kecil ini berada dalam genggaman kami. Dengan Ratna bersama kami, tidak sukar untuk mendapatkan Tuanku Puteri Seri Dahlia." Jelas hulubalang itu lagi.

  Perlahan wajah Raja Sang yang tadinya memudar senyuman, kini kembali menyeringai sinis. "Boleh tahan bijak Perkasa ini ya..." Puji baginda.

  "Di manakah Perkasa sekarang ini? Kenapa masih belum tiba?" Soalan diajukan tatkala menyedari hanya berita yang tiba dari Perkasa, bukan tuan badan itu sendiri.

  "Perkasa tidak dapat keluar dari persembunyiannya buat masa ini. Atas sebab lain ialah, ramai tentera yang cedera parah akibat hilangnya kesan sihir yang digunakan. Masing-masing menderita. Sekiranya Perkasa bergerak sekarang, tidak mustahil Wantachitra dapat menjejaki mereka."

  "Jikalau tidak keberatan, ingin saya khabarkan satu permintaan Perkasa." Bicara hulubalang itu terhenti memberi ruang Raja Sang menberi reaksi.

  "Apakah dia memerlukan sejumlah angkatan tentera baharu?" Bagaikan boleh membaca minda Perkasa, Raja Sang meneka permintaan itu dengan tepat.

  "Benar, Tuanku." Ringkas hulubalang itu menjawab.

  "Baiklah tiada masalah. Selagi cinta hatiku belum berjaya kalian dapatkan, jangan berhenti berusaha." Raja Sang menoleh memandang Wan Panji di sisinya memberi isyarat agar dia yang menguruskan soal tentera baharu itu.

_______________________•••____________________

  "Alamak! Aku lupa mau tanya tentang solatku!" Dahlia tiba-tiba teringat akan kewajipannya itu. Matahari sudah pun terang menyinari bumi saat dia menyedarkan diri, bermakna Subuh tadi serta ibadah fardhu semalam turut dia tinggalkan akibat diri lena dalam pengsan.

  'Astaghfirullahalazim...' Ringkas bibir Dahlia menyebut kalimah itu. Sementara menunggu ketibaan Sang Merpatika yang disebut-sebut Jentayu tadi, Dahlia menunaikan kewajipannya terlebih dahulu.

  Nikmat terasa saat diri kembali bersujud kepada-NYA. Seluruh alam ibarat turut berzikir memuji-NYA. Alam dihiasi bunyi deruan air berserta tumbuhan renek ibarat menari-nari lembut di sekeliling tasik. Dahlia hanya berlapikkan daun besar sebagai sejadah. Sudah dia pastikan alas itu bersih sepenuhnya tanpa cela atau najis.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now