"Kau asal Rayyan? Serabut je aku tengok." Tanya Karl.

"Serabut lah. Mama papa ajak aku pergi rumah bakal mertua aku esok. Kau rasa?"

"Whoa whoa. Mertua? Seriously? Siapa do? Kau kenal ke bakal isteri kau tu?"

"Kau nak tahu siapa bakal isteri aku? Staff aku sendiri! Staff aku! Bukan anak Dato' bukan anak tan sri. Orang biasa. Staff aku."

Karl dan Shawn gelak besar. Sial punya member. Aku stress, dorang boleh bantai gelakkan aku.

"Damn. Nampaknya, jejaka hot Malaya bakal off market. Gigit jari laa awek awek."

"Ada chance la kita lepas ni."

Karl dan Shawn sambung ketawa.

"Off market? Come on guys. This is Tengku Rayyan Mikael la. Setakat minah kampung macam tu senang je aku nak settlekan."

"What's your plan dude?" tanya Shawn berminat.

"You guys wait and see." Dari jauh aku nampak ada seorang perempuan tersenyum menggoda ke arah aku. Terus mata aku kenyitkan kearah dia. Heh, perempuan. Semua sama je.

**********

Makanan sudah terhidang. Semangat harini Puan Isma masak bermacam macam lauk. Yelah. Orang istimewa nak datang kan. Iris Medina pon tak duduk rehat membantu ibunya di dapur. Walaupun hati rasa berat, tapi tak sampai hati nak biarkan ibunya sorang-sorang masak di dapur. Tipulah dia tak berdebar. Entah siapalah yang nak masuk meminang dia. Siapalah lelaki malang tu.

Sambil dia membasuh pinggan di dapur, kedengaran bunyi hon di halaman rumah.

"Ibu, bakal besan ibu dah sampai." Kata Irfan.

Puan Isma terus mengelap tangan untuk menjemput tetamu istimewanya itu.

"Haih. Nak kahwin dah adik aku sorang ni." kata Irfan. Iris Medina mengeluh.

"Kau abang. Kau yang patut kahwin dulu. Bukan aku."

"Eh, asal aku pulak. Aku lelaki takpe. Kau tu perempuan. Tak kahwin nanti orang kata anak dara tua."

Baru sahaja Iris Medina ingin melawan, terus dihalang oleh Puan Isma.

"Sudah jangan gaduh. Tetamu dah sampai tu. Iris, nanti bawak air kedepan. Ibu nak jemput tetamu masuk dulu. Kamu Irfan, sudah sudah lah mengusik adik kamu tu. Kamu pon jangan nak buat buat bodoh. Kamu pon dah tua. Dah patut kahwin pon."

Tersengih Irfan. Kita nak usik adik, alih alih kita yang kena bebel. Iris Medina yang dengar menjelir lidah sambil tunjuk thumbs up dekat Irfan tanda mngejek.

Kedengaran suara orang berbual di depan. 'Macam kenal je suara tu?'

Iris Medina cuba mngecam suara yang dia dengar tapi tak teringat pula siapa. Air teh dibancuh dalam teko. Dulang diambil. Lalu cawan beserta talam diletakkan atas dulang beserta air yang sudah dibancuh. Dulang diangkat.

"You got this Iris Medina! You got this!"

Kaki diatur ke ruang tamu. Apa yang terhidang didepan mata, langsung Iris Medina tak percaya.

'Tengku Rayyan Mikael? Bakal suami aku?'

**********

"Buat susah je la Mahadi, Isma." Kata Tengku Afzan.

"Eh. Tak ada la susahnya. Tetamu kan. Jemput minum." Balas Encik Mahadi pula ramah.

"Inilah anak kami, yang kami cerita semalam tu. Tengku Rayyan Mikael." Tengku Afzan memperkenalkan Tengku Rayyan Mikael dekat Encik Mahadi dan Puan Isma. Tengku Rayyan Mikael tersenyum manis walaupun dalam hati, dia sudah tersenyum sinis. Dia sudah ada plan.

Tengku PlayboyWhere stories live. Discover now