BKM 4

10.1K 432 13
                                    

MATANYA memandang air hujan yang lebat turun membasahi bumi.Kedua tangannya digenggam erat.Sejuk.Naik beku tangannya.

Beg roda yang berada ditangannya dipandang sekilas.Sudah setengah jam dia duduk disitu. Hujan pula sepertinya tiada tanda-tanda mahu berhenti.

Mahu tidak mahu dia mesti meneruskan perjalanannya ini.Hari makin lama makin gelap.Tidak akan dia mahu duduk disitu seorang diri.

Tanpa membuang masa,perjalanannya terus diteruskan.Air hujan yang mengalir deras membasahi tubuhnya dihiraukan.

Kakinya terus melangkah meninggalkan kawasan tersebut.Kaki dibawa berjalan tanpa arah tuju.

•••••

JAM yang berada ditangannya dikerling sekilas.

"9.45?"gumamnya sendiri.

Dia pun terus bangkit dari kerusi dan mengemas mejanya yang dipenuhi dengan kertas.Kertas tersebut disusun dan terus dibawa masuk ke dalam beg kerjanya.

Setelah berpuas hati melihat keadaan mejanya, dia terus melangkah keluar dari officenya.

Keadaan di situ sungguh lengang.Office hour pukul 7 petang tadi.Semua staffnya pasti  sudah pulang ke rumah masing-masing.

Setelah sampai di lobi dia terus keluar dari pintu masuk bangunan tersebut.

Sampai sahaja di tempat parking dia terus masuk kedalam perut keretanya.Kereta miliknya laju meluncur membelahi jalan raya.

Lagu yang tiba-tiba berbunyi menyentakkan dia yang leka memandu.

Telefonnya yang berada di kerusi sebelah pemandu dikerling.Tangan kirinya laju mencapai telefonnya.

Panggilan diangkat.

"Ayden.Mana?"soal orang disebelah sana.

"Otw."

"Baru gerak?"

"Hm.Aku dari office."jawabnya.

"Seriously Ayden?!Kitorang tunggu kau dari pukul 8 tadi kot!"

"Aku tak suruh korang tunggu aku."jawab Ayden jengkel.

"Fuck!"carut Zyan kasar.

Panggilan terus terputus.

Ayden tersengih.Sentap la tu.Telefonnya dicampakkan semula ke seat sebelah.

Skip.

Di markas.

Ayden melangkah masuk dengan wajah yang tenang.Tangan diselukkan masuk ke dalam kocek seluar.

Senyuman anak buahnya dibalas dengan anggukan kecil.

"Zyan mana?"soalnya dengan nada yang kosong.

"Dalam bilik tuan."jawab salah seorang dari anak buahnya yang berada disitu.

Dia mengangguk sebelum terus berlalu pergi dari situ.

Kakinya dibawa langkah menuju ke bilik kerjanya.Sampai sahaja disana dia terus menerjah masuk.

Zyan dan yang lain laju berpaling memandang kearah pintu.

"Eh Ayden!Sampai pun!Baru nak send location. Ingatkan sesat tadi."perli Zyan dengan nada sinis.

Terjongket kening Ayden apabila mendengar perlian dari rakannya.

"Tak payah nak perli aku sangat.Korang buat apa dalam bilik aku ni?"soal Ayden.Sofa yang berada dipenjuru bilik dituju.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now