BKM 36

6K 285 1
                                    

AZAN maghrib berkumandang.Ayden dan yang lain mula merapatkan saf masing-masing.

Hanina yang baru menolak pintu bilik ruang solat dipandang Ayden dan yang lain.

Isterinya yang sudah siap bertelekung membuatkan Ayden terdiam seketika.

"Sayang bukan ke sayang..."Ayden tidak menyambung ayatnya.Dia tahu,pasti isterinya faham akan maksudnya.

Hanina menggaru tepi kepalanya.Wajahnya cuak.

"Err oh ya s-sayang terlupa.Korang solat lah dulu,Nina nak naik atas."ujarnya sebelum terus berlalu.

Ayden dan yang lain berpandangan.Lupa?Tak masuk akal langsung.Ayden tahu ada benda yang dirahsiakan isterinya dari pengetahuan nya.Namun dia hanya diamkan sahaja.

Selesai sahaja solat,mereka terus masuk kedalam bilik bawah tanah.Ada hal yang ingin dibincangkan.

Hanina awal-awal sudah meminta izin untuk tidur.Mengantuk katanya.

"Habistu takkan dia nak menipu pula?"soal Zyan membuatkan yang lain tunak  memandang wajah Ayden yang tampak berserabut.

Ayden mengeluh.Pelipis didahi dipicit.
"Aku taktau.Sejak dua menjak ni aku perasan dia dah lain.Dia dah tak macam Hanina yang aku kenal dulu."

"Maksud kau?"

"Entah.Dia jadi pelik.Masa malam tu aku perasan dia termenung.Tapi bila aku tanya,dia nak jawab tapi macam teragak-agak.Last-last dia kata dia rindukan kampung Kedah rumah ibu dia.Lepastu pagi tadi dia batuk kuat,dia pergi singki lepastu dia terus naik atas.."

"Dalam masa yang sama Rayyan..."

"Terpijak darah?"soal Rayyan membuatkan Ayden tidak jadi ingin menyambung ayatnya.

"Darah?"Afiq menyoal hairan.

"Masa dia batuk aku perasan di macam shock tapi dia tak cakap apa-apa dengan aku.Masa masuk bilik aku nampak dia genggam something.Tapi aku tak sure tu benda apa."

"And aku ada cakap dengan dia pasal Rayyan terpijak darah and jawapan dia, dia kata dia datang haid.Time tu aku tak syak apa lagi tapi bila nak solat tadi tiba-tiba dia masuk dengan pakai telekung aku dah mula pelik dengan dia.Aku tanya, dia kata dia lupa.Tak logik langsung."

Panjang lebar Ayden menerangkan pada rakan-rakannya.

Mereka turut memikirkan hal yang sama. Terangguk-angguk kepala mereka apabila mendengar penerangan dari rakannya.

"Oh lagi satu.."

Mata mereka kembali memandang wajah Ayden.

"Dia tiba-tiba tanya pasal anak.Aku perasan time tu muka dia dah lain.Aku taktau apa yang dia fikir.Susah sangat ke dia nak cerita dekat aku?"keluh Ayden.

Dia memang jarang mahu bercerita masalahnya dengan orang lain. Tapi sekali dia dah buka mulut itu bermakna dia dah betul-betul mati akal.

Tak terdaya mahu memendam seorang diri. Semakin dipendam, semakin dia menyakitkan diri sendiri. Jadi apa gunanya dia memendam?

"Kau kata semalam dia ada pergi klinik.Dia buat apa pergi sana?"Soalan dari Rayyan menyentakkan Ayden.

"Doktor kata dia penat.Tak cukup rest."

"Kau percaya?Kau tak cuba tanya Akila?Kawan baik dia tu?Kan diorang pergi berdua?"

"Kau yakin ke dia tahu?Kalau dia rahsiakan dari kawan dia tu juga macam mana?"

"Try la call dia."

Ayden hanya mengiyakan.Telefon yang berada dipegangan dibuka sebelum dia mendail nombor seseorang.

Nombor rakan-rakan gadis itu semua ada padanya.Senang.Jika ada apa-apa dia boleh terus mencari rakan-rakan gadis itu.

Lagipula isterinya sering keluar dengan rakan-rakannya.Jika terjadi sesuatu yang tidak diingini mudah dia mahu detect.

"Hello?Ya?"

