BKM 31

7.2K 306 8
                                    

HANINA duduk termenung ditepi kolam di rumah ibu mertuanya.Suaminya yang menghantar dia ke situ.Katanya mahu memastikan keselamatannya terjaga.

Lagipula tidak akan dia mahu tinggal dirumah sorang-sorang pula.Lagi senang musuh lelaki itu mahu mengancam nyawanya.

Dalam fikiran tidak henti berfikir tentang para jejaka yang akan berperang.Ingin dihalang tetapi itu sudah memang pekerjaan lelaki itu dari dahulu.

Suaminya membuat kerja itu bukannya saja-saja tetapi untuk selamatkan nyawa semua orang juga.

Kepalanya digeleng perlahan.Stop fikir yang bukan-bukan!Inshaallah diorang semua boleh selamat!

Setelah itu dia terus masuk kedalam rumah. Bayang-bayang ibu mertuanya dicari.

*****

Ayden memandang setiap wajah anak buahnya yang berada dihadapan.Tidak perlu bawa ramai-ramai.Cukup 30 orang.

"Macam yang aku rancangkan.Pastikan tiada peralatan yang tertinggal."tegas Ayden memperingati anak buahnya.

"Baik tuan!"

"Dah gerak!"lantang suara Ayden berkata.

Tangan masing-masing diangkat ke tepi dahi.Ala-ala komander.

Berpusu-pusu anak buahnya bergerak meninggalkan kawasan markas.Mereka sudah diasingkan mengikut kumpulan masing-masing.

Kumpulan yang pertama akan bergerak pergi dahulu.Kemudian diikuti dengan kumpulan dua dan tiga.Akhir sekali baru dia dan rakannya bergerak.

Skip.

Ayden yang berada di sebalik semak samun yang berada dibelakang gudang hanya memerhati setiap pergerakan konco-konco Dragon.

Terlihat ada beberapa orang yang menjaga kawasan luar gudang.

Earpiece yang berada ditelinga dipegang.

"Team one...Start!"ringkas dan padat.Setelah mendengar arahan yang keluar dari mulut tuan mereka,mereka dengan pantas keluar dari tempat persembunyian.Posisi masing-masing diambil.

Ayden sudah tersenyum senget.Anak buahnya yang sudah mula menyerang orang-orang Dragon dipandang sinis.

Lemah!

Dia yakin,pasti Dragon tidak tahu akan kedatangannya ke gudang itu.Dia lebih licik daripada lelaki itu!Dasar orang tua bodoh!

Untuk team yang pertama,dia menggalakkan anak buahnya untuk menggunakan pistol pelenyap bunyi.Senang mahu membuat kerja.

"Team two and three bersedia.."

Dia memandang rakan-rakannya yang turut memandangnya.Kepala diangguk memberi isyarat pada mereka.Masing-masing sudah bersedia.

Masing-masing sudah tidak sabar mahu memulakan perang. Sudah lama mereka cuci tangan.

"Go!"arah Ayden.Setelah itu masing-masing mula menyerbu masuk kedalam gudang itu. Konco dragon yang berada diluar habis semua mati ditembak anak buahnya.

Misi mereka hanya harus membunuh semua konco jantan tua keparat yang berada didalam gudang itu sahaja.Setelah itu barulah mereka akan menghabiskan riwayat jantan tua itu dan orang kuatnya.

Kini mulalah peperangan diantara dua kumpulan iaitu kumpulan Ayden dan kumpulan Dragon, musuhnya.

Mereka berbalas-balas tembakan.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now