Dua puluh; last

39 2 0
                                    

Selepas beberapa tahun,

"Kakakkkk"

"Yeeee, kenapa?"

"Rindu akakk, bila nak balik?" Adeliah menjuih bibirnya walaupun kenyataannya Syasya tidak melihatnya kerana mereka berbual di telefon.

"Ala, tunggu abang Johan kau ni tak busy sikit hehe. Cukup hari kita jumpa ya sayang"

"Hm baikk"

Qayyum yang mengintip isterinya dari jauh itu mula mendekati Adeliah dan duduk di sebelahnya.

"Kenapa yang, sedih sedih ni?" Qayyum mencuit lembut dagu isterinya.

"Kakak ni, lama sangat nak balik sini. Kita dengan along dah balik dah sampai dah rumah Ayah." Adeliah sengaja memuncungkan bibir di hadapan suaminya.

Qayyum yang melihat Adeliah itu menelan air liur melihat bibir isterinya itu lalu menciumnya sekilas. Dah halal kan, gunalah sebaiknya. Tibee.

"Ehh, apa abang ni? Cium cium pulak, maunya along ke mak ke ayah ke nampak nanti, siapa yang malu?" Adeliah melihat sekeliling takut takut ada yang melihat adegan tadi.

"Eleh dia yang goda kita.." Qayyum menggeletek pinggang isterinya, sementara Adeliah ketawa mengekek.

"Ha, nak ber sweet sweet , dalam rumah dik. Tau lah dah kahwin, mak buyung pulak tu. Tak maluuuu" ujar Khairul sambil menjelirkan lidah ke arah adiknya lalu pergi meninggalkan mereka berdua.

Bagai tak percaya yang dia bakal jadi mak orang. Kandungan yang berusia 7 bulan itu diusap perlahan. Tanpa sedar, dia senyum.

"Mak buyung, mak buyung pun, saya sayang, hehehe" Khairul mendukung isterinya lalu bawa ke bilik mereka.

"Abanggggg!!!"

The End.

EMOSI✓ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora