Sembilan;

26 2 0
                                    

"Liah, betul ke yang kau tak siap kerja sekolah Cikgu Ann tu?" Encik Azmi menanyakan soalan kepada Adeliah. 

"Er....ayah tahu mana?"

"Tak kisahlah dari mana aku tahu, betul ke tidak kamu tak siap kerja sekolah dia?!" Nada suaranya sudah naik seoktaf. Tangannya pula mula membuka tali pinggang di seluarnya.

"T..t..tak ayah. T..t..takk" Suara Adeliah mulai bergetar dan mula mengesot ke sudut dinding.

"Kamu jangan main main dengan ayah ya. Bila cikgu suruh buat kerja tu, buat! Kalau tak buat, macam mana nak jadi pandai! Tahu ke tak?!"

Srrttt!  Satu libasan.

Srrttt! Dua libasan.

 Srrrttt! Tiga libasan

Habis berbirat badan dan lengannya Encik Azmi kerjakan. Adeliah menangis ter esak-esak namun ayahnya hanya membiarkan, lalu dia pergi meninggalkan anaknya keseorangan.

'Liah tak siap kerja sebab ayah dan mak rampas telefon Liah walaupun Liah tak salah'

'Liah kena denda dengan Cikgu Ann sebab Nafeesa yang report'

'Liah juga kena denda sebab Nafeesa yang sorokkan kerja Cikgu Ann'

Semua sebab dia. Adeliah mengenggam tangannya dengan seribu makna. Ada yang perlu membayar luka dia.

*********************************************************

"Adeliah Natasha"

"Ya,saya?"

"Pengetua panggil awak ke bilik dia"

Adeliah mulai bergerak ke bilik Encik Mohamed iaitu, pengetua di sekolahnya.Entah bala apa yang menimpanya sampai dia dipanggil ke mari. Ini kali pertama dia menjejakkan kakinya ke sini.

*********************************************************

"Adeliah Natasha?"

"....masuk.." sambungnya lagi.

Setelah memasuki ruangan bilik pengetua, Adeliah agak terkejut kerana dia mendapati keluarganya juga berada di situ.

"Kami mendapat aduan bahwa anak Encik Azmi dan Puan Azmi telah ditangkap secara berdua-duaan di dalam tandas." katanya. 

Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa gambar dimana ia mengukuhkan lagi kenyataan tersebut. Gambar tersebut benar benar seperti berdua-duaan lagipula jarak antara mereka berdua agak dekat.

"Anak tak guna!" tengking Encik Azmi.

Pang! Kepala Adeliah terteleng ke kiri.

"Aku hantar kau pergi sekolah sebab nak suruh kau belajar, bukan menyundal. Banyak mak dengan ayah berkorban untuk kau, ini yang kau balas?" Darah Encik Azmi semakin menggelegak membuatkan dia mahu menampar buat kali kedua namun dihalang oleh ibunya.

Reaksi Adeliah pula hanya kosong. Bukan dia tidak kisah tentang hal ini, tetapi dia sudah penat dengan segalanya dan hanya berdiam diri.

"Walaubagaimana pun, kami tak tahu macam mana berita ini boleh tersebar. Padahal kes ini baru sahaja terjadi kelmarin." jelas pengetua.

Berita yang satu ini membuatkan Adeliah mengangkat kepalanya kembali lalu keluar dari bilik pengetua dan menyusun langkah menuju ke kelasnya. 

"Adeliah Natasha!"

*****************************************************

"Nafeesa Karina!"

Adeliah datang mendekat ke mejanya dan menampar mukanya  tanpa ragu. Sejurus itu, dia mendekatkan mukanya dengan muka Nafeesa dan menyampaikan sesuatu.

"Kalau betul ini perbuatan kau, kau jangan harap kau akan hidup tenang. Aku harap kau tak mati lagi pada beberapa tahun yang akan datang kerana kau perlu langsaikan apa yang kau hutang pada aku." ucapnya dengan nada datar dan kembali menjauhkan mukanya.

Entah kenapa Nafeesa merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Adeliah. Sekaligus membuatkan dia seram sejuk dengan kelakuannya.

EMOSI✓ Where stories live. Discover now