Adipati Wantachitra itu hanya mahu mendesak Permaisuri Kuntum untuk membongkarkan sahaja rahsia tentang kehilangan putrinya itu kerana sepertinya ada rahsia lain yang tidak diketahui mereka. Sekiranya pemimpin Wantachitra itu berusaha menutup sesuatu rahsia pasti ada rahsia lain yang ingin mereka rahsiakan. Jadinya, Rum Aspalela mengambil langkah yang memaksa Tuanku Permaisuri Kuntum sehingga dia tidak mampu mencari alasan lain lagi.

  Majlis Keraian Setiga Serangkai ini merupakan sebuah majlis keraian besar-besaran yang diadakan setiap tahun bagi menghargai hubungan persahabatan ketiga-tiga buah kerajaan iaitu Kesultanan Tarawangsa, Kerajaan Wantachitra dan diikuti oleh Kerajaan Sulantara.

  Majlis ini sudah bertahun-tahun dilaksanakan menyebabkan ia sudah menjadi ibarat tradisi bagi ketiga buah kerajaan ini. Setiap tahun majlis ini diadakan di tempat yang berbeza sama ada di Tarawangsa, Wantachitra atau Sulantara dan ia akan dihadiri oleh tiga buah kerajaan ini.

  Pelbagai acara dan aktiviti dilaksanakan ketika majlis ini. Antaranya ialah pertunjukkan silat, pertempuran luar biasa tradisi pelbagai bangsa dan berbagai acara lain. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan hubungan persahabatan yang terjalin berpuluh tahun lamanya antara tiga kerajaan serangkai itu.

  Namun pada tahun lepas, ketidakhadiran Puteri Seri Dahlia ke Majlis Keraian Setiga Serangkai di Sulantara itu telah menjatuhkan imej Wantachitra lebih-lebih lagi apabila alasan yang diberikan adalah kerana disebabkan baginda jatuh gering namun kemudian terbongkar bahawa sebenarnya baginda tidaklah gering tetapi demi mengelakkan diri bertemu dengan Raja Sang, Puteri Seri Dahlia telah mengasingkan diri daripada majlis terhormat itu.

  Baginda merupakan orang terhormat maka ketidakhadiran beliau benar-benar menunjukkan betapa tiada hormatnya baginda terhadap majlis tersebut.

  Tahun ini pula, majlis keraian diadakan di Wantachitra sebagai tuan rumah tetapi Puteri Seri Dahlia sekali lagi sepertinya tidak mahu hadir. Sekiranya perkara ini berterusan, perang akan tercetus antara dua buah kerajaan.

  Permaisuri Kuntum terdiam sejenak. Minda ligat berhubung antara sel memikirkan alasan terbaik untuk diberikan. "Baiklah jikalau begitu. Beta tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku. Akan beta usahakan membawa anakanda beta ke majlis kelak." Bagi mengelakkan kehilangan ramai nyawa akibat perang, Permaisuri Kuntum mengalah. Beginda berjanji mahu membawa Puteri Seri Dahlia ke majlis tersebut tetapi bagaimana? Beliau pun buntu kerana anakandanya itu masih hilang tanpa kesan.

  "Menjunjung kasih Tuanku atas persetujuan ini. Akan patik selesaikan segala urusan majlis. Ampun beribu ampun atas kedatangan mengejut tanpa berita ini, Tuanku. Izinkan patik mengundur diri melangsaikan tugasan." Kedua telapak tangan dicantumkan sebelum Aspalela dan semua pembesarnya bergerak perlahan penuh hormat berjalan menapak berundur dan keluar dari istana.

_______________________•••____________________

  Kedua-dua Sang Jentayu dan Dahlia terdiam. Membiarkan bunyi deruan air menghiasi suasana. Masing-masing memikirkan kaitan tentang jurus angin puteri sebenar dengan angin yang seolah memanggil Dahlia masuk ke dalam hutan. Namun keduanya tidak dapat memikirkan sebarang jawapan.

  "Maafkan aku Jentayu. Boleh kah aku menyoalkan sesuatu?" Tiba-tiba Dahlia mencelah memecah sunyi.

  Jentayu berpaling memandang Dahlia.

  "Aku... Umm... Apakah benar tentang perwatakan Tengku Puteri yang kau sebutkan tadi?" Dia bertanya.

  "Iya benar. Masakan aku berdusta." Jentayu membalas.

  "Tidak... Umm... Berdasarkan sejarah dari masa hadapan, Puteri Seri Dahlia merupakan seorang yang amat kasih terhadap rakyatnya. Walaupun sebelum baginda memerintah sepenuhnya, baginda telah pun berlaku adil terhadap rakyatnya. Tiada seperti yang kau sebutkan iaitu kekejaman secara rahsia dan sebagainya." Dahlia menyuarakan pandangannya.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now