Ayden membuka loud speaker.Senang rakannya mahu mendengar juga apa yang dikatakan rakan isterinya padanya.Tiadalah susah-susah dia mahu bercerita lagi.

"Kau teman isteri aku pergi klinikkan semalam?"

"Err y-ya saya.Tapi kenapa ya?" gerun orang disana membalas.

"Doktor cakap apa?"

"S-saya taktahu sebab dia suruh saya duduk dekat luar.Dia tak bagi saya masuk.Tapi waktu dia dah keluar tu dia nampak muram.Dia banyak termenung dalam kereta.Saya ada tanya tapi dia kata doktor kata dia penat.Yang tu saya taktahu betul ke tidak."terang Akila.

Ayden memandang yang lain.Kan dia dah cakap.Betul kan?

"Ok.Thanks."tanpa mendengar balasan dari gadis itu dia terus menutup panggilan.

"Dengar?"

Mereka bungkam.

"Kau suamikan.Cuba lah tanya.Mana tahu dia buka mulut juga nanti."

"Aku dah tanya banyak kali tapi jawapan dia tetap sama."

Masing-masing mengeluh.Buntu.Tidak tahu apa yang patut mereka lakukan.

"CCTV ada kan dalam rumah ni.Checklah."

Ayden memandang wajah Zyad.Zyad yang faham akan maksud pandangan itu mengangguk faham.Dia menuju ke meja yang terdapat beberapa jenis komputer.

Tangannya lincah membuka CCTV rumah.
Dia memutar CCTV pada jam awal pagi tadi.

"Stop."ujar Ayden tiba-tiba.Isterinya yang terbongkok dihadapan singki menyapa kornea mata mereka.Cecair pekat yang berada ditelapak tangan gadis itu menarik perhatian mereka.

Masing-masing tersentak.

"Kau kena ambil tahu tentang isteri kau Ayden.Cuba pergi klinik yang bini kau pergi tu.Mana tau dari situ kau dapat jawapan?"ujaran Zack membuatkan Ayden mengangguk.

"Kau kena bertegas dengan dia Ayden.Tanya dia sakit apa.Kau tu suami.Bukannya isteri. Yang kau takut sangat dengan dia tu dah kenapa?"bidas Afiq.

Ayden mengeluh. Entah kenapa dia susah benar mahu memarahi gadis itu. Dirinya yang dahulu hilang bagai ditelan bumi.

Ya Allah sayang..Kenapa kau tak jujur dengan aku..Aku tak penting ke dalam hidup kau?Siapa aku pada kau?

Hanina yang baru ingin melangkah masuk kedalam bilik itu terhenti.Dia berpusing sebelum terus berlari naik ke tingkat atas.Ada sesuatu yang dia perlu lakukan.

Niatnya kesitu hanya ingin berjumpa dengan suaminya.Dia tidak boleh melelapkan mata jika lelaki itu tiada disampingnya.

Pasti abang kecewa bila dapat tahu saya tipu abang...Maafkan sayang.Seribu kali kata maaf takkan pernah luntur dari mulut saya..

Setelah itu dia berbaring semula ke atas katil. Duvet ditarik menutupi badannya.Bunyi pintu terkuak membuatkan dia pantas memejam matanya erat.

Ayden melabuhkan punggungnya diatas katil.Rambut yang menutupi separuh wajah isterinya dikuak kebelakang.

"Perkara apa yang sayang rahsiakan dari abang ni..Abang sayangkan sayang..Sayang dah jadi tanggungjawab abang.Tolong jangan buat abang terseksa.Abang taknak sayang tinggalkan abang."Ujar Ayden dengan linangan air mata.

Apa pun tentang isterinya memang dia akan kalah.Gadis itu sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.Dia cintakan gadis itu sepenuh hatinya.

Saya bukan isteri yang baik untuk abang.Saya terlampau banyak dosa dengan abang.Bukan niat saya untuk tipu abang.Tapi...Keadaan yang memaksa!Saya taknak abang kecewa!

Sayang maafkan mama..Bukan mama taknak bagitahu papa tentang kehadiran kamu tapi mama terpaksa sayang..Mungkin lepas ni hidup kita akan berubah...

Hanina yang berpura-pura tidur hanya menahan sakit di dadanya.Luluh hati kecilnya pabila mendengar bait bicara suaminya.

Ya allah...

Ampunkan aku..

Babygirl kepunyaan mafiaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon