BKM 2

11.7K 468 5
                                    

AYDEN mengerling jam yang berada di tangannya sekilas.Dia memicit dahinya perlahan. Waktu sudah menginjak jam 10.30 malam.Namun dia masih lagi berada dipejabat.

Letih!

Jam 2 petang tadi dia pergi ke Johor semata-mata ingin membelikan laksa buat adik kembarnya.

Naik kematu punggungnya berada didalam kereta selama 3 jam.Nasib sahaja adik kesayangan.

Punya banyak laksa yang ada di Kl,Nak juga laksa yang berada jauh beribu batu itu.Mahu tidak mahu terpaksa juga dia gagahkan diri untuk memandu pergi ke Johor.

Jam 9 malam tadi dia baru tiba di Kl.Niatnya hanya ingin terus pulang ke Kuala Lumpur namun disebabkan lagi beberapa minit mahu masuk azan maghrib,dia terus melencong ke masjid yang berdekatan.Sempat juga dia menunaikan solat isyak.

Setelah menghantar laksa kembarnya,dia terus memandu ke pejabat.Kerja yang tergendala diselesaikannya.

Telefonnya yang tiba-tiba berdering dikerlingnya sebelum tangannya bertindak untuk mencapai gajet tersebut.

"Speak."

Mendengar sahaja apa yang keluar dari mulut anak buahnya itu,wajahnya terus berubah tegang.

"Macam biasa."arahnya dengan makna tersirat.

Kau nak main dengan aku sangatkan.Kau tunggu nasib kau.

Panggilan terus dimatikan.

Handphonenya diletak kasar diatas meja.

Sial kau Fais!Kau tunggu!Aku akan buat kau derita!

Kini pandangannya dihalakan semula pada komputer.Ada sesuatu yang dia ingin lakukan.

Tepat jam 12 tengah malam dia terus menutup segala plug yang berada disitu.

Briefcasenya dicapai.Kot yang tergantung di belakang kerusi ditarik sebelum digantungkan di lengan.

Meja kerjanya yang sudah siap dikemas dipandang buat kali terakhir sebelum dia terus berlalu keluar dari pejabatnya.

Kaki panjangnya dibawa langkah menuju ke lobi.

Keretanya yang siap terparking di hadapan lobi dituju.Badannya diboloskan masuk kedalam perut kereta.

Setelah itu,kereta miliknya perlahan-lahan bergerak membelahi jalan raya yang agak lengang itu.

*****

Dengan langkah yang santai,Rayyan melangkah dari tangga untuk turun ketingkat bawah.

Rakannya,Ayden yang berada diatas sofa dipandangnya.

"Kau balik pukul berapa malam tadi?"soalan dari Rayyan menyentakkan Ayden yang sudah hampir terlena diatas sofa.

"12."

"Naik atas.Mandi lepastu pergi tidur.Hal Fais tu bagi aku sambung."ujar Rayyan.

Punggungnya dilabuhkan disebelah lelaki itu.Meja kaca yang berada dihadapan dikerlingnya sekilas.Penuh dengan kertas.

Dia tahu lelaki itu tidak dapat tidur dengan lena setelah tahu seorang dari anak buahnya sudah khianat padanya.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now