BKM 30

7.8K 321 4
                                    

PULANG sahaja ke rumah,Ayden terus mencari jejak isterinya.Isterinya yang sedang menonton tv ditujunya.

Dia hanya berdiri kaku ditepi sofa.Tangannya dibawa memeluk tubuh.Isterinya yang masih tidak sedar dengan kehadirannya dipandang.

"Ehem!"dia berdehem.

Serentak itu Hanina yang leka menonton cerita kartun berpusing.

"Eh abang.Maaf saya tak sedar abang dah balik."ujar Hanina meminta maaf.Dia segera bangun dari duduknya.Suaminya dituju. Tangan suaminya disalam setelah itu neck tie milik suaminya dibuka.

Ayden hanya memerhati pergerakan isterinya. Dia hanya menunggu gadis itu mengadu padanya tentang hal yang terjadi pada gadis itu petang tadi. Tetapi melihat wajah biasa isterinya dia tahu gadis itu tidak akan memberitahunya tentang perkara tersebut.

"Anything happen today sayang?"soal Ayden sengaja.

Pergerakan Hanina terhenti.Dia mati kata. Perlahan kepalanya digeleng.Mata suaminya yang tepat memandangnya membuatkan dia tidak keruan.

"T-takde.K-kenape?"

"Really?"

"Er A-ariqa dengan Darfis ada cerita dekat awak ke?"soalnya tersekat-sekat.

"Cerita apa?"provok Ayden.

Hanina pula sudah mengemam.Bodoh kau Hanina!Ish!

"I ask you sayang.Cerita apa?Anything happen?Hm?"soal Ayden lagi.

Hanina hanya diam.Tidak tahu dari mana dia harus mulakan.

"Kenapa tak telefon abang bagitau?"

"Bukan taknak bagitau,sayang cuma taknak susahkan abang je.Time tu kan abang kerja."perlahan sahaja suaranya menutur. Takut dimarahi suaminya.

"Sayang listen."kedua bahu isterinya dipegang.

"Selama sayang kahwin dengan abang,sayang tak pernah susahkan abang.Sesibuk mana pun abang,sebanyak mana pun kerja abang,jika itu berkenaan dengan sayang,abang boleh tolak ketepi semua kerja tu.Tiada benda yang paling penting dalam hidup abang kecuali sayang. Understand?"

Hanina mengangguk faham.Tidak semena-mena air mata terharunya mengalir turun membasahi pipi.

"Saya sayang awak.."Tubuh suaminya dipeluk erat.Wajahnya disembam didada bidang itu.Air mata galak mengalir.Terharu mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut itu.

"Abang pun sayangkan sayang."balas Ayden pula.Tepi kepala isterinya dicium lembut.

"Jangan berahsia dengan abang lagi okay?Kita dah jadi suami isteri.Masalah sayang,masalah abang juga.Faham sayang?"

Laju kepalanya diangguk.
"Sorry.."

"Maaf diterima."

"Wah drama apa ni?"soal Zyan yang baru masuk kedalam rumah dengan wajah yang mempunyai seribu tanda tanya.

"Drama tv 3."jawab Zack bersahaja.

"Drama kepala atuk kau!"marah Zyad yang sudah lama berada didalam rumah.

Ayden dan Hanina meleraikan pelukan.Hanina mengesat air matanya kasar.Dia memandang gerangan yang berada disitu.Tajam matanya menikam wajah mereka.

Babygirl kepunyaan mafiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang