BKM 20

8.6K 364 11
                                    

Pang!

Hanina terkedu.Gerangan yang menampar wajah adik saudaranya dipandang.Bibirnya dikemam.

"Mama.."

"Hey perempuan tua tak sedar diri!Kau tahu tak muka siapa yang kau lempang ni?!Ni anak aku tau!Aku tak pernah pun naik tangan dengan anak aku!Kau orang pertama yang berani naik tangan dengan anak aku."

Para tetamu yang berdekatan mula mengelilingi tempat tersebut.Mereka sendiri terkejut apabila mendengar bicara wanita tua itu pada isteri orang yang berkedudukan tinggi tersebut.

"Aku taktau dan tak akan pernah ambil tahu.Disebabkan kau selalu manjakan dia lah,dia kurang ajar dengan orang!"berang Tengku Fatila.

Kini pandangannya beralih pada gadis yang dilempangnya tadi.

"Eh budak!Gelaran murah kau tu sepatutnya berbalik pada kau!Kau cermin lah dulu pakaian kau tu.Ketat!Tak menutup aurat langsung!Menantu aku ni,tak pakai tudung pun, dia tak pernah pakai baju yang macam sarung nangka macam ni!"

"Dan kaki busuk korang ni tak layak datang majlis anak menantu aku!Kalau datang sini semata-mata nak mengata menantu aku,baik tak payah datang!Jangan nak rosakkan majlis ni dengan perangai tak malu korang tu!Sudahlah tak dijemput,lepastu terhegeh-hegeh pula!"

Akila tersenyum.Wah aunty!Slayyy!

Dia paling pantang jika menantunya dihina sebegitu rupa.Dah tua-tua masih lagi nak buat dosa!

"Kau!Erghh!"kini pandangan Puan Fatima beralih pada anak saudaranya pula.

"Kau jangan ingat kau boleh bahagia kahwin dengan lelaki tu!Tengok dari riak muka dia pun aku tahu yang sebenarnya dia tak suka dengan perkahwinan ni!"

"Kau ni luar je nampak baik tapi dalam hati busuk.Kalau nak bezakan hati kau dengan bangkai binatang, busuk lagi hati kau tu!"sinis wanita tua itu berkata.Puas sungguh dia apabila dapat membuat gadis itu terasa hati dengan ayatnya.

Bukan dia tidak nampak perubahan pada wajah gadis itu setelah dia habis berbicara.

"Enough!"jerkah seseorang membuatkan seluruh dewan menjadi sunyi sepi.Bergema suaranya disegenap ruang dewan.

Ayden memandang wajah tua wanita yang berada dihadapannya.

"Enough with your stupid word!I hate it you know?!"melengking kuat suaranya.

Hanina yang berada dibelakang lelaki itu sudah memejam matanya erat.Ini kali pertama dia melihat lelaki itu menjadi semarah ini. Tangannya digenggam.Bergetar tubuhnya apabila mendengar jerkahan lelaki itu.

"Once kau sentuh isteri aku,kau jangan tanya kenapa kalau ada mayat anak kau depan pagar rumah kau.Faham?!"keras Ayden berbisik ditepi telinga wanita tua itu.

Terkedu dia mendengar ujaran lelaki muda itu.Dengan rasa takut dan malu yang membuak-buak mereka terus berlalu pergi dari situ.

Sempat Piya meminta maaf pada keluarga lelaki itu.

Tengku Fatila dan yang lain hanya mengangguk.Sempat juga mereka mengucapkan terima kasih pada gadis itu kerana datang ke majlis perkahwinan anak menantunya.

Ayden tersenyum senget.Datang majlis orang lepastu cakap bukan-bukan dekat isteri aku!Ada hati kata isterinya macam-macam tapi anaknya sendiri tidak dicermin.

Dia berpusing menghadap isterinya yang mendiamkan diri sedari tadi.Pandangannya bertukar menjadi redup.

"Are you okey sayang?"soalnya lembut.Pipi wanita itu diusap.Hanina berundur beberapa tapak kebelakang. Takut.

Babygirl kepunyaan mafiaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora