BKM 14

8.5K 352 2
                                    

AYDEN yang berada di balkoni biliknya hanya memandang Hanina yang sedang bermain dengan kucing kesayangannya yang berhampiran dengan kolam.

Fikirannya buntu.Patutkah dia berkahwin dengan gadis itu?Tidakkah dia mementingkan diri sendiri?

Argh serabut rasanya!

Dia bangun dari kerusi malas yang elok terletak ditepi pintu sebelum kakinya dibawa langkah masuk kedalam bilik.Pintu gelongsor ditarik sebelum dikunci rapat.

Kaki dibawa langkah menuju ke tingkat bawah.Kolam renang menjadi tempat tujuannya.

Setelah itu dia berdiri tegak ditepi gadis itu.Kedua tangan dimasukkan kedalam kocek seluar.

"Ehem!"dia berdehem kecil.Sengaja mahu menarik perhatian gadis itu yang tampak leka dengan kucing dipegangan.

Hanina yang sedang leka bermain dengan Miko tersentak.Dia memusingkan kepalanya ke belakang.

"Eh a..Tuan!Tuan nak apa?"gelabah dia apabila mulutnya tersasul mahu memanggil lelaki itu dengan panggilan awak.

Ayden menarik nafas panjang buat seketika.
"Aku sebenarnya.."belakang tengkuknya digosok.

Patutkah dia mengutarakan hasrat yang terpendam dihatinya pada gadis itu?

"Sebenarnya?"Hanina menyoal semula.Sudah kenapa dengan lelaki itu?Pelik betul.

"Sebenarnya aku.."tepi dahi digarunya pula. Rasa serba salah pula.

"Sejak bila tuan pandai cakap separuh-separuh ni?Macam teragak-agak je.Ada benda penting ke yang tuan nak cakap dengan saya?"soal Hanina.

Naik hairan dia melihat lelaki itu.Biasanya menyinis je kerja dia.Harini lain macam pula.

"Kau ada boyfriend?"soalan pertama yang selamat keluar dari mulutnya.

Hanina tersentak.Wajah kacak lelaki itu dipandang.Dah kenapa tiba-tiba?Cuak pula rasanya.

"Takde.Kenapa?"

"Kau nak tak jadi isteri aku?"

Terkebil-kebil mata Hanina memandang tuannya.Dia salah dengar kan?

"A-apa maksud tuan?"

Ayden menjulingkan matanya ke atas.Ni yang dia malas.Blur sangat.Macam mana lah dia boleh suka dengan perempuan yang macam gadis itu.

"Rose Aleeya Hanina Dato Azhar,will you be my wife?For sure will always stay by my side until my last breath?Will you?"soal Ayden panjang lebar.Bibirnya mencarik senyuman lebar.

Hanina terpanar.Ini kali pertama dia melihat senyuman ikhlas lelaki itu.Biasanya senyuman sinisnya sahaja yang terlakar dibibir itu.

Bunyi petikkan kecil dihadapannya membuatkan dia kembali ke alam nyata.Dia memandang Ayden dengan wajah polosnya.

"Kenapa tuan nak kahwin dengan saya?Tuan suka saya ke?"dengan wajah yang innocent dia menyoal lelaki itu.

Ayden sudah mengemam bibirnya kuat.Anda rasa saya ada masa untuk masuk dalam hospital sakit jiwa?

"Sebab sukalah aku ajak kau kahwin, bodoh."perkataan terakhir diperlahankan nya.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now