BKM 32

6.7K 299 2
                                    

SELEPAS dari kejadian itu, Ayden terus dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Namun setelah selesai melakukan rawatan, lelaki itu dihantar ke hospital Kuala Lumpur.

Kebal sangat badannya kot sampai tidak sedar akan luka yang terjadi di tepi perutnya itu.

Tan Sri Drack pula sudah dikenakan hukuman gantung sehingga mati.

Itulah balasan kepada orang yang suka berbuat jahat pada orang lain.Bukan seorang dua yang terbunuh tetapi ramai!Memang patut pun dia diberi hukuman gantung.Dasar lelaki tua tidak sedar diri!Psycho!

Sudah masuk hari yang ketiga, tetapi keadaan Ayden masih sama.Kaku tidak bergerak diatas katil.Ruang ward Ayden sunyi.

Dan Hanina setia berada disisi suaminya. Matanya tidak lepas dari memandang wajah pucat sang suami.

"Awak penipu.Sampai hati awak tipu saya.."ujar Hanina.Berkaca-kaca matanya. Tangannya dibawa menggenggam tangan lelaki itu.

"Awak dah j-janji akan balik dengan selamat. Awak tak boleh mungkir janji.Awak jahat Ayden.Saya benci awak!"seusai menghabiskan ayat yang terakhir air matanya terus mengalir lebat membasahi pipi.

Benci tapi sayang.

"Tsk..Tsk..S-saya nak awak.Awak kena sedar. Awak tak boleh t-tidur terus macam ni."esak Hanina.Tergeleng-geleng kepalanya.Dia tidak mahu melihat lelaki itu terus terbaring begitu.

Dia ingin lelaki itu mengusap kepalanya.Dia ingin lelaki itu bercakap dengannya.Dia ingin lelaki itu menyakatnya.

Dia hanya ingin kan lelaki itu!

"Kalau s-saya tahu akan jadi macamni saya tak akan benarkan awak pergi!Biarlah awak nak kata saya pentingkan diri sendiri.Saya tak kesah!Asal awak selamat!Awak tak tercedera macam sekarang ni."semakin lebat air matanya turun.Matanya dipejam erat namun air mata masih tidak berhenti dari mengalir.

Semakin kuat genggamannya pada tangan lelaki itu.Saya akan terus berada disisi awak.. Saya takkan pernah tinggalkan awak.

Air matanya diseka kasar.Tangannya naik menekup ke wajah.

Ya Allah..Selamatkan dia..Panjangkan umurnya...

"Awak saya nak solat sekejap.Awak tunggu dekat sini ya?"bibirnya dipaksa untuk menarik senyuman.Tidak lebar namun hambar.

Dia bangun dan terus menuju masuk kedalam bilik air yang berada didalam bilik itu.

Sejadah dihambarkan mengikut kiblat. Telekung yang sudah siap disarungkan dibetulkan.Setelah itu dia terus memulakan solatnya.Tanpa ada imam yang berada dihadapan.

Nak buat macam mana?Imamnya sudah terlantar kaku dikatil hospital.

Setelah itu solatnya berakhir dengan doa ringkas.Sempat juga dia menitipkan doa buat suaminya.

Suaminya dikerling sekilas.Dia tersenyum tipis.

Semoga abang cepat sedar..

Ayden dengar segalanya namun apakan daya?Dia masih koma.Dia kena ingat benda tu.Dia tidak boleh mengesat air mata isterinya.Dia tidak dapat menenangkan isterinya.Dia hanya boleh berlawan dengan emosinya untuk terus kuat dan boleh sedar secepatnya.

Dia rindukan gadis itu.Dia rindukan suara gadis itu.Dia rindukan kemanjaan gadis itu.Dia rindukan gelak tawa gadis itu.Semua tentang gadis itu,semua dirindunya!

Ingin sahaja dia memeluk dan menenangkan gadis itu.Namun tidak boleh.Dia tiada daya mahu membuat semua itu.

Maafkan abang sayang..

Babygirl kepunyaan mafiaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt